38

Lif ~ Tips jika terperangkap

14:41 |

Terlebih dulu,al-Fatihah untuk arwah adik Khairul Amir Azri Lani,yang meninggal dunia di usia 11 tahun.Meninggal dunia akibat tersepit lif di PPR Desa Tun Razak.Malang memang tak diduga.Sebak melihat ibu arwah yang pengsan.Kehilangan anak tersayang sewaktu arwah baru pulang dari sekolah,masih berkasut sekolah pulak tu.Dugaan di bulan ramadan..bulan yang menguji keimanan kita semua.


Lif...tanpanya,akan merencatkan aktiviti seharian penduduk yang menghuni flat/apartment/kondominium yang bertingkat2.Memudahkan mereka naik turun membawa barang2 yang dibeli,bawa bayi di dalam stroller,begitu juga bagi warga emas mahupun OKU.

Kak Lea pernah jugak pergi rumah kawan yang terletak di PPR,area Kelana Jaya.Nasib baik rumahnya di tingkat bawah,takdelah kena naik lif.Lagipun Kak Lea gayat nak tengok ke bawah.Kebanyakan lif di situ ada jugak diletak notis...LIF ROSAK.Asal datang je lif rosak.Bau dan kebersihan oklah,tak teruk seperti aduan lif2 di tempat lain,yang Kak Lea baca di media massa.


Kak Lea pun pernah naik lif di Sg.Besi,tempat abang ipar tinggal masa tu.Juga naik lif di apartment kuarters kerajaan di Putrajaya.Bagi Kak Lea kehidupan kita semua tak dapat dah nak dipisahkan dengan lif.Tangga tu kalau setakat kita duduk tingkat 3,4,5 masih bolehlah lagi menapak.Bagaimana dengan yang duduk tingkat2 seterusnya?Bayangkan kalau masalah air pulak berlaku,betapa jenuhnya nak angkut berbaldi-baldi air kalau gunakan tangga?



Pengalaman sendiri?Semasa belajar di Bandar Utama,duduk di hostel.Satu hari tu nak cepat,tekan je lif terus masuklah macam biasa,kan.Kebetulan ada sorang student chinese girl bersama Kak Lea.Tuppp...terasa lif tu bergegar...tiba2 terasa turun naik lif tu.Mak aihhhhh....automatik kitorang berdua menjerit.Dah nama pun pompuan,kan.Kami picit butang kecemasan...line handphone pulak takde,terbaiklah!Lebih kurang 10 minit,baru dapat respon dari pihak pengurusan bangunan tu.Ceh dan cehhhhhh.

Elok je pintu terbuka nasib baik Kak Lea terfikir nak pandang dulu depan,bawah dan terkejut!Ada gap sedikit...maknanya kena lompat sikit untuk ke lantai depan tu.Nasib baik..kot Kak Lea terus je langkah keluar mau terus termasuk dalam lubang tu hah.Seminggu Kak Lea trauma,cuma naik turun guna tangga je.Pernah juga terperangkap satu family,dalam lif di sebuah hotel di Langkawi huwaaaa!!!

Andaikata satu hari nanti,kita terperangkap di dalam lif.Tak kiralah semasa mengunjungi rumah sedara-mara,sahabat-handai atau mengeratkan silaturrahim bersama produk2 di shopping mall sekalipun..jom baca sedikit tips yang Kak Lea dapat masa blogwalking tadi.

Apakah tindakan yang patut dilakukan jika terperangkap di dalam lif?


(credit to : apader.blogspot.com)

1. Jika lif berhenti dengan sendirinya. Cuba tekan butang keluar atau butang lain-lain dalam lif. Jika tiada respon sila tekan butang kecemasan dan berhubung dengan pengendali lif.

2. Cuba tenangkan fikiran, beritahu kedudukan lif anda. Lokasi dan tingkat dimana lif itu berhenti. Jikalau lif itu ada butang stop. Sila tekan butang itu.

3. Sila semak signal henpon anda (selalunya takde signal). Kalau ada signal sila hubungi rakan pejabat anda juga.

4. Jangan cuba menolak pintu lif dengan cara paksa. Apa yang anda perlu lakukan ialah bertenang. Seperti cuba duduk untuk rehat sebentar, bersembang dengan rakan-rakan terperangkap, bermain permainan dalam henpon, atau makan/minum sesuatu. Menyanyi jugak bagus, sekurang-kurang ada orang luar tahu yang kita terperangkap dalam lif tersebut.

5. Jangan hisap rokok dalam lif jika terperangkap.

6. Jangan cuba untuk memanjat dan membuka pintu kecemasan yang terletak dibahagian atas lif. Sila tunggu sehingga anda diselamatkan dan tunggu arahan selanjutnya dari pengendali lif.



Apa2 pun yang berlaku di sebalik setiap kemalangan tu,ada hikmahnya.Kita hanya mampu berdoa agar kejadian begini tidak berulang lagi.Takziah sekali lagi untuk keluarga arwah adik Khairul.



Pengalaman korang pulak dengan lif?
Cer citer cer citer..



38 comments

18/7/13 15:21

bagus tips ni. terima kasih kongsi.. saya setakat ni tkde lg pngalaman trperangkap dlm lif... Alhamdulillah..

P/s: takziah ke atas keluarga mangsa

18/7/13 15:27

al-Fatihah buat arwah.. sudah sampai ajalnya di situ.

izan takde pengalaman yg menakutkan dgn lif. cuma kalau naik lif tu mmg terbayang2 juga kalau tiba2 lif terhenti dan gelap terus.

18/7/13 15:39

Al-fatihah untuk adik tu kak lea...kesian betol...

cik akak kalau naik lif..memang tak lupa bismillah cik akak tu..cik akak nie penakut tau...mana tau tertiba je rosak..huhu..seram betol :

18/7/13 15:55

acik penah terperangkap dalam lif, hampir satu jam ,memang berusha, telefon sane sini, berdoa dan tawakal, naseb ada yang sedar, apa pon kak nice entry

18/7/13 15:57

Moga roh anakanda Khairul Amir tenang di sana. Kesian keluarganya:(

So far so good kakak tak pernah lagi terperangkap walau 99% keluarga kakak duduk di S'pore yg terpaksa guna lift 100% sebab semua rumah flat. Kalau lift yg transparent tak takut sangat kan tapi kalau yg tertutup mesti menjerit kalau kakak pun Lea..

18/7/13 16:23

pernah sepanjang bulan puasa turun naik tangga ke tingkat 10 ke rumah pengasuh.. fengsan dibuek eh.. dengan nak dukung anak, pimpin lagi, bawak beg bagai.. uwaaaa... stress dibuek eh..

takziah buat keluarga arwah..

18/7/13 17:11

@zakirasli ..alhamdulillah..harap takde kawan blogger yang berdepan dengan masalah macam ni.

itulah kadang2 kalau panik,semua tak tau nak buat apa.harap tips ni dapat kita ingat masa tu,kot terperangkap huhu..

18/7/13 17:12

Takziah buat keluarga si mati :(

18/7/13 17:12

@Izan Ishaksyukurlah sis..huish kalau ingat balik memori dengan lif...seriau tau huhu...

18/7/13 17:13

@Nao Meisamalah kita cik akak..kak lea sampai la ni kalau nak masuk keluar lif baca bismillah dan usya tempat tu bagai nak rak he3...

18/7/13 17:13

@Aku Penghiburperghh 1 jam acik?kak lea pengsan dah macam tu he3...tqvm acik....

18/7/13 17:15

@Kakzakieowh ye ke kak...wow..dah satu alat wajib kan he3..saya tak kiralah transparent ke tak ke...dua2 takut he3...

18/7/13 17:15

@aizamia3wahhhhh lagilah dugaan betul tu sis....mau pengsan dah kak lea kat tingkat ke-5 he3..

18/7/13 17:21

@Dzureen Darwisjom kita sedekah al-fatihah sama2 ye..

Kak, soalan minggu ke 2 untuk kuiz wanita hari ini wah chan xde ker?

18/7/13 20:11

salam kak ela.. selamat berbuka.. huahuahuaaaa...
singgah jap.. burppp.. kang nak solat maghrib pulak.. hahaha.. komen jap..

saya pernah.. hahahaha!!
masa tu 3 tahun lepas.. tetiba stuck.. tapi disebabkan kekabalan sikap saya.. saya senyap.. dan dalam lif tu ade kawan2 saya jugaaa.. hahaha.. kami tawaduk menunggu.. akhirnye.. lif itu terbuka.. eh!! ditolong buka oleh pak guard.. dah ye.. kami terlewat datang kuliah.. huahuahuaaaa..

uh!! sungguh lama peristiwa itu berlaku..^^

18/7/13 21:40

takziah kepada keluarga arwah , syuk takda lagi pengalaman tersangkut kat lif..

18/7/13 21:57

@Ayra Qalilah Ahmad Dahlanhye sis...kak lea minggu ni terkejar2 gi hospital huhu...cuba tengok ulangan di tonton ye ^^

18/7/13 21:58

@Gee GTGwsalam gee selamat berbuka ye..makan apalah tu tadi he3..

owh wah bagusnya...kalau kak lea dah panik kot he3...yelah tak mau dah ingat memori dulu2 seriau he3..

18/7/13 21:59

@syuk shusuketerima kasih syuk..semoga kita semua tak terperangkap dalam lif huhu...

18/7/13 22:40

Assalamualaikum kak.

Al-Fatihah..

Saya baru je tahu berita penuh malam ni.. saya ingatkan arwah sorg saja dalam lif, rmai rupanya.

Mak saya pun kerap bagitahu saya, dia memang takut turun naik lif sorg2.. saya pun kdg2 seriau gak. Kat rumah saya ni, bbrapa kali juga terjadi, dah smpai level rumah saya, pintu lif tu tak mahu terbuka pula. Kdg2 main acah2, bukak separuh, tertutup balik,huhu.

Risau mmg ada, tpi ajal maut boleh berlaku dlm apa jua keadaan..

18/7/13 23:15

aiseh.. baru ingat nak jadi hero panjat lif melalui pintu atas tu.. rupanya xleh ek..

thanks for the info~

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ... Al-Fatihah ... Ngeri bace news nih dlm paper td ... Setakat nih xde lg kisah ngeri dgn lif, cuma bila naik lif tu selalu terbayangkan cerita2 cam tu lah, selalu jgk terbayangkan org buat "jahat" ngan kita dalam lif ... Nauzubillah, minta dijauhkan ...

18/7/13 23:43

@Tinta Lanawaalaikumussalam lana

yelah kan,ajal akan menjemput kita tak kira di situasi apa sekalipun.cuma kita kena berhati2 semasa naik lif.kalau terperangkap cuba ingat kembali tips2 di atas

owh kalau kak lea kat tempat lana pun mesti seriau.harap takde lagi lif rosak kat tempat lana,ye..

18/7/13 23:44

@kyo_9jangan...bahaya tau..tak boleh..tak boleh he3..

sama2 ^^

18/7/13 23:45

@Hani Fadhlina Abdul Rahmanye jugak...risau kan kalau terperangkap dengan orang jahat pulak..adeihhh.

19/7/13 00:09

ekh..ada pintu atas ekh lif? *x perasan lak..kuikuikui...

xada pengalaman y ngeri lagi spnjgn guna lif..alhamdulillah... maybe ikut tmpt kut akk..ngee! :)

19/7/13 00:39

@AiSyA LiEzAhahaha..AL..AL...ngeee...

owh ye jugak kan.harap tak berdepan lagi dengan masalah lif ni,ramai dah jadi mangsa :(

19/7/13 01:45

Al-Fatihah buat mangsa.

nanad takut naik lif sorang2. dan selalu kelam-kabut nak cepat waktu nak masuk/keluar dari lif sebab takut tersepit.huhu..

19/7/13 02:53

@nanadkak lea kan kalau dah sah2 kena masuk lif sorang2..sanggup tunggu sampai ada pompuan lain yang join,seramlah huhu..

19/7/13 17:08

nasib baik rumah tingkt 4..kalau lif rosak naik tangga je..hehe

20/7/13 02:23

@Amanina Madshye sis..wah sihat tu naik turun tangga he3..

20/7/13 06:55

Takziah bt keluarga arwah adik Khairul..hm bhaya btol lift ni..ramai dh tgok org yg mninggal sbb lift..ngeri pula rsa..pling bmbang kalau tiba2 lift 2 jatuh tiba2...fobia2

20/7/13 07:12

@S.K.Aitulah kan kita seboleh2nya tak nak kejadian ni berulang lagi.memang kak lea pun seriau nak naik lif huhu...

thx dear bagi tips ni
kalau momoy tengok filem yang lif tersangkut ke terhempas ke , cering bulu roma

hmmm masalah lif kat ppr ni mmg parah sebab takde pihak maintenance yg standby bila org tersangkut...biasanya bomba pulak yg kena dtg utk setelkan....(rumah sy sebelah ppr je tu yg biasa nampak bomba dtg)

rasanya pihak DBKL kena ambek serius hal ni...baca kat paper pihak berwajib boleh pulak pikir nak beli lif baru yg jenama "baik" punya...haishhhhh kalau lif canggih pon takde maintenance rasanya sama je...kalau taknak susah jgn la buat rumah ppr tinggi2....

PS: sy pernah sekali dalam lif yg ada cctv berdua dgn sorg perempuan yg tidak dikenali...ntah tetiba si perempuan tu boleh pulak tertekan intercom....dah tu dia boleh senyap pulak bila maintenance tanya apsal...haishhhh kalau tgk kat cctv tu mesti org ingat mcm ada berlaku gangguan seksual plak kat situ sampai perempuan tu mintak tolong dgn tekan butang intercom...wakkakaa...

26/7/13 20:49

@Hatimi Tahirruddinye jugak tu,timi...dok sibuk tukar lif...padahal maintenance yang paling penting.wah bertambahlah kerja bomba ^^

owh wow mimpi ngeri kalau macam tu,hahaha awatlah pompuan tu tertekan butang tu hahahaha.nasib baik timi tak dituduh bukan2 he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...