29

Breakfast di Taman Klasik Rumbia ~ 16 tahun tu!!!

09:54 |

Assalamualaikum..pagi yang ceria di hujung2 bulan Syaaban.Pukul 3 pagi tadi hujan lebat membasahi Salak Tinggi,alhamdulillah.Terima kasih tau kepada semua yang singgah komen & tinggalkan jejak.Cepat atau lambat,Kak Lea mesti singgah blog korang selaju yang boleh,support entri korang pulak.

Owh Kak Lea nak share satu port untuk breafkfast yang best di Bandar Baru Salak Tinggi.Berdekatan dengan Kg.Bharu Lanjut
Kedai makan ala2 pondok...di atas bukit..sempoi!
Cuaca cerah pagi ni 
Seawal pagi ramai dah datang
Macam2 ada
Ramai suka telur goreng mata kerbau...ke mata lembu?
Kesukaan Kak Lea..kentang goreng berskandalkan ikan bilis...yummy
Menu macam biasalah..nasi goreng,nasi lemak,lauk-pauk,
bihun/mee/kuey teow goreng.
Lontong,soto pun ada
Jangan jeles...meja ala2 Jepun pun ada.Ke kita panggil pangkin?
Pelanggan kebanyakannya staf dari KLIA/LCCT,sektor kerajaan & swasta (Kak Lea ler)
Rendang ayam kat sini perghhhh,nanges kalau tak makan
Pagi ni sakit tekak,Kak Lea order Bihun sup.
Supnya style macam mak2..nenek2 kita masak di rumah.
Rugi tak cuba
Order 1 bergedil...sedap tau.
Rasa ketulan daging &kentangnya.
Selalu peniaga lain buat bergedil dahlah cinonet,
daging pun tak rasa,kentang je huhu.
Sambal kicap cili padi..letak sesudu cukup buat hingus meleleh
Sempoikan kedai makan,ni

Owh inilah atap rumbianya
Hah...roti canai pun ada.Lempeng pulak setiap hari Jumaat
Inilah tokey kedai ni.Kak Lea selalu order roti canai sardin...sedap.
Saiznya kecil,ngam2 lah untuk alas perut di pagi hari.
Rahsia bertahan 16 tahun?
Pelbagai menu,jadi pelanggan banyak pilihan.
Tak payah dah nak pergi tempat lain.
Semua ada kat sini.
Tadahkan perut jelah nak sumbat apa ngeee....
Itulah wife tokey.Mereka ni peramah.
Diorang ni sedara kepada kawan husband Kak Lea
Ada jugak satu lagi kedai makan kecil di tepi simpang
sebelum jumpa kedai Klasik Rumbia di bahagian atas
Macam mana nak ke sini?Korang akan nampak traffic light besar dari arah Nilai menghala ke KLIA,kalau belok kiri pulak menghala ke Kosmopleks,Salak Tinggi.Selepas traffic light tu kalau terus menghala ke KLIA,nampak signboard ni di tepi simpang.Masa tu dah nampak kedai makan kecil tadi kat tepi simpang,ada Car Wash & Nursery,terus je ke atas.Nampak banyak kereta parking,dah sampai.Selamat menjamu selera ^^


29 comments

3/7/13 10:01

wah...tempatnya best eh.lagi2 makan kat meja jepun tu.santai.

saya pun suka kentang. pergi la mana2, mesti order kentang

cantik tempat makan nie...

3/7/13 10:18

fuh! begedil dan bihun sup tu menangkap kalbu sungguh! adoiii dah la tak makan apa lagi pagi ni hehe.

3/7/13 11:13

@nurdanihye sis dani.serius..relak je lepak sini,tau.wah samalah kita he3..

p/s-->tahniah tau keluar paper utusan hari tu...chaiyok!!

3/7/13 11:13

@Siti Rohaida Yusofhye sis ye betul..best!

3/7/13 11:14

@Kenit Cinonethye sis alololo kesian dia..cepat2 alas perut nanti tak fokus kerja he3..

3/7/13 11:29

wow..byknye lauk! bez bez
pondok tu nampak menarik..buat hati pengunjung singgah utk mkn

jemput join jom teka..klo free:

http://umikasum.blogspot.com/2013/07/jom-teka-destinasi-ini.html

3/7/13 11:45

bykknya makanan y sedap2.. kalau p sana Al xtau nak mkn apa jadinya sbb byk pilihann.. suka mkn bihun sup.. *ttba mengidam..aheks~ ekkekeke :)

3/7/13 12:19


sabtu Ahab bukak tak? nak try juga

3/7/13 14:08

Happening kedai makan tu!

3/7/13 14:53

pelbagai aneka makanannya. rambang mata nak pilih nak makan apa. tapi err harganya mcm mana pulak? standard kedai makanan ke? 5-7 ringgit stu hidangan?

3/7/13 14:56

wahhh bestnya tempat nie ,santai je, kat mane nie ?

3/7/13 18:37

he3 menarik ni kakLea =) b.fast dh macam lunch pn ada hu3..sy pn suka kentang bilis 2..sdap makan time lunch..hrga dia mcm mn?? ok x???

3/7/13 18:40

salam kak lea..
wuarghh..
walaupon saya sekadar memandang ..
tetapi serius saya menelan air liur melihat makanan tersebut..
perut mula berkeroncong.. cis!!
ini semua salah kak lea..
bila nak belanja ni..
nak nak nak.. nak dugakkk!!!
terasa nak menangis tengok sambal kicapnye yng x berbelah bagi tersebut..nyum2..cis!!!

3/7/13 19:46

hahahahaha. kentang goreng berskandalkan ikan bilis??hahaha. best ayat ni..hehehe

3/7/13 20:28

@Yumida Hudahye sis..betul tu.berbeza dari kedai makan berdekatan,jadi semua pelanggan tertarik ^^

p/s-->in shaa allah kalau sempat saya cuba ye.minggu ni rasa dah macam robot he3..

3/7/13 20:30

@AiSyA LiEzAhye AL..itulah kak lea pun tiap kali pergi,mesti order menu yang lain pulak.owh sup2 pun ok simple but delicious ^^

3/7/13 20:31

@bangsawan nilaihye bro he3..owh sabtu bukak.ahad macam biasa ler tutup.diorang target working days..

3/7/13 20:31

@Dzureen Darwishye sis...itulah kalau turun area sepang,meh ler singgah ^^

3/7/13 20:33

@kopi pastahye mr kopi ngeee...owh harga macam tempat lain jugak.dah duk area klia ni kira oklah standard price huhu..kawan2 pun ramai kata ok.

kiranya duit yang dikeluarkan berbaloi dnegan kualiti makanan..mungkin tu sebab ramai pelanggan kot ^^

3/7/13 20:34

@Aku Penghiburhye acik..ni kat salak tinggi,sepang.meh ler turun ^^

3/7/13 20:36

@S.K.Ahye fais...harga ok...ramai suka makanan kat sini.tiap2 hari penuh.itulah kalau dah makan pagi kat sini,memang kak lea tak makan dah tengahari.mau pengantuk kat office jenuh nak fokus buat kerja he3 ^^

3/7/13 20:37

@Gee GTGwsalam gee...he3..alah gee dah dekat je area ni.sempadan negeri je tak jauh pun he3....sambal kicap tu memang sedap,kalau makan time selsema sure sembuhlah ngeee...

3/7/13 20:37

@boni kacakhye BK tqvm tau singgah.owh he3...kalau ayat merapu tu,kak lea ler sapa lagi he3...

Oh lapar terus ... Bila lah nak try agak nyer yer ... Harga ok ?

4/7/13 00:38

@||aLeaSaRa||
perghh!! terliur saya..hurmm^^

4/7/13 00:41

@Hani Fadhlina Abdul Rahmanhye sis hani..nanti turunlah sini he3..owh harga ok standard kot macam tempat lain ^^

12/7/13 23:04

Remy pernah mkn kt sini kak.... sedap masakannya....

20/7/13 02:31

@Remy hazzawah remy pun dah try ye...ha'ah sedapkan..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...