11

Asma' 88 ~ Al-Ghani

00:51 |


 MAHA KAYA

Al-Ghani,Yang Maha Kaya lagi Maha Sempurna kekayaan-Nya.Tidak ada ketakutan pada-Nya.

1 ~ Mendapat keberkatan
Baca Ya Ghani 70 kali dan hembus kepada hasil setiap hari,in shaa Allah perniagaan akan sentiasa bertambah maju.

2 ~ Ditunjuki jalan yang benar
Agar dapat meninggalkan kehidupan yang sia-sia & tidak bermakna,bacalah Ya Ghani 70 kali sehari sehingga anda kembali ke pangkal jalan.

3 ~ Urusan di rumah
Baca Ya Ghani 70 kali sehari selagi anda merasa perlu dipanggil makanan(rezeki) & keberkatan masuk.

4 ~ Menghilangkan sakit
Tatkala merasa sakit di mana-mana anggota tubuh,letak tangan kanan di tempat yang sakit & baca Ya Ghani 41 kali,in shaa Allah anda akan merasa lega..

5 ~ Menjadi kaya
Baca Ya Ghani 1000 kali sehari,in shaa Allah anda akan menjadi sangat kaya.



Salam Jumaat yang pertama di bulan Ramadan.
Sebut tentang kaya,di mata terbayang simbol di atas je,kan
Kekayaan bukan terhad kepada duit semata-mata
Luas erti kaya dalam Islam

Kaya ilmu,kaya budi pekerti,
kaya sahabat dan keluarga
Apa-apa pun 
perlulah bersederhana dalam segalanya
Kenalah seimbang
Dunia di tangan akhirat di hati


Semoga zikir kali ini
dapat dijadikan amalan harian
sambil kita tekun melaksanakan tanggungjawab
di dunia dan akhirat
Assalamualaikum


Sesiapa bertakwa kepada Allah,nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka.Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Ath-Thalaq 65 : 2-3)


11 comments

12/7/13 01:43

thanx kak lea.. satu ilmu yang baru bg fiza =) hehehe

12/7/13 01:51

@syaafi sushialhamdulillah jom berzikir ^^

12/7/13 07:18

Salam.

Saya perlu kaya idea sekarang ni,huhu. Keja2 design banyak tak siap sbb kekurangan idea..

Thanks kak lea. Dunia ditangan, akhirat dihati.. :)

12/7/13 07:38

@Tinta Lanawsalam lana...salam jumaat.alhamdulillah..rezeki datang pelbagai cara dan dah tentu ada ujian dari-Nya.semoga zikir kali ni dapat membantu lana.

itulah kak lea pun suka header2 yang lana design,rasa nak tempahlah untuk blog parents kak lea ^^

12/7/13 09:08

rezki bukan dlm bentuk $$ semata
sihat juga adalah rezki ;)

12/7/13 12:30

@Irfabetul tu sis irfa..pelbagai bentuk rezeki....bernafas ni pun rezeki,kan ^^

12/7/13 17:23

Alhamdulillah, nice sharing kakLea =) boleh sy amalkn..

12/7/13 17:30

alhamdulillah info y baru hari ni =) trma ksh atas perkongsian ^^

terima kasih dear
momoy baru tahu

12/7/13 21:54

Bersyukur dgn apa yg ada...... biar bersederhana......janji hidup bahagia

12/7/13 22:26

Thanks for sharing kak....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...