33

1 biji epal = 1 hari berpuasa...boleh?

16:35 |

Mengajar anak2 yang pertama kali berpuasa bukannya mudah
Cabaran terbesar ialah ketika kejutkan mereka sewaktu bersahur
dan yang paling menguji keimanan ibu bapa
ialah
di saat mereka buat muka kesian,keletihan menahan lapar & dahaga
Nak berbuka cepatlah jawabnya

Alhamdulillah syukur anak kembar Kak Lea
dari usia 6 tahun dah mula berpuasa,
walaupun tak dapat penuh sebulan masa tu
Masuk darjah 1
mereka cuma ponteng 2,3 hari sebab demamlah,batuklah


Tahun ni giliran Kak Lea mengajar Danish,6 tahun
Excited bangun sahur sejak dia berumur 3 tahun!
Tapi kali ni baru dapat latih dia berpuasa
kuatlah sikit perut tu,kan

Selain beri ganjaran 
pilih makanan/minuman kesukaan
dan juga duit raya 
Kak Lea tertarik idea ni semasa melihat
WHI minggu lepas

Ajak anak melukis pokok
Warnakan 
Setiap kali berjaya habiskan satu hari berpuasa penuh
Minta mereka lukis sebiji epal = 1 hari puasa
Separuh = sebab separuh hari jelah puasa,kan
Suku = kes macam Danish


Ini Danish punya
Sebab semalam dia berbuka masa balik je sekolah tadika
Dia kenalah lukis suku epal color oren
Dia malas warna cantik2 pokok ni
Tapi kalau suruh lukis dan warna Despicable Me ke,Iron Man ke,Power Rangers ke
Serah jelah kat dia
Tukang habiskan stok A4 paper kat rumah,dialah!!!

  Ini pulak si kembar yang girl,Diena
Style dia pulak...
lukis buah banyak2
Tapi Diena lukis love 
sebab pokok pun love
Dah puasa 1 hari,dia potong buah tu,hah

Ibarat kalendar mengira hari demi hari
di bulan Ramadan 

 
Ini pulak pokok abang kembarnya,Irfan
Diorang bertiga excited tampal kat dinding
Sebagai perangsang melatih diri berlapar & dahaga
di samping menjaga perkara2 yang membatalkan puasa
Syukur semalam Danish larat terawih 8 rakaat



 Nak ajar anak yang kecil,ni tak boleh paksa2
Kena pelan2
Anjakkan satu jam dari hari ke hari
Yang penting mereka faham...


  • Apa maksud berpuasa
  • Pahala berpuasa
  • Jangan paksa & marah anak2
  • Pelbagaikan indoor activities seperti adakan reading corner- cerita kisah2 nabi/ganjaran orang berpuasa di sisi Allah / buat art & craft bersama anak2
  • Jangan lupa pujian untuk anak2 yang berpuasa
  • Ganjaran seperti beri mereka pilihan nak makan apa & nak makan di mana
  • Semua ini akan membuatkan setiap tahun anak akan teruja menanti bulan Ramadan

Ganjaran boleh berbentuk material
tetapi 
pemahaman anak kenapa perlu berpuasa,
lebih penting daripada ganjaran yang diberi

Untuk kesan jangkamasa yang panjang 
dikhuatiri jika sesuatu dilakukan hanya disebabkan
sedari kecil telah dilatih buat apa2 akan dapat ganjaran,
kemungkinan peratus keikhlasan anak2 akan berkecilan 
Selamat berbuka puasa semua


33 comments

11/7/13 16:52

Banyaknya kembar? Berapa pasang semuanya?

Ya, perlu ajar perlahan-lahan. Yang penting kena ddik dari kecil.

11/7/13 17:02

@Tetamu Istimewaowh sepasang kembar je cikgu,lelaki dan perempuan,si bongsu lelaki tu,danish he3..

betul tu cikgu ^^

11/7/13 17:20

wahh bestnya anak kembar, bagus kak kecil dah ajar puase :)

11/7/13 17:50

shabas lea...mendidik dari kecil...tak perlu memaksa..kita yang perlu menjadi contoh terbaik depan mereka...

salam ramadhan ..

11/7/13 18:05

wah..beznye..rasa macam nak jadi anak kak lea..prihatin..concern

11/7/13 19:16

Alhamdulillah =) nanti ank K.Lea dpat puasa pnuh la 2..kecil2 dh pndai he3..in.shaa.Allah nnti tarawih pnuh pula..pokok mcm header kakLea je he3

11/7/13 19:52

Wahh! Untung ada ibu berfikiran terbuka. Dulu semasa kecil langsung tak tahu saya melukis. Yang tahu lukis Dragon Ball sahaja. 7 biji kesemuanya. Opss.

Tahniah puan dapat didik anak dengan melukis. (y)

11/7/13 20:15

hehe.. betul tu. kena ajar pelan-pelan :)

11/7/13 21:11

kak lea .. bersungguh2 kak lea ajar anak kak lea.. hehehe.. fiza suke =)

11/7/13 21:54

@Aku Penghiburhye acik,alhamdulillah.sebagai parents kena memikul amanah yang diberi dengan baik.bukan senang nak didik anak2 ni he3..

11/7/13 21:55

@BUNDA a.k.a KNbetul tu bunda,macam2 cara kreatif yang perlu parents zaman la ni gunakan untuk melatih anak2 berpuasa,kan he3.

11/7/13 21:57

@Yumida Hudahah?hehehe..alhamdulillah kak lea cuba menjadi ibu yang terbaik.kena didik mereka sedari kecil :)

11/7/13 21:58

@S.K.Ain shaa allah,fais amin.

owh mula2 kak lea tunjuk contoh kat kertas,then danish tiru pulak pokok kak lea lukis adeih he3..

11/7/13 22:00

@依之汉yelah wong,zaman ni pelbagai dugaan.jadi tanggungjawab parents semakin berat.apa2 pun didik anak bermula dari rumah dengan suasana yang positif.ajar mereka hikmah berpuasa contohnya...

wah peminat dragon ball ler ni he3..

salam ramadhan ye wong ^^

11/7/13 22:01

@boni kacakyelah,kan.nanti push2 terus tak mau puasa pulak lagi haru huhu ^^

11/7/13 22:02

@syaafi sushihye fiza..owh kak lea cuba yang terbaik,je.ramai lagi parents yang bijak dan kreatif mendidik anak2,kan.so far senang nak jaga depa ni alhamdulillah :)

Hahaha ... Bagus jugak idea nih ...

11/7/13 22:24

wah kak.lea ada anak kembar...mesti comel eh...hihi...lukisan tu memang mantap tau...pandai betol :)

11/7/13 22:34

tips yang sngt berguna ! even muni tak ada anak lagi tapi rasa tak sabar2 nak didik anak sendiri nanti untuk berpuasa . . insyaallah :)

11/7/13 23:17

mengajar anak2 berdisplin dari kecil memang bagus. akak pandai menjaga ;)

12/7/13 00:01

@Hani Fadhlina Abdul Rahmanhye sis hani...nanti bolehlah cuba kat anak2 he3..

12/7/13 00:02

@Nao Meialhamdulillah cik akak rezeki he3..

12/7/13 00:03

@Murni Amirhye sis murni..in shaa allah semoga bertemu jodoh terbaik dan dikurniakan zuriat yang comel serta mudah didik anak untuk berpuasa ^^

p/s-->sis murni...kak lea cari link blog murni,kat g+ tu tak jumpalah huhu..

12/7/13 00:04

@syuk shusukenanti syuk dah kawin,ada anak mesti syuk pun bijak mendidik mereka..in shaa allah he3..

12/7/13 00:55

mesti meriah rumahkan..hehe
bagus lah didik anak2 dr kecil nanti dh terbiasa :)

12/7/13 07:14

Assalamualaikum.

Kak lea.. saya rsa saya faham apa relevannya tips lukis pokok dan epal ni.. tpi tak reti nak explain macamana,hehe.

Kira macam penghujungnya nanti, siapa banyak puasa, banyak la epalnya. Pokok tu mcm perlambangan diri kita..epal or buah tu amalan kita. Pokok, takda buah, tak cantik. Bila ada buah, bukan takat berseri, org lain pun boleh memanfaatkannya.

Eh, kalau silap, sorry..mcm merapu lebih je,hehehe

12/7/13 07:40

@Tinta Lanawaalaikumussalam lana...betul..betul..betul!!!tahniah pandai lana,ni!

wah itu sebabnya lana di antara kawan blogger yang wajib kak lea terjah blog setiap hari ^^

12/7/13 09:11

didik anak puasa dr awal tp bukan memaksa.didik awal supaya dia biasa dan seronok.jgn tunggu besar baru na suruh takut dah keras susah nak lentur.alhamdulillah,kecik2 dah belajar puasa ye.anak2 sy pun dididik se awal 5tahun.buat selang seli dan darjah 1 boleh puasa penuh.boleh 'cuti' kalau demam je

12/7/13 12:29

@Irfaye betul tu sis irfa,syukur kebanyakan anak2 kecil sekarang ni mudah untuk parents ajar berpuasa..alhamdulillah.tahniah juga untuk sis irfa ^^

12/7/13 17:41

hek2.. comel la pulak epal suku tu..ekkekeke.. kelakar je.. =)

wow... serius momoy suka tulisan dear ni
sangat bermanfaat
boleh apply bukan senang nak dapat ilmu mcm nih
th dear
walaupun momoy tak ada anak, tak ada hubby dan tak ada BF lagi
tapi boleh jadikan entry ni rujukan.

12/7/13 22:30

Seronok tgk kak lea ajar anak2 berpuasa.... mesti bila besar nanti ..mrreka akan kenang kembali

20/7/13 02:43

@Remy hazzakena kreatif nak didik anak2 ni he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...