30

Buku Mudahnya Menjemput Rezeki ~ Dibalas dalam 24 jam!

22:58 |

Assalamualaikum kawan2 yang comel.
Hari ni Kak Lea nak kongsikan sebuah buku yang sangat bagus.
Rezeki?
Ia tak terhad kepada wang semata-mata.
Masih bernafas..itu rezeki.
Masih boleh menikmati makanan yang enak..itu rezeki.
Masih mempunyai rumah untuk berlindung daripada panas & hujan..itu rezeki.
Boleh baca entri ni,pun...kira rezeki jugak tau ^^

Owh buku ni punyalah susah Kak Lea nak cari.
Selalu sold out.
Ditakdirkan kawan mak di Ampang,sanggup order dari penerbit di Kelantan.
Terima Pos laju semalam.
Kak Lea kena tunggu mak habis baca
baru boleh pinjam he3.

Sempat juga Kak Lea belek2 seketika
sebelum menunggu mak tersayang khatam buku ni.


  Penulisnya Fathuri Salehuddin

 Cuba tengok tahun ni 2013.. berapa kali cetak!
Alhamdulillah..subhanallah

 Kak Lea nak kongsikan sedikit dari BAB 23
Bagaimana RM10 menjadi RM500.00


Seperti biasa kalau kita didatangi pelajar yang mengutip derma
tak kiralah untuk masjid ke..sekolah tahfiz ke..
Yang jauh terletak beribu batu...
Kita kadang2 terfikir mereka ni betul ke?
Atau saja2 kutip untuk tujuan peribadi individu
yang menghantar pelajar ini
ke lokasi strategik seperti 
kedai makan,
pasar malam,depan bank,stesyen minyak dll.

Jom baca kisah si penulis....



Tetapi penulis bersangka baik.Kebetulan duit RM10.00 dah 3 hari berada di dalam poketnya.Tidak tergerak hati untuk menggunakannya.Mungkin sudah rezeki pemuda itu,yang mewakili pihak sekolah.Isteri penulis pula sedikit keliru kerana jumlah yang didermakan banyaklah jugak,sedangkan mereka sepatutnya menderma mengikut kemampuan.Dia sudah pun menyediakan duit kecil untuk suaminya menderma kepada pemuda tadi.

Tetapi jawab si penulis

"Janganlah bimbang.Sama ada dia benar2 mewakili sekolah itu atau cuma berlakon mengutip derma bagi pihak sekolah tersebut,bukanlah urusan kita.Itu urusan antara dia dengan Allah.Sunnahnya,apabila ada orang datang meminta derma,kita mesti beri.Jika tidak mampu,doakan kebaikan untuknya."

"Matematik makhluk sangat berbeza dengan matematik Allah.Allah janji sedekah adalah asbab suburnya harta.Malah sedekah juga boleh menghindar bala.Kita niatkan sedekah,ya."


"Logik akal mengatakan 10 tolak 1 sama dengan 9.Namun apabila kita niatkan sedekah kerana Allah,10 tolak 1 sama dengan 19.Itulah janji Allah,yang mana Dia akan menggandakan sekurang-kurangnya 10 kali ganda!"

Esoknya,penulis menerima panggilan dari bekas majikannya.Penulis sudah berhenti kerja sebulan sebelumnya.Walaupun bukan lagi pekerja,tetapi niat penulis hanya mahu membantu,lagipun mudah.Hanya mewakili majikan untuk menerima wang daripada seorang klien.

Penulis fikir pertolongan tersebut boleh juga dijadikan penebus salah & silapnya.Iaitu kalau2 semasa bekerja dulu,dia ada terguna masa kerja untuk urusan peribadi.Subhanallah...setelah penulis menyerahkan wang kepada bekas majikannya,dia dihulurkan RM500.00 sebagi tanda terima kasih!!!


Alhamdulillah..mari kita bersangka baik setiap kali bersedekah.





30 comments

4/7/13 23:26

salam kak lea..
betul2..elok bersedekah..
tapi kalau macam saya ni nak sedekah pon kena pada2.. lah..
jangan sampai kita pon x de duitkan.. tapi sedekah ni bukan sekadar harta sahaja.. senyuman pun..kan kan..^^
tenyum sikit kak lea.. mmmMMMmmm..^^

4/7/13 23:29

subhanallah..nice sharing kakLea, tringin jgk nk bca..org yg mnderma ikhlas krana Allah tnpa minta apa2 blasan, msti Allah gndakn buat kita..tak di dunia,msti kt akhirat nnti, smoga kita tergolong d'antara orang yg rajin bersedekah..

4/7/13 23:38

mama un ckp cm tu jugak bila ada org minta derma utk buat something.. kalau tipu urusan dia.. :)

nnti nak cuba la cri buku ni ^^

4/7/13 23:53

setuju dengan akak, bagus kalau bersedekah :) apa pon biarlah urusan dia dengan Allah jnji sedekah itu kan :) buku beli kat mane ? nak beli jgk la

5/7/13 00:10

@Gee GTGwsalam gee...ye betul tu.kuantiti bukan ukuran,yang penting niat kena ikhlas,kan.

tengah senyum ni khas untuk gee, walaupun demam dan sakit tekak huhu...

5/7/13 00:12

@S.K.Aalhamdulillah..seronok baca buku ni,fais.tak sabar tunggu mak kak lea khatam he3..

owh ye betul tu.sikit di mata kita..besar di pandangan Allah swt

5/7/13 00:13

@AiSyA LiEzAhye AL...ye betul tu,kalau diorang tipu...sendiri mau jawablah nanti he3..

owh cuba AL cari kat bookstore,rasa ada dah stok

5/7/13 00:22

@Aku Penghiburye betul tu,acik.kadang2 kita banyak berfikir negatif semasa nak derma huhu...

owh kak lea rasa dah ada kot kat bookstore yang femes2..atau cari kat kedai buku2 islam ^^

5/7/13 00:37

betol tu kak lea...duit yang kita sedekah tu memang terlalu tinggi nilainya...sebab orang yang menerima itu sentiasa bersyukur...walaupun nilai tak sebanyak mana pun.....tapi memang tetap bersyukur :)

5/7/13 01:02

Betul betul betul~

Dulu saya suka pandang slack dan kerek bila ada budak2 myanmar ke bangla ke y datang nak mintak derma. Pastu saya kenal ngan kawan saya sorang ni..dia pon tegur benda y sama. Y penting kita dah beri, apa y dorang nak buat belakang tu hal dia dengan Allah. Lagipon, benda macam ni dapat mendidik hati sendiri jugak sebenarnya.. nak mendidik hati untuk ikhlas susah..dan juga nak mendidik hati untuk sentiasa bersangka baik. So, kena lah latih hati kita sentiasa :)

5/7/13 02:22

Assalamualaikum kak lea :)

Akak, boleh bagitahu penerbit buku ini siapa.. nak juga mencarinya.

Saya percaya setiap perbuatan kita ada balasannya.. org skrg ckp, hukum karma kan?

Saya banyak belajar tentang ini dari pemerhatian saya pada org tua saya, especially abah saya. Kdg2, saya kan, darah org muda, tak brapa suka dengan pa yg abah buat sbb kdg2 dia baik sgt.huhu.

Tapi itulah, wlaupun gaji abah tak besar, rezeki buat kami selalu ada.. yg saya sedar kak, rezeki makanan selalu tak putus buat kami. Ada je dtg dari sumber mna2..kdg2 jirn sblh bgi, kdg2 ada lebihn mknn dari event/mesyuarat, ad msa, bertembung dgn sapa2 ada je diorg bagi mknn.

Syukur alhamdulillah..syukur sangat2..


5/7/13 03:17

@Nao Meihye sis..alhamdulilah.setiap orang yang menerima tu pabila mereka bersyukur dan mendoakan yang baik2 untuk kita yang memberi,subhanallah ganjaran pahala untuk kita tak terhingga ^^

5/7/13 03:18

@Khamsi Abdullahhye khamsi...semoga ramai terbuka hati untuk sentiasa bersangka baik setiap kali menderma.

kak lea pun sama jugak,malu sendiri bila baca buku ni.alhamdulillah nak didik hati supaya sentiasa bersangka baik kepada semua makhluk Allah....

5/7/13 03:23

@Tinta Lanawsalam lana sori2 lambat reply leka bw ngeee...

penerbit Galeri Ilmu sdn bhd.

alhamdulillah tqvm share kisah lana.abah kak lea pun sama,baik bebenor menderma/menolong staf2.sebab tu kak lea tak boleh kerja dengan abah he3..sebab menolong untuk alasan yang ntah apa2.kadang2 terasa diorang ambil kesempatan je huhu..

tapi abah relak je,walaupun duit selalu habis tolong sana sini,Allah makin murahkan rezeki :)

5/7/13 08:50

syuk sedekah kat tabung mesjid saje.
kalau yang kat tepi jalan diorang pegi beli benda bukan2...

5/7/13 09:41

pagi2 baca entry kak lea yang nie..beri kesedaran kat saya.. yelah, kdg2 sya was2 jugak nak kasi derma kat budak2 sekolah..takut dieorg menipu ke apa..tapi bila pikir semula kesian.. macam2 skg ni..tapi betul apa yg penulis buku tulis, papepun itu urusan dia dengan Allah.. Nak cari jugaklah buku ni..jeleslah kalau kak lea sorang jer leh baca.. Thanks kak lea share info mcm ni =)

5/7/13 10:29

wuaaa sy org muda lg la suka pndang negatif kt pederma kt tepi2 jln tu...yelah kdg2 jumpa peminta sedekah yg sama... thx kak lea kongsikan ni :)

5/7/13 12:08

@syuk shusukehye syuk,yelah kan sebab ada yg suka menipu...

5/7/13 12:09

@Izzah Azizahhye izzah...alhamdulillah.bagus buku ni,kak lea pun tak sabar tunggu mak khatam buku tu he3..

5/7/13 12:11

@dear xilahye xila..alhamdulillah...tulah kak lea pun pernah macam tu jugak.tapi bila baca buku ni,mendidik kita untuk sentiasa bersangka baik,kan ^^

5/7/13 15:35

kadang kadanmg bukan tak nak sedekah, tapi melihat fizikal peminta sedekah tu yang boleh meragukan kita...

5/7/13 22:23

Tertarik dgn statement mtmtk manusia xsama dgn mtmtk Allah

5/7/13 23:20

@akashahitulah saya pun 1st time dengar words ni ^^

5/7/13 23:40

Galeri Ilmu ya.. ok, terima kasih kak lea ^_^

6/7/13 00:04

@Tinta Lanasama2 lana ^^

6/7/13 08:06

thanks share. sentiasa kena bersangka baik kan. tak kisah la dia guna untuk apa pun. niat asl kita sedekah dengan ihklas.

6/7/13 10:58

@nik roshye sis nik..ye betul tu.cuma kadang2 kita ni manusia biasa,memang mudah bersangka tak baik sebab ada yang suka ambil kesempatan,kan huhu...

Saya ada terbaca kat mana ntah tak ingat, kalau kita sedekah or tolong orang peh tu ada lah kita cakap "Eee, org nih kita dah tolong bkn nyer nk ckp terima kasih senyum pun tak" ... Haa tu pun dah jadi x ikhlas walaupun memang sepatut nyer org yg ditolong tu ckp terima kasih ...

12/7/13 22:59

Kita tahukAn....rezeki semuanya dari allah...dan setiap rezeki yg kita dapat....mungkin ada rezeki org lain didalamnya.... rajin2 bersedekah..... pasti berlipat ganda rezeki nanti...

20/7/13 02:35

@Remy hazzawah suka komen remy...ye betul tu..semoga segala yang kita usaha dan rancang dipermudahkan Allah amin.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...