22

Majalah Iman ~ Panas Di Dunia,Panas Neraka

12:41 |

Salam semua.
Setiap bulan IMAN merupakan salah satu bacaan Kak Lea yang wajib di sisi.


Sekarang musim panas.Semua pasti mengeluh..serba tak kena.Strepsil,Fisherman's Friend,Dequadin,Woods dll sudah tentu laku,sebab cuaca panas semua suka minuman berais.Maka sakit tekaklah kita.Itu belum lagi jika dikaji sikap manusia yang boleh bertukar menjadi garang,panas-baran akibat cuaca panas.

Bayangkan terperangkap dalam traffic jam,air cond memanglah sentiasa pasang tapi masih terasa bahang kepanasan.Sikap pemandu depan belakang,turut menambah stress.Masa ni tak peliklah kalau banyak kes buli di jalanraya.



Sedikit perkongsian *(kredit)  : Nabilah Hasan

Angin,Air dan Teduhan Neraka

Kita memang selalu mengeluh.Kebanyakan keluhan itu berlaku di luar sedar.Panas kita mengeluh,sejuk pun kita mengeluh juga.Dalam beberapa buah hadis,Nabi Muhammad s.a.w mengaitkan hawa di dunia dengan api neraka.Antaranya ialah sebuah hadis yang dilaporkan oleh Abu Hurairah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Neraka mengadu kepada Tuhannya,katanya "Wahai Tuhanku.Sebahagian daripada diriku memakan habis sebahagian yang lain." Lalu Allah izinkan neraka menghembuskan nafasnya 2 kali.Sekali dalam musim sejuk,dan sekali dalam musim panas.Sebab itulah mengapa udara sangat panas dalam musim panas,dan udara sangat sejuk dalam musim sejuk." 
Di dunia,apabila kita berasa panas kita mencari 3 perkara:
  1. Hembusan angin yang menyejukkan.Mungkin kita mencari kipas,ataupun mungkin juga pendingin hawa.
  2. Air minuman.Jikalau boleh,kita ingin mencari minuman berais yang menghilangkan panas & dahaga.
  3. Teduhan.Mungkin bayangan pokok,ataupun berteduh di bawah atap.
Dalam neraka,penghuninya kepanasan.Mereka pun mencari angin,air dan teduhan.Namun ketiga-tiga perkara itu menjadi penambah seksaan kepada mereka.
  1. Angin bagi penduduk neraka ialah samum.Udara yang bertiup dalam neraka teramat panas.Angin yang membakar,bagaimana mungkin hendak menyejukkan.
  2. Air bagi penduduk neraka ialah hamim,iaitu air yang panas menggelegak.
  3. Teduhan bagi penduduk neraka pula ialah yahmum,iaitu bahagian daripada asap api neraka.
Itulah yang disebut dalam al-Quran yang ada pada kita sekarang,dalam surah al-Waqi'ah ayat 41-44.



Sampai sekarang masih terngiang-ngiang di telinga pesanan ustazah,yang suka berkias semasa mendidik kami;

"Kalau panas,jangan cakap panas.Cakap..alhamdulillah sejuknya..sejuknya.Biarkan akal yang positif menguasai kita..bukan emosi."







22 comments

4/6/13 13:49

nice sharing sis
aah..kengkdg tanpa sedar perlakuan kita dikuasai oleh emosi
esp bila panas tu kan..terkeluar la bende mencarut
insha Allah akn yumida ungkapkan..sejuknyaaaa..moga menjadikn diri yumida bercas positif!

4/6/13 13:54

@Yumida Huda alhamdulillah ...saling ingat-mengingati...owh sejuknya :)

4/6/13 14:13

thank you for this sharing kak lea. Terisi hati dan jiwa ini dengan ilmu yang berguna (^_^)

4/6/13 14:48

sy pn kdang2 slalu jgk bersungut..nk2 dgn cuaca skrg :( subhanallah..nice sharing kakLea..mgkin lbh hati2 lepas ni..buku iman 2 sama ke pnulisannya dengan mastika???

4/6/13 15:04

sy selalu bila cuaca panas sy akan ckp..sejunyaa..hehehe..alhamdulilah

4/6/13 15:23

@Kenit Cinonet alhamdulillah...yang baik kita kongsikan kan..kan..he3.. :)

4/6/13 15:24

@S.K.Aalhamdulillah lepas ni kena cakap sejukkknya he3..owh dah bawah satu bumbung,lebih kurang je..tapi kak lea lebih suka iman & infiniti..baca mastika kadang2 seram he3..

4/6/13 15:25

@merahitujambuhye mij..wah alhamdulillah tau..he3..

4/6/13 15:35

1st time dengar majalah ni.. nak carik la

4/6/13 16:50

@uncle gedekhye uncle..bagus majalah iman ni...macam2 artikel yang ada buatkan tak sabar nak tunggu next issue :)

4/6/13 17:08

AL baca solusi, nnti leh la tmbh bacaan ngn Imam lak :) ..

4/6/13 17:17

@AiSyA LiEzAhye AL..wah bagus jugak tu solusi..kak lea pernah baca :)

4/6/13 18:18

Majalah iman ....juga di antara majalah koleksi saya. Mesti beli!

thanks kak cause the ilmu.. sekarg pun suka la baca buku genre2 islamik mcm ne..

4/6/13 20:15

@abuikhwansamalah kita ye..memang selalu skodeng kat kedai dah keluar ke belum..

4/6/13 20:16

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕sama2...alhamdulillah...sama2 mantapkan iman :)

4/6/13 21:22

alhamdulilah jika semua sharing macam gini kan best :)

4/6/13 22:46

salam kak lea..
betul kata ustazah akak tu..
ade cerita kawan saya.. die tidur dalam bas..
pastu ade org tidur sebelah die..
orang tu agak besar samapai ambil space dia.. die pon terasa terhimpitlah..
awal2 rasa geram gileee..

lepas tu die muhasabah diri die..
die pikir positif.. bestnye.. sedapnyelaah tido dengan bantal yang empuk.. automatik hilang marah die.. dan die pon tidur dengan nyenyaknye..^^

4/6/13 23:19

@Aku Penghibur alhamdulillah mungkin ada kawan yang belum sempat baca,boleh diorang beli kan :)

4/6/13 23:35

@Gee GTGsalam gee.wah hebat betul kawan gee tu.kalau orang lain dah tolak2 orang kat sebelah tu,hah.nice sharing dear..

10/6/13 00:20

panas didunia kita boleh tahan...tapi disana.....Nauzubillah.....

10/6/13 01:11

@Remy hazzaye remy...kena kuatkan iman dengan ujian kepanasan kat dunia ni..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...