6

Celik Hati Bersama Prof Dr.Muhaya ~ Makna Hidup Ini (Episod Akhir) ~ Part 1

23:47 |

Salam semua.Alhamdulillah sempat jugak tengok episod terakhir Celik Hati oleh Prof.Dr.Muhaya.Tajuk malam ni memberikan Kak Lea satu semangat baru untuk bangkit kembali ke arah positif.Tetamu jemputan malam ni pun Kak Lea sangat kagumi.Jom baca apa yang sempat Kak Lea salin tadi.


D --> Lahir di Kubang,Pasu,Kota Bharu.Masa kecil kami duduk di rumah atok,rumah kayu,kongsi dengan 3 keluarga.Bila duduk satu rumah,kita memahami sikap perkongsian.Saya rapat dengan sepupu,basikal kongsi 3 orang,tv pun kena kongsi 3 orang.Makin lama makin rapat.Mengajar konsep perkongsian,persefahaman.Penerapan agama penting,saya masih ingat berjalan lebih kurang 500m pergi rumah ustaz,terbayang lagi rotan besar.


CT -> Umur 12 tahun saya dah aktif menyanyi di kenduri kahwin.Ingat lagi semasa belajar mengaji,rasa takut macam manalah kalau salah mengaji masa jumpa ustaz.Bersyukur perjalanan hidup saya.Walaupun saya bermula dari bawah,pengalaman itu banyak mengajar saya erti matang & bersyukur.


P -> Kehidupan kita ada 2 - menyesal kesilapan lepas & risau akan masa depan.

D --> Nak berjaya kena tempuh kegagalan.

P -> Ingat!Kegagalan adalah kejayaan tertunda!

Apakah rahsia kejayaan?

D --> Ia tak datang secara senang.
1) Kena ada keyakinan diri - ramai rakyat Malaysia self-confidence mereka rendah.Tetapi janganlah pulak sampai over confidence.Jangan sesekali takut akan kegagalan.
2) Kena ada orang belakang - isteri dan juga doa ibu.Tanpa mereka,saya takda di sini.

P -> Siapa tiada keyakinan pada diri,maknanya tidak yakin pada Allah.

CT -> Saya pernah sedih bila menang pelbagai anugerah,saya dipandang negatif.Walaupun orang lihat sebagai negatif,jangan mudah jatuh dengan pandangan orang!Perlu juga kegagalan.Di sebalik kejayaan saya pernah alami kegagalan yang semua tidak tahu.Saya alami kesusahan sebagai anak seni.Saya bersyukur orang sekeliling beri aura positif.Kadang2 bila kita down,emosi sedih dan tak menentu,kita perlukan nasihat yang betul.

P -> Ubah pemikiran,ubah persepsi,emosi & tindakan..itulah hasil siapa kita sekarang.Banyak orang pakai baju cantik,tetapi tak ramai ada fikiran yang cantik.Disebabkan oleh kekeluargaan yang baik & faktor persekitaran yang baik,pengaruhi blue print kita.

Caller - Amy,Kuala Terengganu-->  Suami saya bila berlaku musibah,dia tak boleh terima.Apa2 berlaku pada family saya,semua dia tak terima.Walaupun saya buat baik,sentiasa nampak hodoh belaka.Saya dengan family dah semakin jauh,tak boleh bersatu.Sebagai isteri saya tahu kena ikut suami.Banyak dah halangan selama 9 tahun saya berumahtangga.

P -> 1) Tahniah kepada Amy yang ada jodoh.Ada yang belum bertemu jodoh.
        2) Mungkin dah ada anak,alhamdulillah.
        3) Ada keimanan,tau mana baik mana tidak.

Sebenarnya hidup ini kita akan lihat apa ada pada jiwa.Mungkin Amy diuji dengan sikap suami,nampak keburukkan je.Kadang2 jika kita dibesarkan dalam keadaan kurang dipuji,dia sentiasa tiada keyakinan diri.Dari asyik lihat suami & menyalahkan dia,cuba simpati dengan dia.

Kalau marah,kita bayangkan orang tu jadi budak kecil usia 5 tahun.Mesti kita kesian kat budak kecil,kan.Macam tulah kita kesian kat dia(orang yang kita marah).Bayangkan budak kecil yang harapkan kasih sayang & perhatian.Amy ambil strategi berlainan.Orang paling tak siuman ialah buat benda sama tapi harap hasil yang berbeza.Kita bayangkan suami(pasangan) akan meninggal esok,mesti kita pastikan akhlak kita baik kepadanya.


D --> Lelaki ada ego.Isteri pun kenal saya,syukur sikapnya sabar.Kita sendiri harus ada kesedaran.


CT -> Bila kahwin,kita kena faham perangai suami,apa yang dia suka dan tidak.Belajar cara sesuaikan diri dengan suami.Time suami moody & marah,saya suka berdiam diri.Cakap & berbincang apa yang perlu time mood suami dah kembali ok.



Jangan lupa sambungan seterusnya di Part 2 sebentar lagi.In shaa Allah......



6 comments

28/6/13 00:55

serius best episode kali nie, tak berkesempatan nak tgk

28/6/13 01:15

@Aku Penghiburhye acik..owh boleh jugak tengok kat tonton he3..

28/6/13 08:49

sy xdan nk tgok..tido awl he3..btol la 2, nk cpai kejayaan tu bkan sng..msti ada yg gagal dlu..suka cramah prof Muhaya ni =)

28/6/13 12:16

@S.K.Ahye fais..kak lea pun jarang dengar ceramah dr muhaya ni,tulah ingat nak beli buku2 hasil tulisannya untuk tambahkan ilmu ^^

1/7/13 23:43

pengalaman mengajar kita....... suka kekadang dengar perjalanan hidup org lain...kekadang byk yg kita taksangka akan berlaku..... itulah catatan perjalanan....

2/7/13 00:27

@Remy hazzahye remy betul tu,kak lea pun suka dengar pengalaman orang.sebab kadang2 kita perlu motivasikan diri ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...