15

Diodrama di Muzium Sultan Alam Shah,Selangor

12:39 |

Salam semua
Baru-baru ni Kak Lea bawa anak2 menuntut ilmu 
Di muzium yang menjadi lokasi wajib pergi setiap minggu,
semasa Kak Lea sekolah di Shah Alam,dulu

Selain pergi Bukit Cherakah
Kak Lea suka jadi 'ulat' di perpustakaan yang terletak bersebelahan muzium
Sekarang perpustakaan Raja Tun Uda yang canggih dan baru,
dah beroperasi di Seksyen 13
Perpustakaan yang lama ni ditutup,dah
Tinggallah segala memori di sini

Kebetulan masa datang sini
ada kenduri kahwin di dalam dewan
Bagus tuan rumah majlis,ni
Lepas makan tetamu boleh mencuci mata dan menambah ilmu
mengenai sejarah Negeri Selangor

Ada pelbagai pameran dalam muzium ni
Tapi Kak Lea nak cerita tentang..
Diodrama
Dari dulu lagi tak jemu2 melihat hasil kreatif
pembuatan patung2 

Apa itu DIODRAMA???

Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.

Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

 (**Kredit Info ~ Jom Belajar Seni Visual)

Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan.

Diorama juga sering dibina oleh penggemar model skala sebagai sebahagian daripada hobi yang berkaitan seperti pemodelan kenderaan tentera, kereta, motosikal atau pesawat tempur.Contoh yang popular semasa kita sekolah dulu ialah;


Kak Lea cukup suka masa sekolah rendah buat diodrama akuarium he3.


Ini di antara diodrama di Muzium SAS
(*Halakan kursor untuk tumbesaran sihat walafiat)

 Wah kagum!!!

 Jenderam Hilir dekat je dengan kawasan Kak Lea tinggal
Uni KL MIAT berhampiran kawasan ni,lah

Gigih tangkap ikan,pakcik?

 Ini pun best...
Best jugak suasana pekan zaman dolu2

 Bagus untuk anak-anak menambahkan pengetahuan tentang sejarah dulu2

 Yerghhhh...seranggggggg!!!

 Inilah peristiwa diodrama di atas

Masa Kak Lea nak 'snap' foto ni
Kelakar dengar budak perempuan,tu
Dia cakap dengan abangnya..
"Eh..kenapa ganas sangat bunuh2..tak baik,dosa.Eh..awak cepatlah tikam orang putih tu!"
"Eh,tu patunglah bukan boleh dengar pun." tegur abangnya ^^

 Suka tengok diodrama ni
Latar belakangnya..pokok getahnya real

 Baca..jangan tak baca

Itulah di antara diodrama yang Kak Lea sempat kongsikan
Ok nak pergi terjah sorang makcik ni

 Makcik ni kesukaan Kak Lea dari sekolah menengah lagi
Suka tengok suasana kampung
berlatarbelakangkan pemandangan sawah padi

Kawan2 Kak Lea suka cakap dengan makcik ni..

"Makcik kami datang ni...alah kesian makcik kukur kelapa.Masak apa tu?Nak kami tolong?Anak makcik dah lama tak balik kampung,ke?"


Bagi korang yang kebetulan singgah ke sini
bolehlah ronda2 di muzium

 Kadang2 jemu belek buku sejarah
datang sini lagi best
Sebab suka sangat pergi muzium
nasib baik subjek sejarah masa SPM kredit he3..
Kak Lea tak suka hafal peristiwa dengan tahun2 nya huhu...
Kadang2 berangan kalau dapat 'masuk' sekejap dalam semua peristiwa 
mesti Kak Lea dapat A ngeeee...

 Owhhhhh....

Oklah...jumpa lagi di lain entri


Owh Kak Lea teringin sangat pergi semua muzium di setiap negeri
Nak2 lagi Muzium Padi di Kedah..macam best,je!!!



15 comments

6/6/13 13:37

hmmm...menarik nih!

6/6/13 14:21

@DoodleDesignkalau free bolehlah singgah ^^

6/6/13 15:26

adeh.. kesian teman.. x pernah gi lagi tempat ni

6/6/13 18:49

salam kak lea..
kak lea pernh pergi muzium adat dekat
n9.. okaylah.. seronok jugak..
macam2 ade..
die cerita pasal adat2 yang ade kat n9.. masuk free.. dan seronok jugak.. agak canggihla muzium tu..
tekan butang tu.. keluar suara.. tekan butang ni.. keluar lampu..macam2 laah.. tapi tu 3 tahun lepaslah..sekarang x tahu camne..^^

6/6/13 18:51

salam kak lea.. x boleh pon.. nak paste kat mana?huahuahua..

6/6/13 18:57

baru tau apa itu diodrama.. ingtakan drama apa la tadi...hehehheh~~

6/6/13 18:59

wah..beznye
lama x pg muzium
ni klo bawak budak2 sure diorang hepi
eh anak buah...

6/6/13 21:14

cumilnya diodrama ni...pas baca entri ni trus terminat mende ni...tak tahu r kat sabah ni ada tak mende2 camtu~

6/6/13 21:50

@tenku butang takpe2 banyak lagi masa he3...

6/6/13 21:51

@Gee GTG salam gee..wah kak lea rasa macam pernah lalulah..kat mana ye lupa.owh dulu muzium selangor pun ada,tapi agaknya budak2 suka tekan2 rosak..dah takde lagi huhu..

6/6/13 21:52

@AiSyA LiEzA he3..takpe kita sama2 sharing sesuatu yang kita jarang dengar :)

6/6/13 21:53

@Yumida Hudamesti anak buah suka..boleh rangsang minat mereka untuk menghargai sejarah ^^

6/6/13 21:53

@krole wah nanti krole share pulak apa yang menarik di muzium sabah ye..nak pergi sana jauh...huhu..

10/6/13 00:09

sangat menarik kak... remy memang suka miniature2 nie...comel

10/6/13 01:06

@Remy hazzatulah banyak lagi yang menarik di muzium he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...