23

Perlu ke cakap macam tu,kak oiii!!!

17:21 |

Assalamualaikum kepada semua warga blogger tercinta
tak kira di bandar mahupun di desa
Semoga korang sihat sejahtera
Asyik blogwalking solat jangan lupa ya

Lupalah nak celoteh dengan korang
Perihal kelmarin di sebuah klinik
Bawa si anak yang masih jalan terkengkang-kengkang
Penangan luka berkhatan masih tak elok-elok
(** kata mamanya)


Si doktor tersenyum ramah
Gelihati sebab Kak Lea kalut bebenor
Luka dah cantik,puan..usahlah resah gelisah
Tak usah dia berkain lagi,sarung je seluar

Maka keluarlah kami dari bilik
Menunggu di kaunter nak bayar ubat
Tiba-tiba sorang nurse bergelar makcik
Selamba macam Kiah Propa bercakap kuat...

"Huissshhhh...anak kau jalan kengkang lagi,ke?
Yelah budak sekarang tak boleh tahan sakit,ye tak.
Dah boleh tu pakai seluar,anak akak pun macam tu.
Sampai kena pulas telinga baru berani nak pakai"

Kak Lea hanya mampu mengangguk & tersenyum sambil mengeluarkan wang berwarna-warni bayar di kaunter.Eh..eh..makcik nurse tu bercakap lagi....dan ditujukan kepada anak Kak Lea;

"Eh..kau memanglah sakit sekarang ni...sekejap je sakitnya tu.Nanti kau rasalah NIKMATNYA kau bersunat,tau hahahhahaha.Masa tu kau takdenya menyesal sakit2 bersunat."

Oh tidakkkkkkkkkkk!!!
Masa ni laju je mulut Kak Lea nak smash kebabommmm.
Tapi husband dah bagi signal jom blah....

Dalam kereta anak tu tanya..

"Mama,tadi makcik nurse tu cakap nikmat.Nikmat apa mama?"

"....................................."

"Yelah nikmat sebab Irfan dah 'bersih'...boleh jadi imam.Kesihatan pun terjamin.Kalau tak bersunat nanti banyak kotoran terkumpul,itu sebabnya orang kafir pun dah ramai pilih bersunat."

"Ooooooo....bagus ye mama,patutlah semua umat Islam wajib bersunat.Ooooo...faham..faham."




Sebagai seorang mak,kita kena bijak dan kreatif,menjawab segala persoalan anak2.Kita akan terperangkap dalam pelbagai situasi seperti yang Kak Lea lalui.Bila mereka dah bijak berfikir dan petah bertanya,memang kita kena sentiasa mendekati mereka dengan saling berkomunikasi & mendengar luahan hati mereka.Tapi takdalah sehingga kita perlu menjadi bijak pandai seperti para cendekiawan mahupun para motivasi keluarga tersohor di luar sana.

Kak Lea memang berdepan juga sedikit kejutan,semasa membesarkan sepasang kembar lelaki & perempuan.Mereka berlainan jantina sudah tentu pelik melihat pro & kontra antara mereka.Perbezaan mereka membuatkan Kak Lea selalu pesan,apa yang boleh dan tidak boleh disentuh!Mereka faham dan masing2 malu.Apatah lagi banyak kes seksual...yang memerlukan mereka faham apa itu rogol & liwat opsss..

Cuma makcik tadi tu adeihhhh...Kak Lea tak tau kenapa dia terfikir,cakap macam tu.Anak Kak Lea pun kecil lagi bukannya faham benda2 tu.Sikap sporting makcik tu buatkan Kak Lea seram,agaknya macam manalah perbualan seharian dia dengan anak2 nya,kan huhu.Kak Lea masih malu nak cerita secara terbuka macam tu,apatah lagi dengan anak2.















23 comments

3/6/13 17:28

:) hehehe... xperlu berckp kalau benda x penting... ehheheh xD

3/6/13 17:29

@AiSyA LiEzA wah pengomen terpantas ni he2...betul tu huhu...

3/6/13 17:31

Assalam kakLea, he3 sabar2 :) dia bergurau je kot, xbmbg ke klau ank kakLea bca entry ni nnti?? Alhamdulillah bg sy kn bruntung orang yg dpt kembar lain-lain jantina..sy tringin nk ank mcm kakLea :)

3/6/13 17:50

straightforward bebeno makcik tu..
mungkin terlupa nak bawak penapis..hehe
mungkin keramahannya membuat dia terlupa sedikit...ooops gitu

3/6/13 18:24

@S.K.Awaalaikumussalam ska..owh depa tu jarang baca blog mamanya.time cuti ni,dok sibuk main games adeihhh...homework pun dah siap tu kak lea bagi main games,kalau tak jangan harap ler he3..

alhamdulillah..in shaa allah semoga ada rezeki ska bila dah kahwin nanti amin..:)



3/6/13 18:25

@Yumida Hudahye sis mungkin juga tapi itulah style makcik2 kan..betul apa dia cakap,cuma macam kurang molek ler cakap kat budak2 huhu..

3/6/13 19:17

Pandai puan terangkan kepada anak-anak puan. Thumbs up.

Mak cik itu bergurau tak kena umurnya. Ish ish ish.

3/6/13 19:22

alahaiii makcik nurse buat aniaya ke budak je cakap macam tu. Cabai mulut satgi baru tau.

Mujur kak lea pandai menjawab hehe. Tu pasal kena berhati-hati menjawab bila anak tanya. Kalu kita pun kepala gila macam makcik nurse tu...kan ke parah?hehehe.

Syabas kak lea (^_^)

3/6/13 19:40

salam kak lea.. Allah..
speechless saya..
moga2 ambil iktibar..
sporting pon berpada-pada..

3/6/13 21:36

Assalamualaikum.

Ikutkan, saya pun tak brapa suka mulut straight mcm makcik tu kak lea,hahaha. Mujur la kak bijak menjawab.

Tapi, ada bagusnya kan makcik tu mcmtu. Lau tak, tak tertulis entry ni kak.. bleh juga buat panduan kat saya. Saya tak nafikan la, pentingnya menjawab soalan anak2 kecil ni. Saya rmai sedara sepupu yg kecik2 lgi, kdg2 pening gak melayan kerenah semua.

4/6/13 00:01

@依之汉 terima kasih wong..itulah tak sedap didengar..budak bukan faham apa pun huhu..

4/6/13 00:02

@Kenit Cinonet yelah sis..jadi mak orang ni kena logat berfikir mencari jawapan yang simple tapi padat..hahahahaha..

itulah kak lea selalunya suka berlawak juga,tapi untuk kes ni..kak lea tak suka huhu..

4/6/13 00:04

@Gee GTG salam my dear...hurmmm...itulah kak lea pun gila2 jugak dengan anak tapi bertempat..

4/6/13 00:06

@Tinta Lanawaalaikumussalam lana..wah laan get ready jelah ye..soalan dari budak2 ni mengalahkan peluru berpandu..mengalahkan pop corn yang melompat2 kepanasan ngee...

4/6/13 10:17


bagi je dia smash padu lee chong wei...hahaha

4/6/13 12:02

@bangsawan nilaihye BN hahaha..adeihh :)

4/6/13 21:26

adehh mak cik oiii berpadalah cakap ...kan budak kecik lagi tu

4/6/13 23:14

@Aku Penghibur hurm itulah huishh makcik tu saje je...

oooh mmg ada org yg jenis cakap open camni....hehe makcik2....wakakkaa

4/6/13 23:58

@Hatimi Tahirruddintulah timi..kalau borak ngan kak lea takpelah kan.tapi ni dia cakap kat budak kecil alahai..

10/6/13 00:25

amboi makchik tu..... over la pulak....... nasib baik akak pandai cover.....

10/6/13 01:01

@Remy hazzahehehe ado2 je makcik tu ngeee..

selalunya makcik2 ni mmg jenis ckp x bertapis sikit. mngkin bg dia benda tu xde apa sebab dia dah lama hidup kan, makan garam.
jadi mereka lebih berani bila cite bab2 cenggitu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...