33

WHI TV3 ~ Asam Garam : Suamiku Surirumah - Ben Ashaari tu!

14:40 |


Salam Jumaat semua.Tadi tengok je topik WHI,laju2 snap foto mana yang sempat dan seperti biasa,tulis laju2 di sebuah buku nota.Kak Lea cuma sempat kongsikan sikit je.Kalau ada tersilap sori ye.Nak tau lebih lanjut,jangan lupa baca entri di blog Ben Ashaari dan juga...

 
  ulangan di Tonton.com.my

Owh mana Qhaliff yang comel tu ye?



Bagaimana bermula satu impian/keputusan jadi surirumah?

Ben ~ Mengambil keputusan menjadi surirumah dan blogger,sebaik isteri melahirkan anak,setelah 2 tahun lebih menunggu kelahiran zuriat.Sekarang dah 2 tahun juga bergelar surirumah.Mula2 sukar nak jaga baby,tukar pampers sendiri.Berkat galakan daripada mertua,isteri dan kawan2 di internet...ia banyak membantu.


Wan ~ Isteri (Suhana) masa tu menyambung pelajaran.Saya pulak dalam event industries.Saya selalu kerja di luar.Bila isteri bersalin,saya rasa kena do something untuk mendekatkan diri dengan keluarga.Isteri dah habis PHD,saya terus buat kerja di rumah.


Suhana  ~ Masa dia decide nak berhenti kerja dan buat di rumah,saya suruh dia berfikir,macam mana nak buat planning.Tapi oklah kami teruskan juga.Dan dia lebih bagus jaga anak dari saya.Memanglah family banyak bertanya ok ke...dan lain2.So far takde masalah,tak susahkan mana2 pihak.


Fua'ad ~ Zaman dulu lelaki cari pendapatan,automatik perempuan di rumahlah.Banyak wanita berjaya,maka seorang kena ambil tanggungjawab.Nanti anak berterabur,takda sapa jaga.Selalunya tekanan datang dari luar.Mesti ada berkata "Takkan you duduk rumah,isteri bekerja?Dayuslah." Kalau isteri lebih berjaya,salah seorang perlu berkorban.

Ben ~ Seawal berkahwin masalah blogging takda.Dah ada baby,kena fikir baby..blogging.Baby..blogging.Ni urgent..tu pun urgent.Saya perlu dahulukan anak.

Wan ~ Masa tu saya bermajikan.Ada juga client yang order.Terkejar-kejar dateline.Kita breadwinner.Mula terfikir kita bekerja sebenarnya untuk siapa?Kepuasan sebenarnya bekerja di rumah.

Pendapat tentang suami surirumah tapi tak membantu?

Fua'ad ~ Suami tak bertanggungjawab.Tak nak cari rezeki,dia tak membantu.Ada 2,3 orang kawan saya dalam situasi macam tu.Isteri tak berani buat tindakan sebab fikir anak2.Saya tak panggil dia suami surirumah,itu suami goyang kaki.

Suhana ~ Yelah kan sebagai isteri,kita keluar mencari rezeki.Balik rumah pula dibebani dengan kerja rumahtangga.Mungkin akan meletus juga,mengungkit,keluar perkataan itu ini.Tugas cari rezeki tanggungjawab suami.Dalam family saya sendiri,semua disebabkan anak.Kurang masa,suami banyak event,anak pun tak nak dah dengan suami.So oklah dengan keputusan suami bekerja di rumah.

Bagaimana peranan mereka sebagai ketua keluarga..agar tak hilang?


Ben ~ Perbincangan perlu ada,juga pembahagian tugas supaya isteri pun tak hilang tanggungjawab.Isteri ada tugas,suami pun ada tugas.Kalau dua2 cari rezeki,lagi baik.

Wan ~ Kita kerja kena dekat dengan family.Kerja boleh datang dan pergi,tetapi family stay forever.




Wah!Kalau ada je kawan blogger yang memang dah lama Kak Lea follow,apatah lagi kalau dah pernah berjumpa di luar dunia blog..sudah tentu suka ikut perkembangan mereka.Ben Ashaari (BA) di antara kawan blogger yang pernah Kak Lea jumpa semasa 1st Gathering Geng Kembar di Putrajaya.Lagi menambah semangat untuk blogging,blog Kak Lea sehingga kini masih berada di bloglist BA bersama kawan2 yang lain.Terima kasih ya BA.

Kak Lea harap kita jangan perlekehkan suami kepada kawan/jiran/sedara-mara yang memegang status surirumah.Mulut orang memang tak boleh ditutup.Mr Mama bukan lagi sesuatu yang janggal dan pelik di Malaysia.2 tahun lepas suami Kak Lea sendiri terpaksa menjadi Mr Mama.Begitu juga pakcik sedara dah bertahun2 menjadi surirumah.Semua rumahtangga tak sama macam orang lain,kita tak boleh bandingkan rumah A dan rumah B.Masing2 ada masalah dan kisah tersendiri.

Yang penting isteri jangan hilang hormat kepada suami,hargai penat lelah suami yang seharian di rumah.Suami  pulak jangan goyang kaki.Perlu bijak mencari sumber pendapatan tak kisahlah melalui online,berniaga kecil-kecilan di gerai dan sebagainya.Kebajikan anak2 terjaga,kita para isteri yang bekerja pun senang hati.Pada hujung minggu kita bagi cuti pada suami,kita pulak jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.Belanja suami makan setiap hujung minggu ataupun masa dapat gaji,belikan barang2 kesukaan/keperluan suami tak kisah kecil ke besar ke,murah ke mahal ke(ikut kemampuan).Suami dan isteri bertambah sayang,anak2 tenang,keluarga pun harmoni dan bahagia berpanjangan insya Allah.


Kredit : Lagi kisah BA sebagai surirumah



33 comments

14/6/13 15:01

Bagusnya lea..siap catat lgi. akak pun tengok tadi.

14/6/13 15:15

@whitecappuccinohye kak..owh kebetulan tengah depan tv dan free.kalau kerja tak sempatnya he3..

14/6/13 15:21

keje tak sempat tengok....
Ben pakai baju pink colour...
http://ceritamayapersada.blogspot.com/2013/06/panglima-tentera-darat-ke-25-jeneral.html

14/6/13 15:30

@Sukma Harontakpe sis...tonton kan ada he3...

14/6/13 15:38

tak semua lelaki leh duduk rumah..memula mesti rasa x biasa dan mesti blh buat gaduh kalau x dpt nk kawal perasaan..yela..duduk rumahkan..

14/6/13 15:57

@merahitujambuhye sis ye betul tu.masa nilah kena give n take dengan pasangan.kena selalu berkomunikasi..bertolak-ansur :)

hihi,yui keje.. tp dah bc kak blog akk ni pun ok dh tu..

14/6/13 15:58

Bukan senang nak cari yg macam ini kan..

14/6/13 16:07

@nuyui a.k.a miss YUIowh he3..tqvm dear..

14/6/13 16:08

@Kakzakieye kak...tahniah kepada isteri2 mereka berdua ^^

14/6/13 16:56

caya lah..lelaki pun boleh berjaya di rumah.. selamat hari bapa buat semua :)

14/6/13 17:40

:') y penting bijak handle smua tu....

wah...bagusnya...detail la..dah boleh jadi wartawan nie..hehe

14/6/13 17:59

rajin kakLea tgok WHI :) tgok kt opis ke?? bgus la mreka2 yg bergelar suami bntu isteri dn jd suri rumah..he3..sma2 ringankn beban

14/6/13 18:17

@Amanina Madshye sis..ak ah kan selamat hari bapalah he3..

14/6/13 18:17

@AiSyA LiEzAhye AL ye betul tu ^^

14/6/13 18:17

@Siti Rohaida Yusofhye sis..huhu..tulis mana sempat je ngeee..

14/6/13 18:18

@S.K.Ahye ska...topik yang best je baru layan.kak lea last mc hari ni he3..

14/6/13 18:56

yumida pun ade tengok jugak td
nice la sis..dpt tangkap isi2 ni semua

aritu masa ben masuk nona..x dpt tengok sepenuhnya..ni dlm whi..wah...siap record lg..hikhik

http://umikasum.blogspot.com/2013/06/ben-ashaari-at-whi-tv3-suamiku-surirumah.html

14/6/13 20:41

@Yumida Hudahye sis...tulah kalau sempat snap je terus he3..

wah nak terjahlah link sis tu he3...

14/6/13 22:35

tak kisah kalau lelaki jadi suri rumah...janji ada persefahaman.....

14/6/13 22:56

@Remy hazzahye remy yup betul tu ^^

14/6/13 23:40

Nur tak sempat tgk, wakilkan kawan suruh tgk, kata dia jawapan yg jawapan dari abang ben semuanya mantap2....kira tak cakap kosong, semua penuh dengan point...terbaiklah :)

14/6/13 23:44

@Cik Nur™hye nur...ye betul tu.maklumlah BA dah banyak pengalaman diinterview he2...

15/6/13 00:06

wahhh hebatnya siap snap gambar tu..bgus2x... jaa td xsempat tgk. haja nk layan kat tonton. tp dah tgk di you tube dulu yg BA share di fb td...hihi.....

15/6/13 00:17

@jaakechikhye jaa he3...wah tulah layan kat tonton ngan sis yumida punya link pun ok he3..

15/6/13 02:42

abah deno pun mula jadi mr. mama sejak deno sakit :')

15/6/13 11:13

amboi kak..teruja nya.hehe.. saya tak sempat tengok sbb busy sangat..haha.. nak tgk kat tonton malas..huhu

15/6/13 12:21

@Nana Lienahye nana,kalau kak lea free baru layan he3...

16/6/13 03:59

tak dapat tgk sebab masa kerja. tapi dah bagi detail ni so blh tahu apa yg diorg perkatakan..hehe

hehe rajin kak lea sempat salin nota tu...tapi tu lah zaman sekarang ni takde nak kira dah sape suri rumah sape yg kerja....yg penting kerjasama dan persefahaman antara pasangan...

wahh... tahniah BA masuk tv. hihi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...