20

Marathon Teduhan Kasih ~ Owh Selasa last episod?

22:52 |

Kalau hari biasa
Memang takdelah Kak Lea nak tengok
Melainkan berkibarnya Red Flag
Bolehlah terpaku kejap depan tv
sementara tunggu azan Maghrib
Lepas tu tuppppp
Tutup tv daa...
Nanti satu rumah liat nak solat


Malam ni memang pulun 
marathon Teduhan Kasih
di mana lagi 
Tonton ler


Dah kawan kat office dok pakat bergosip
Mana tahan ini jiwa
terpengaruh jua
Mak Kak Lea pun layan kat tonton jugak he3


Ada lagi ke yang selembut hati macam Iffa ni
Kenalah pertahankan maruah diri,ye tak?


Yang Rizal bekas lakinya pulak alahai..
dah macam lembu kena cucuk hidung,daa...
Dah sah2 Ayu perli & merendah-rendahkan 
maruahnya sebagai ketua keluarga
Boleh lagi dia bersabar hurmmm...
Tak logik jugak kesabarannya tu

Macam dah boleh agak ending drama ni,kan

Kak Long yang kuat sangat menjerit terpekik
hingga tak hormat dah kat mak sendiri huhu..
Kak Lea akui watak ni memang wujud 
dalam masyarakat kita

Kak Lea ingat lagi Sherry berlakon drama Renjis
dengan Elyana
Apalah kesudahan Teduhan Kasih ni,ye 
Selasa mesti ramai dok kerumun depan tv
Jangan lupa solat Maghrib tau!
Kak Lea tengok kat Tonton jelah huhu...


Tiba2 teringat pulak
Ashraf Muslim baru2 ni minum dengan beberapa orang kawan
 Pandai dia pilih lepak kedai makan mamak
yang sunyi tak ramai orang
Dekat je dengan rumah Kak Lea
Kalau dia makan kat kedai mamak satu lagi yang selalu Full House
Mesti ada yang tegur nak salam
Hubby Kak Lea cuma senyum jelah kat dia
Hurm...hensem jugak dia tu kan he3..

Owh tqvm semua yang sudi komen
Ni kayuh beca pelan2
Nak komen entri korang pulak he3..















20 comments

30/6/13 23:19

he3 nape naik beca?? ambil la F1 sy ni, bru laju2 je bw kakLea :D he3..kakLea layan jgak eh cter ni?? sy suka watak kakLong dia..mcm kena rasuk je =)

30/6/13 23:58

@S.K.Ananti pengsan pulak fais tengok F1 tu hilang dari heeader he3...

owh dah nak habis baru kak lea layan kat tonton.terkejar2 kot masa balik dari office,tak sempat nak lepak depan tv ^^

1/7/13 04:03

watak kak long tu saya suka juga... sebab dia pandai bawak watak dia tu... hahahah

saya pula mujur ada astro beyond yang boleh record... so saya record je dulu... biasanya tgk lewat malam...

1/7/13 08:48

SY X TGK SBB X SUKA HEROIN TU
HEHE..MUKA HEROIN TU X SESUAI WATAK BAIK..MMG SESUAI WATAK ATAGONIS JE
JAHATKAN?HIHI

momoy suka sangat part watak2 antagonis nih =)

1/7/13 11:29

Kak lea ni se spesis ngan wife CK...minat giler cite ni. tak bg langsung tuko channel lain...

1/7/13 13:57

@Nora Karimmemang menjadi lakonan kak long tu,ye.tapi letih jugak tengok muka dia asyik berkerut je jerit2 he3..

wah best tu.saya layan tonton je huhu..

1/7/13 13:58

@Irfahahahaha pulak,dah ngeee...kelakarlah irfa ni ^^

1/7/13 13:59

@.::: Princess MOMOY :::.betul tu..watak antagonis lagi diingati penonton ^^^

1/7/13 14:01

@Cikgu Kacamatahehehe pergh,tak bagi tukar channel tu..alah kak lea layan masa hujung minggu je kat tonton.hari biasa bunyi je azan maghrib terus tutup he3...

1/7/13 17:26

Watak yang dipegang pelakonnya menjadi.

1/7/13 22:00

@Tetamu Istimewaye betul tu TK ^^

1/7/13 23:10

adekah normal bagi insan seperti saya yang x pernah layan drama kak..
adekah saya normal.. wuarghh!!!

1/7/13 23:34

memang tak sempat tgk kak... blk rumah selalu dah lepas magrib.....

2/7/13 00:37

@Gee GTGia sungguh normal bagi seorang robot kucing yang kehilangan telinga..sekian terima kasih majulah drama untuk robot hahahaha larik....

2/7/13 00:37

@Remy hazzalayan kat tonton je,remy ngeee...

2/7/13 01:40

dh baca novel jd drama tak tgk langsung.. hehe

2/7/13 03:11

esok episod last! tak sabar nak tahu :)

2/7/13 08:57

@Amanina Madsalah mana aci he3..

2/7/13 08:58

@deno wah deno pun follow ye ^^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...