26

Jumaat terakhir di bulan Syaaban ~ Ramadhan yang dinanti

14:14 |

Khutbah dari Masjid Negara (RTM) ~ 5 Julai 2013 bersamaan 26 Syaaban 1434

Persediaan/Persiapan menyambut bulan Ramadhan dengan penuh istiqamah


1) ~ Mantapkan ilmu agama dengan membaca hadis2 yang menceritakan tentang kelebihan/hikmah berpuasa.Fahami perkara2 yang membatalkan puasa.Apakah sunnah berpuasa dan sebagainya.

2) ~ Menjaga dan pelihara kesihatan kerana fizikal kita perlukan tenaga bagi menjalani ibadah berpuasa di siang hari,dan berterawih di malam hari.Juga bagi melaksanakan amalan seperti solat2 sunat,baca al-Quran,qiyamullail dll.

3) ~ Kewangan yang mencukupi agar dapat banyak bersedekah.Semasa bulan yang mulia inilah,kita perlu saling menghulurkan bantuan sama ada makanan,pakaian,wang kepada yang memerlukan.


4) ~ Sentiasa berdoa.

“Ya Allah, benarkanlah aku sampai ke bulan Ramadhan, dan benarkanlah kepadaku Ramadhan, dan benarkanlah ia bertemu denganku.”

5) ~ Banyakkan bercerita tentang kemuliaan & ganjaran bulan Ramadhan,melalui media massa/elektronik.Bertujuan memberi rangsangan & semangat untuk lebih membuat persiapan.

6) ~ Mengisi ruang2 yang ada dalam usaha mendapatkan keredhaan & keampunan daripada Allah.Sentiasalah bertaubat.

7) ~  Peliharalah mata daripada melihat perkara yang diharamkan, telinga daripada mendengar umpatan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, kemaluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.


Dari aspek psikologi,manusia terdiri daripada 4 komponen utama - fizikal,emosi,kognitif &spritual.Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sebagai manusia.Marilah kita mentarbiah semuanya untuk menghadapi Ramadhan.Jika mampu mengawal & mendidik diri di bulan Ramadhan,in shaa Allah kita dapat menjalani kehidupan seharian,seterusnya hingga akhir hayat.


Alhamdulillah,semoga kita diberkati usia & kesihatan
Ramadhan....aku rindu padamu!!!



26 comments

5/7/13 14:17

salam jumaat & salam ramadhan kak lea :)

5/7/13 14:55

Thank you for the kind reminder :) Sama2 lah kita menanti bulan Ramadhan tahun ini. :)

5/7/13 15:04

tengkiu. nice sharing dear.... selamat myambut ramadhan al mubarak dari jaa...

5/7/13 15:13

assalam,

salam jumaat dan salam ramadhan..semoga diramadhan ini sama2lah kita mencari sebanyak mungkin pahala...

5/7/13 15:13

@Nao Meiwsalam nao mei..tqvm tau..samalah juga untuk sis ye :)

5/7/13 15:14

@Dzureen Darwishye sis alhamdulillah in shaa allah ^^

5/7/13 15:16

alhamdulilah ,peringatan yang bagus :) sama sama kita mencari keberkatan di bulan ramadhan :)

5/7/13 15:20

selamat menyambut puasa minggu depan...

5/7/13 17:46

salam ramadhan akk :) smga ramadhan kali ni lebh baik dri y dulu :)

5/7/13 17:47

Insyaallah, esok muslimat di surau Che Mid akan mengadakan program solat tasbih dan tahlil. Semoga CM dapat khusyuk solat dan Allah bersihkan hati menjelang Ramadhan ini. Amin, selamat Ramadhan pada Lea juga..

5/7/13 18:47

Amin..salam jumaat kakLea =) in.shaa.Allah kena tengok checklist ni sempena ramdhan, smoga diberi iman yg kuat utk kwal nafsu..pkgsian yg bermanfaat kakLea..alhamdulillah

5/7/13 22:10

@jaakechiksama2 alhamdulillah.terima kasih sis ^^

5/7/13 22:11

@BUNDA a.k.a KNwsalam bunda..semoga usia kita diberkati,dan dapat menjalani ibadah puasa sekali lagi ^^

5/7/13 22:13

@Aku Penghibur in shaa allah acik...semoga dipermudahkan Allah amin..

5/7/13 22:14

@Tukang Karutsama juga untuk TK :)

5/7/13 22:15

@AiSyA LiEzAwsalam AL...in shaa allah :)

5/7/13 22:16

@che midalhamdulillah bestnya che mid.surau kat rumah saya ni pun dah macam2 aktiviti tergantung di banner ^^

terima kasih che mid...

5/7/13 22:17

@S.K.Awsalam fais...ye betul tu..kena check apa patut he3..terima kasih ye fais..

6/7/13 01:44

salam kak lea.. selamat menyambut ramadhan kak lea.. semoga tahun ni lebih berkat dari tahun sebelum ni.. penuh dan isikan dengan amalan ^^
yes!!!

6/7/13 08:04

thanks share.selamat menyambut ramadahan.moga ramadhan kali ni lebih baik dari yg sebelumnya :)

6/7/13 10:59

@Gee GTGwsalam dan salam ramadhan juga untuk gee sekeluarga ye.in shaa allah..amin..amin.sayang gee he3..

6/7/13 11:00

@nik rosalhamdulillah..in shaa allah ^^

6/7/13 14:52

semoga ramadhan kali nie memberi makna.. aminnn.
dah sedia nk puasa :)

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..Moga kita semua peroleh keberkatan & ganjaran yg berlipat kali ganda kali ini...

12/7/13 22:55

Harapan semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya...insyaAllah...

20/7/13 02:35

@Remy hazzain shaa allah amin....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...