41

MHI TV3 ~ Tips Semasa Shopping oleh Kamal Affendi

08:48 |

Assalamualaikum untuk kawan blogger
yang semakin bertambah comel dan hensem
Sekejap je dah masuk hari ke-13 ramadan
alhamdulillah
Minggu ni rasanya semua semakin sibuk 
buat persiapan sebelum pulang berhari raya di kampung

Bagi yang duduk dekat2 je dengan kampung
Masih sempat lagi shopping last minute
Tadi sempat Kak Lea tengok MHI
dan topik ni penting sangat untuk kita semua

Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim

Sapa tak kenal,kan
Cukup suka dengar tips yang diberi sebab
mudah faham untuk dipraktikkan

Tak kiralah shopping di mall yang besar2
Jalan TAR ataupun downtown/uptown
sudah pasti begitu ramai orang bersesak-sesak
membuat persiapan

Tak boleh dinafikan
tempat sebegini menjadi tumpuan penjenayah!
Dalam pada kita leka membelek barang2,
ada mata yang memerhati!!!
AWAS!!!

(1)

 Mula2 tadi Kamal mendekati dua orang brader
Mereka ralit melihat barang2
hingga tak perasan beg sandang salah sorang tu ditarik zip
hampir separuh oleh Kamal!!!
Mudah bukan..
kita sendiri mempermudahkan kerja penjenayah!!!


Tips : Kalau boleh letakkan beg sandang tu di bahagian depan
Jangan sandang ke belakang seperti biasa
Melainkan kalau banyak barang & berat,
terpaksalah sandang beg di belakang seperti lazimnya

Percaya tak...tiap kali
Kak Lea pergi tempat orang ramai
tak berani bawa/melaram dengan handbag
Hubby yang bawa beg sandang
Senang shopping..barang2 kecil sumbat je terus
dalam beg
Malang tak diduga
Jadi pastikan ada sedikit duit yang diasingkan
dan simpan dalam poket seluar
In case kita menjadi mangsa ragut/penyeluk saku

(2)

 Kadang2 kita sibuk berbual di handphone
Dengan suara riuh-rendah orang ramai,
sudah pasti kita cuba fokus pada perbualan di telefon,kan?
Manalah nak perasan kalau tiba2 penjenayah mendekati

 Masa ni kawan makcik tu menjerit
terkejut tengok Kamal nak mencuri
Barulah makcik bertudung hijau tu perasan
ish ish ish...

 Makcik tu melatah,hah!!!
Kamal pesan hati2 jangan langsung tak perasan
ada orang yang datang 'mendekati'

Tips: Kalau pergi shopping bersama kawan
pastikan ada seorang yang jaga di belakang
Sekurang2nya kita alert dengan apa yang berlaku
di kiri,kanan,depan,belakang

(3)

Kamal mendekati perlahan2 
seorang awek yang leka berbual dengan handphone canggihnya
Terus Kamal cuba merampas handphone,tu!
Nasib baik awek tu cepat respon
dan cuba melarikan diri


Tips : Kot ye pun mendapat panggilan penting
atau saja2 berborak sambil nak tayang
yang kita pakai handphone canggih gila,
tak perlulah hingga lupa dunia
Kita di kawasan orang ramai
Ada penjenayah yang hanya menunggu mangsa
Mungkin kita menjadi mangsa mereka yang tak berhati perut
hari tu

Cuba kurangkan penggunaan handphone 
semasa sibuk membeli-belah
di tempat yang ramai dan padat

(4)

Masa ni juga ibubapa membawa anak2 kecil
Mudah bawa diorang sebab nak pilih saiz baju,
saiz kasut,tudung & songkok yang sesuai
Nanti tak muat,kan rugi
Satu kerja pulak nak patah balik

Tips : Pastikan pegang erat anak2 kecil
Kalau boleh pastikan anak2 yang berusia bawah 12 tahun
sentiasa berjalan di depan kita
Senang nak monitor

Penjenayah bijak!
Masa kita sedang leka memilih barang,
anak2 pulak ada yang aktif berlari sana-sini
Penjenayah yang dah lama memerhati...
mereka kreatif menarik perhatian kanak2
Hanya berbekalkan belon bergambar kartun yang menarik
kanak2 pasti tak banyak cakap...
terima...
dan
terus ikut je pegangan tangan si penjenayah!!!

Jangan anggap
"Owh kawasan ni ada CCTV,lah
Bolehlah aku shopping relak2,
tak takut apa2..."

Jangan..jangan...jangan!!!
Penjenayah semakin kreatif
Mereka berpakaian kemas,
muka pun baik2 je
Kita bukan boleh nampak ada cop kat dahi mereka
"AKU PENJENAYAH/PENYELUK SAKU/PERAGUT"
kan..kan?

Maka sentiasa peka dengan persekitaran
Kalau tiba2 nampak ada motor yang enjin hidup,
dan sorang brader lepak di atas motor
Eh eh...ternampak pulak sorang lagi brader yang lain 
yang relak je bersandar kat tiang,ke
kat dinding/lorong berhampiran kawasan kita nak lalu,tu ke


HATI-HATILAH!!!


Mangsa tak mengenal usia,tempat dan waktu
Penjenayah buat kerja bersungguh2 semasa bulan puasa
Al-maklumlah depa pun nak pakai duit,ye tak?
Jangan jadi mangsa mereka
disebabkan sikap kita yang mudah leka
Selamat bershopping semua!!!



41 comments

22/7/13 10:39

berhati-hatilah semua =) pnjenayah skrg ni dh ada phD..sbb 2 la bijak2 he3...slain bijak..brani pulak 2..kt tmpat rmai org pn ambil ksmpatan..skali kena cekup dgn org ramai..alamatnya hospital @ kubur la..hu3..

22/7/13 10:52

@S.K.Ahye fais..itulah pasal,depa tu berani betul buat hal kat tempat orang ramai.tak main dah tunggu masa kat kawasan sunyi2.harap depa ni kena lepuk biar pengsan masuk hospital pun takpe huh....

22/7/13 11:27

penjenayah sekarang bukan kira, asalkan boleh jer... huhuhu

22/7/13 11:30

Kakak suka Kamal Affendi ni. Motivasi dia biasa membuka mata dan minda. Apa yg dia tunjuk tu betul yg biasa dan mudah terjadi..

22/7/13 12:30

tak kira di mana kita ada,samada musim raya ke apa..hati2 la...

22/7/13 12:34

semua tips ni bagus. boleh dgunakan smasa mmbeli belah baju raya nnti. terima kasih kongsi kak lea :)

22/7/13 13:19

banyak yang kita leka terutama bila jawab panggilan. amalkan tips tu berserta doa. harap2 kita selamat

22/7/13 13:48

@Aujinzbetul tu..depa takda takut2 nak buat kerja siang2 kat tempat orang ramai,janji dapat apa yang dihajati huh...

22/7/13 13:49

@Kakzakiebetul tu,kak.harap kita semua dapat praktikkan tips di atas ^^

22/7/13 13:49

@aDisH.sHidAbetul tu,sis.depa buat kerja takdanya bermusim2...sepanjang masa depa aktif huhu...

22/7/13 13:50

@zakirasli ..alhamdulillah..sama2 kita praktikkan ye.

22/7/13 13:51

@nurdaniye betul tu sis dani..doa pendinding dari segala kesulitan ^^

p/s->tqvm tau...kak lea dah emel ngeee...

22/7/13 15:12

asal musim perayaan je kamal ni ade. hehe tulah masyarakat kita kena bg teguran ulang2 baru la paham kennn

22/7/13 15:41

bahaya2!! kena hati2 dan selalu waspada tapi kan.. kalau dah ralit..smua tips lupa dah..ngee!

22/7/13 19:07

Bestnya rancangan niiii :)

22/7/13 21:34

betul tu kak lea..lebih2 lagi musim perayaan..duit banyak..hihi....
cik akak kalau bawa anak sedara jalan...memang tak menyempat nak pilih barang bagai...takut betul budak2 tu jalan2..hihi,,,dan kita tak sedar...isk kan payah

22/7/13 21:40

terima kasih kak lea.. fiza klu g shopping.. semua nye lupe.. hhmm.. kne hati2 ny.. dah tu selalu kuar sorang.. tkutnye.. hhmm...

22/7/13 23:09

penjenayah sekarang dasyat dah ada skill, kite kena triple berhati hati

23/7/13 01:50

bagus lah ada program macam ni, at least dorang akan alert dengan penjenayah. tak lah alpa dan lalai je

Penjenayah skang semua skolah tinggi2... Kita leka jer...diaorg pasti dapat amik kesempatan..mudah-mudahan dielakkan....

23/7/13 16:02

penyangak skg ni x kira tmpt sunyi ke riuh ke laju jek buat kerja jijik diorang kan sis.

takut juga kalau2 terleka semasa shopping.

23/7/13 20:45

Salam.

Saya suka style kamal affendi ni, memang apa yg dia sampaikan, mudah hadam.

Jenayah memang tak kenal mangsa kak. Siapa2 pun bleh jadi next target. Kita yg kdg2 duk umah pun boleh jadi mangsa, apatah lagi dah keluar tempat yg penuh dgn org ramai.

Saya keluar shopping tmpt public, saya memang pakai beg sandang. Pastu, kalau rasa mcm tak slmt, kdg2 kan kita bleh rasa kan.. ha, time tu lekas2 saya sandang ke depan.

Satu lagi, duit n kad2/ic saya letakkan semua pda tempat berasingan. Senang citer, dompet lebih pda 'perhiasan' saja,hehe

24/7/13 07:55

@dear xilanasib baik kita semua ada bro kamal ni,kan.maklumlah kadang2 mudah lupa kalau dah ralit shopping he3..

24/7/13 07:56

@AiSyA LiEzAbetul tu AL..penjenayah ada di mana2 je..semoga kita semua dilindungi Allah SWT amin

24/7/13 07:56

@Dzureen Darwisbetul..betul best ^*

24/7/13 07:58

@Nao Meiyup betul tu cik akak,bawak budak2 kecil ni,mata dan tangan kita kena ligat jaga depa he3..tu sebab ada kes masa shopping,parents ikat anak guna rantai ala2 rantai anjing tu huk huk...

24/7/13 07:58

@syaafi sushihuishhh keluar sorang je shopping..bahaya tu,kalau boleh berteman ye :)

24/7/13 07:59

@Aku Penghiburbetul tu acik,tinggi betul ilmu dan skill depa ni :(

24/7/13 08:00

@boni kacakbetul tu boni...orang lelaki pun kena alert dengan persekitaran.sebab dah banyak lelaki yang kena pau,kena samun hingga kena tikam :(

24/7/13 08:01

@Norhazlina Mohd. Zakibetul tu,depa ni belajar hingga khatam he3...

24/7/13 08:02

@GREENJADEhye sis...ye betul tu.kak lea pun nak ingatkan diri sendiri untuk praktikkan tips di atas :)

24/7/13 08:03

@Tinta Lanawsalam lana..wah bagus apa yang lana buat tiap kali shopping.

kena sentiasa alert..kadang2 kita semua diberi gerak hati..tiba2 rasa tak selamat hari tu..banyakkan berdoa dan cuba ikhtiar untuk elak dari jadi mangsa mereka yang seterusnya.

Tips yg bagus ... Saya kalau keluar, biasa nyer lbh suka berseluar, senang nak letak hp n duit skit dlm poket ... Kalau gie pasar dgn anak2, lbh suka amek troli, yg kecik duk dlm troli, senang skit nak kawal.

24/7/13 09:46

@Hani Fadhlina Abdul Rahmansamalah kita...pakai seluar senang,kan.

kak lea dulu pun masa anak2 kecil...letak je depa dalam troli..tak risau depa lari sana sini ngeee...

24/7/13 22:07

salam kak lea..

wink2... singgah jap sebelum sambung study.. wakaka.. esok paper last.. huhuhuhu.. yeay!!!

saya nasib baik lah pakai tudung labuh.. pastu kalau pakai handbag(sangat jarang guna..guna pon sebab dah ade tablet yg besaq gedabak tu..huhuhu)
so bolehlah suruk2kan.. wakakaka..
yes!!^^

24/7/13 22:30

@Gee GTGwaalaikumussalam....wah lagi bagus pakai tudung labuh,kan.yelah dah ada tablet wajib bawa handbag besor ngeeee ^^

25/7/13 01:14

nasihat yg berguna.. takut kalau jd mangsa kes macam ni tambah2 tgh sibuk shopping raya.

25/7/13 04:49

@Amanina Madsye betul tu nina..malang tak boleh diduga kan,semoga kita semua dilndungi Allah amin...

menarik sekali bagus tips ni
momoy mmg fans kamal nih
=)

slalu golongan wanita yg jadi mangsa sbb sealu leka
lelaki jarang kena seluk oket

25/7/13 20:25

@.::: Princess MOMOY :::.betul tu sis..kak lea pun suka dengar tips2 dari kamal ni.ha'ah lelaki jarang kena tapi sekali kena penjenayah tetak,ganas diorang tu huh....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...