45

MHI TV3 ~ Awasilah Anak-anak oleh Kamal Affandi

09:50 |

Baru2 ni Kak Lea ada kongsikan
Hari ini Tips Menjaga Keselamatan Anak2
Sempat Kak Lea snap & salin nota laju2
khas untuk kita semua

Sebelum itu MHI menunjukkan
kronologi kes melibatkan kanak2
yang lemas di sungai,yang terjatuh dari flat PPR,
lemas dalam kereta,
melecur akibat mercun,
melecur terkena kuali yang digunakan ibu
dan sebagainya


10 malam terakhir ramadan,semua sibuk sama ada berterawih,shopping mahupun buat kuih raya.Senario yang selalu saya perhatikan,mak bapak solat dalam masjid,anak2 pulak kat luar.Sibuk bermain mercun pung pang pung pang.Itu baru di kawasan masjid.

Nak dekat raya,ramai berpusu-pusu pergi satu tempat.Ada anak2 yang terlepas tangan.Masa mak sibuk buat kuih raya pulak,ada anak yang tersepit tangan kena mesinlah.Melecur terlanggar kuali yang diletak di bawahlah.

Bila keluar rumah,ramai anak2 'terlepas'.Ada ibubapa yang tak pesan awal2 kat anak,kalau mereka terlepas dari pandangan mak bapak...anak2 mesti tunggu mereka di mana...di kedai mana.Mesti beritahu tunggu di mana sampai mak bapak datang cari.

Kalau boleh masa berjalan,pastikan anak di hadapan,bukan di sisi,bukan di belakang.Bila anak di sisi,kita pulak ralit tengok barang "Eh..eh..hari tu baju ni RM100,dah turunlah harga!" Mak ke mana,anak ke mana!


Saya nak tegurlah kereta yang ada sunroof.Suka biarkan anak2 berdiri dengan kepala terjulur keluar.Kalau terjadi apa2 seperti terbabas,kemalangan..tiba2 terpaksa berhenti di lorong kecemasan,dikhuatiri anak tercampak keluar.

Begitu juga kalau balik kampung.Anak2 tak biasa dengan persekitaran kampung.Tak tau berapa dalamnya perigi atau sungai.Budak2 sebahagian daripada kita.Contohlah...kalau bapa buat dodol,selalu tak peduli anak tengah buat apa."Pergi main jauh2" katanya.Tolong beri perhatian!Beritahu kawasan ni tak boleh masuk,tu tak boleh pergi.Lagi bagus kalau ada sorang yang tolong tengokkan budak2,bagi pakai tie pun takpelah,jadi pengawas !

Ya,ada ibubapa yang ikat tangan anak masa berjalan.Sebenarnya anak yang ikat tangan ibubapa.Anak2 perlu kedudukan yang rapat dengan kita.Bagi anak2 yang baru pandai berjalan,lebih selamat bawa stroller/baby carrier atau dukung je.Pilih masa yang sesuai untuk keluar bersama anak kecil.

Hari Raya melibatkan banyak duit.Anak ni dah macam kedai emas!Janganlah bagi anak pakai banyak sangat barang kemas.Itu jadi tarikan penjenayah.Bila budak seronok beraya dari rumah ke rumah,maka banyaklah duit rayanya.Kalau satu rumah tu je dah dapat RM 10.00,bayangkanlah banyak ke tak dia dapat hari tu.Ajar anak untuk simpan duit raya tu di mana.Misalnya ada penjenayah/penagih dadah....besar tu RM10.00 bagi diorang!

Belikan anak jam GPS atau masukkan aplikasi dalam handphone mereka seperti Friend Finder & Phone Finder.


MERCUN BOLA & MERCUN TELUR.Kedua-dua ni bahaya,boleh putus tangan.2 biji mercun bola dah boleh putuskan kayu selebar 2 jari saya.Ibubapa jangan beli langsung untuk anak2!Kalau ada peniaga yang jual,tolong inform pihak berkuasa.Mungkin mereka terlepas pandang.Salurkan maklumat kepada polis,PBT ataupun saya,pun boleh.


Ni mercun yang turut diharamkan,tapi ramai main.Malang tak diduga.Jangan beli!


Mak bapak pun kadang2 kalau nampak anak pegang/bawa benda yang pelik2,tanya.Jangan buat tak kisah!Takut anak2 buat eksperimen.Dimasukkannya belerang dan lain2 dalam besi katil.Masa ketuk besi,tu yang cedera.


Ini pun boleh digunakan!Diorang ni dah macam technician



Besi yang padat macam ini (spark plug) pun selalu digunakan.



PESANAN : Kalau sayangkan anak,berikan perhatian sewajarnya.Sediakan persekitaran yang sesuai dengannya.Menyesal kemudian tiada gunanya.


P/S-->Itu sebabnya kat header raya di atas,ada perkataan mercun he3....





45 comments

30/7/13 10:33

Salam.

Ayah saya, bila tengok berita pasal budak2.. dia rasa kecewa, terkilan ya amat..macam la budak2 tu anak kandung dia,huhu.. mana taknya kak lea.. org sayangkan anak, tpi dari berita zaman skrg ni.. entah la kak.. apa yang sebenarnya menganggu fikiran kita, kita yg dewasa ini, sampai tak boleh nampak, anak itulah harta paling berharga, pelaburan paling menguntungkan dunia dan akhirat..

Kecuaian itu memg kelemahan manusia..tpi bila perkara sama berulang dan terus berulang..itu bukan lagi kecuaian..

30/7/13 10:36

hehehe..betul jgak tu..lebih baik mencegah dari mengubati..

30/7/13 10:42

bunda pun ada tengok MHI pagi tadi...memang banyak tips dan nasihat dari Kaman Afendi penganalisis jenayah...

30/7/13 10:47

Sangat-sangat informatif N3 Lea ni. Kakak suka sebab keadaan sekarang tengah hangat keaddan/situasi begini. Baik berjaga-jaga. Kakak suka N3 macam ini...

Walau anak-anak kakak dah besar tapi setiap kali jalan kami pasti adakan point mana dah jumpa. Tapi biasa kami berhubung dgn hp sebab dah pesan pegang hp yg boleh dengar telinga jgn masuk beg takut tak dengar.

30/7/13 10:50

@Tinta Lanawa 'alaikumussalam lana

memang patut pun abah macam tu.kak lea pun sentiasa beringat agar tak terlepas pandang benda yang kecil2 bagi kita,tapi kesannya?

semalam pun kak lea nak je marah sorang pompuan ni.dia berlari2 masuk ke kedai,dia tinggalkan kereta dengan enjin masih hidup & kunci ada kat dalam tu.anak 3 orang kecil2 tunggu dalam kereta!!!

kak lea tak blah dari situ,diri dekat2 situ sebab nak monitor budak2 tu.malang tak berbau,kan bencilah kat mak budak tu hishhhhhhh!!!

30/7/13 10:51

@Cik Munhye sis...harap entri ni dapat kita jadikan panduan ^^

30/7/13 10:52

@BUNDA a.k.a KNhye bunda...yelah suka dengar tips daripada orang yang pakar,kan ^^

30/7/13 11:09

haaaa mercun buatan sendiri guna plag tu Pak Jelan memang biasa buat masa kecik2 dulu, mujur sempat kawen dan merasa ada anak...kalau tak...hahaha :D

30/7/13 11:24

masa saya kecik pernah penuhkan belerang dalam besi aerial tv tue..

bila pikir pikir balik dah tua tua nie, bengong gak perangai.. nasib baik tak meletup... dia terbako macam tue jer.. huhuhu

30/7/13 12:19


itu la pasal tiap kali gi shopping complex ada je announcement pasal 'kpd ibu bapa kepada kanak2 lelaki berbaju belang, seluar hitam....'

30/7/13 12:30

kak lea..
bab lain mcm sopim tu sy x risau sgt
sbb sy mmg jarang sopim pun.
kalau pegi pun cuma kedai kecik mcm hari2 tu je.takpun jasko
tp bab mercun tu,mmg x bagi anak main@beli.tp sbb dia teringin,sibuk menenggek tepi budak main mercun.kalau sy nampak mmg kena lah
tp belakang saya?itu yg sy duk risau

30/7/13 13:26

Mana dapat gambar spark plug tu,. snap dari tv gak ke?

Hal anak-anak ni, susah nak cakap.. bawak keluar salah, tinggal kt umah salah.. lagi2 macam Deeja budak 3 tahun tu..berani dan panjang akal.. dua hari lepas, abah dia belikan pistol air (yes.. anak pompuan main pistol ok..) memang le Che Mid pegang tangan dia.. tapi tgh pilih kuih, tetiba dia berlari ke tengah jalan .. betul-betul berhenti belakang kereta dan tembak kereta tu dengan pistol air dia.. Allah.. kalau dah berjam-jam dengan dia, tentu ada masa kita terrr.. berdoa je la banyak-banyak!

30/7/13 13:58

anak sendiri pun tak pandai nak jaga

30/7/13 14:35

kalau sayang anak, bagi perhatian yang lebih kat anak...

30/7/13 14:52

ha kan.. saya plak salu tgk kalau ibu bapa bawak anak2 kecil naik motor, pa la salahnya belikan helmet utk mereka..

Motor dah lawa ni..helmet plak takda.. benda simple je sbnrnya.. bagus kak lea tunggu kat situ. Memang, malang tak berbau, tak berasap, ^^ taktau bila dia mai.

30/7/13 15:10

tapi ramai yang masih amalkan sikap tak ambil peduli >.<

30/7/13 15:11

main mercun POP POP je... tak pe kan

30/7/13 15:21

cik akak datang nak komen...hihi..setelah sekian lama menyepi...

betol tu kak dia....cik akak walaupun tak de anak tapi anak sedara ada kan...main mercun memang cik akak tak kasi...
Main bunga api...memang cik akak akan jaga 100 peratus..hihi..
cam tu cara cik akak...nak berbeli barang punb..cik akak memang pentingkan anak sedara...cakap kat nie...pegang baju atau tangan aunty kuat-kuat..hihi..

30/7/13 16:23

sy suka dgn bro Kamal ni =) tips dia semuanya yg terbaik dan betul..bab mercun, rsanya smalam tgok kt berita, siap kena bedah2 lg..ish3..xserik la diorg ni..tp sy rindu pula nk main mercun bola 2 he3

30/7/13 17:32

dari main mercun baik makan ketupan haha..

30/7/13 17:54

bahaya main mercun ..acik mmg tak bagi adik2 acik main mercun

30/7/13 18:51

mercun bola..ramai sgt suka main..dh r bising..huhu

30/7/13 21:30

@Kakzakieterima kasih,kak.wah bagus jugak buat macam akak.yelah kalau hp dalam beg,dalam mall tu ramai orang,bising.manalah nak dengar bunyi hp,kan ^^

30/7/13 21:33

@Kenit Cinonethahahaha nasib baik,kan sis.wah tererlah husband sis masa kecil2 dulu he3...

30/7/13 21:34

@Aujinzperghhh bahaya tu,bro.yelah masa kecil dunia penuh dengan pelbagai eksperimen,kan he3..

30/7/13 21:34

@bangsawan nilaibetul..betul..tak boleh dinafikan lagi he3...

30/7/13 21:36

@Irfakak lea pun risau tengok anak2 jiran ni,hah.berdentam-dentum main mercun bola dengan mercun thunder clap.

kadang2 kita sebagai ibubapa memang dah monitor habis,tapi dah namanya budak2.suka tengok kawan main,kan.takut masa dok tengok tu terkena pulak kat anak kita.

30/7/13 21:41

@che midhye che mid,owh eksperimen mercun tu cari kat google he3...

berderau pulak saya baca,nasib baik tak jadi apa2 ye che mid.yelah anak2 kecil tengah lincah,kita ralit satu saat je diorang dah ke mana2,ntah.boleh pulak tembak2 kereta tu he3...

30/7/13 21:41

@tarmizihurm itulah...kena beri perhatian 200% he3...

30/7/13 21:42

@Tukang Karutbetul tu TK....24/7 lah jawabnya kena monitor anak2 he3...

30/7/13 21:43

@Tinta Lanayelah lana..kak lea pun selalu nampak,bapak pakai motor elok terletak atas kepala.anak togel....he3...

30/7/13 21:45

@syuk shusukesusah jadi ibubapa ni syuk.tapi daripada segala kronologi kes melibatkan kanak2,harap ibubapa lebih sedarlah..jangan ulangi lagi kesilapan ibubapa mangsa2 sebelum ni.

30/7/13 21:47

@sudipVSsendukhye sis owh lama tak singgah sini...kejap lagi saya ke sana tau.

pop pop?hehehe saya pun suka jugak ngeee...

30/7/13 21:50

@Nao Meihye cik akak.tulah semua dah kena sindrom BK he3..semua malas nak update dan bw termasuklah kak lea ngeee...

wah baguslah cik akak ni,mesti anak2 sedara sayang giler kat aunty diorang he3...

30/7/13 21:52

@S.K.Asamalah,kak lea pun suka dengar tips dari kamal.

hahaha mana boleh lagi main mercun bola..nanti glemer pulak fais masuk metro he3...

30/7/13 21:52

@Cik Ainhye cik ain...ketupat ye he3..betul2 ngeee...

30/7/13 21:53

@Aku Penghiburbagus tu acik.benda yang dah sah2 akan bahayakan budak2 kecik,buat apa nak beli,kan ^^

30/7/13 21:54

@~AmyLiana86~betul tu,masa kak lea balas komen ni pun berdentam-dentum mercun bola kat luar.anak2 jiran main..ni yang nak mula tazkirah kat depa,ni he3...

31/7/13 00:06

kak lea.. budak2 sekarang mmg technician pung.. sbb mereka lebih mahir dalam semua bende ny.. hhmm.. kat area umah fiza mmg dah bunyi mercun je.. .. bsing pulak.. klu men bunga api xpe.. hehehe

31/7/13 00:30

@syaafi sushibetul tu fiza..makin kreatif budak2 zaman la ni....

samalah..bising betul tadi.nasib baik 9 malam ke atas depa dah stop main...

31/7/13 01:26

salam kak lea.. haah.. lagi satu kalau pergi shopping tu.. jgn sampai tertinggal anak dalam keta.. sebab x sedar.. ade kes kan.. YaAllah... kesian budak tu..sedih saya.. benda2 gini jadi..hmmm..

31/7/13 01:47

@Gee GTGwa'alaikumussalam gee..

ye betul tu.bagi yang ada anak kecil ramai,seeloknya ada seseorang yang bantu dia manage budak2 tu,so takdelah kes tertinggal anak dalam kereta ke huhu...

Lagi satu n3 yg bagus untuk kita semua, anak adalah amanah, penting tu untuk menjaga amanah ... Kalau bawak anak2 keluar, perlu hati2, kalau yg aktif tu ikat ler, biar org nak ckp ape, kalau hilang nnt sape yg susah ... Kalau hari raya kanak2 mesti nak main mercun, saya x galak kan sangat, setakat POP n dua tiga jenis yg biada2 jer, tu pun mesti ada pengawasan orang dewasa, kalau jumpa org yang x kenal jgn ckp or ikut,kalau nak tulis kat sini banyak sebenar nyer, kang jadi n3 plak, bkn komen dah ...

momoy paling tension kalau tgk ibu bapa sekarang acuh x acuh kat anak dia lagi2 yang kecik atau baby. budak2 kecik zaman mcm tu mereka suka buat eksperimen memacam, inquiry tu tinggi. semua nak cuba.

sayang la anak2 sebelum terlmabat

3/8/13 10:48

kanak2 semakin kreatif......
kena pantau pergerakan mereka.....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...