21

Ramadan ~ Ramai Tiba-tiba Melatah

23:20 |

(1)

Kawasan rumah Kak Lea ni
baru je masuk hari ke-5 berpuasa
pommmm....pofffff...pommmm
Bunyi mercun bertalu-talu
Tak taulah spesis mercun apa
Papan,bola,telur,roket ataupun ketupat
Paling aktif di waktu petang dan selepas solat terawih


Sejak beberapa hari ni jugak
Ada je jiran yang tiba2..

"Oh mak kau!!!"

"Eh ayam kau ayam aku eh..."

Melatah bermusim daaaaa...

Kak Lea pun tergelak
Kalau masa tu tengah pegang ayam..
maka ayamlah yang dilatahnya

(2)

Bulan ni juga banyak perut yang melatah
Keracunan makanan,ler
Macam yang Kak Lea kena huhu..
Dalam pada berjaga-jaga..berhati-hati,tu
toleh kiri kanan tengok gerai bersih,je
Walaupun was2 sebab tak pernah tengok peniaga tu sebelum ni
Tapi aroma ayam percik memanggil-manggil


Tak sangka tengah malam buta
marathon ke toilet tanpa henti
Muntah & cherry berry
Paling kesian anak2,lah
Perut kami ni pun baru je nak baik
Maka buat masa ni masak kat rumah je huhu

(3)

Baru je beberapa hari lepas
semasa Kak Lea dan anak keletihan terlantar di rumah
setelah pulang dari hospital
Terkejut...

"Baik kau keluar sekarang.Kalau tak,aku pecahkan pintu ni.
Kau nak aku panggil JAIS,panggil pegawai polis,hah!"

"Degil ye.Owh kau tau tak dia tu bini aku!Bini aku!
Aku kerja siang malam kat luar,kau skandal dengan bini aku."


Senyappp...ingatkan ada jiran pasang drama kat radio.Baru nak tidur..tiba2...

"Kau tau tak kau ni bini aku!Ya aku kat depan rumah kita.
Patutlah kau minta cerai bla bla bla "

Huwaaa....ni kes apa pulak?
Kak Lea memang tak pernah masuk campur hal orang
Selalu balik je office terus terperap kat rumah
Memang tak taulah apa kes jiran tu
Malu anak2 dengar,cepat2 Kak Lea suruh diorang
 baring kat bilik depan


Tak lama tu dengar sorang jiran pujuk si suami.
Yelah malu jiran2 lain dengar si suami bertempik marah.
Si suami bertekad nak jumpa isteri dia petang tu di pejabat agama berdekatan.
Sebab isteri dah lama minta cerai tanpa tau apa alasan.


Bulan ramadan ni cuaca panas
jiwa pun kacau...
tu ramai melatah


Yang melatah hingga terkahwin di Thailand senyap2 pun ada bulan ni
Opsssss....
Terlebih sudah
Astaghfirullahaladzim


 Tak mau marah2
Jangan cepat melatah
Tu semua ujian untuk kukuhkan iman
Jom makan 
Bananana......













21 comments

Sabar Separuh Daripada Iman ... Yang melatah gie Thailand tu paling best ... Tp die gie before pose kan ...

18/7/13 23:45

Salam.

Lepas buka tdi, saya masuk bilik nak on9 kejap kak lea. Kebetulan, 2-3 hari ni, taktau la floor mana, tgh2 maghrib, penghuninya bertukang..bunyi drill lah, tukul la..pelik betul. Time btul2 mghrib plak tu.

Tak lama pas online, saya dgr suara prmpuan menjerit dari bawah, "oooiii, ko kenapa bertukang waktu mcm ni hahh" hahahahah, tergelak saya sorg2.. marah n hilang sabar nampaknya prmpuan tu. Melatah juga tu :)

19/7/13 00:03

@Hani Fadhlina Abdul Rahmanhahahaha...ha'ah pergi sebelum posa..saja usik2 ngeee..

19/7/13 00:04

heheh.. alhamdulillah kat area rumah AL aman n tenteram... bunyi mercun malam2 xde lagi setakat nih..ekekekek.. >.<

^_^ byk2 sabar ye..hehehxD

19/7/13 00:05

@Tinta Lanawsalam lana...hahahaha ye ke adeihh..

yelah lana..jiran kak lea pun sama,tau.ntah apa kalut sangat..macam nak buat open house 7 hari 7 malam kot raya ni.memanjang ketuk sana,ketuk sini,drill sana drill sini.maghrib ke malam ke hentam je waktu hishh hishhh...

19/7/13 00:39

@AiSyA LiEzAwah bestlah tido lena..nasib baik area kak lea ni masih terkawal lagi huhu..

19/7/13 00:51

aduh kak alami benda sama , mercun telah menyerang, wahh kes yang bawah tu dasyat ,emmmmmm mcm mcm

19/7/13 01:38

fuhh..macam2 kes melatah..
yg nombor (3) tu drama habis..huhu
kak lea, take care selalu ;)

19/7/13 01:50

@Aku Penghiburdam dam dum bunyi mercun yabedabedu...he3..

hurm tulah acik dramatik sungguh he3..

19/7/13 01:51

@nanadhye sis nanad..tqvm dear..owh itulah liku2 kehidupan rumahtangga :)

19/7/13 07:17

salam kak lea.. saya suka main mercun .. yeay!! eh!! x.. saya suka tengok org main jer..hahahaha..

kesian die.. keracunan.. ade hikmah eh tu..^^

19/7/13 11:51

Kak Lea pon melatah sampai masuk cerita Thailand...

koh koh koh

19/7/13 12:18

@Gee GTGwsalam gee...hahaha doraemon takut mercun cap tikus tak ngeeee....

owh itulah tandanya Allah sayangkan kita kan :)

19/7/13 12:19

@Aujinzowh thailand..owh kawin...eh eh opssss...tak baik tak baik ngeee...

19/7/13 17:06

hehe..kt kwasan rumah start puasa start main mercun akak.
tiap2 malam melatah

20/7/13 06:50

erkk..bulan2 rmadhan pn ada yg bt skandal cm2 ke?? ish3..bulan mulia kot ni..rsanya ceria je kalau ianya xbaik bt kita...kakLea ada stok mercun bola x?? hehehehe..nk agkut 1kotak ni XD

20/7/13 07:04

@S.K.Aitulah...ishishish manusia..manusia..

owh amboiiii tak boleh tak boleh he3..

melatah ayam tu lawak la sis
haha... boleh pula ayam org jadi ayam dia
haha

x pernah lagi la jiran bertempik mcm tu. dlu yelah.
sekarang dah duduk umah besar (ewah berlagak pula) jadi sunyi sepi pula. cuma dengar kicauan burung kat taman belakang dari tingkap bilik.

20/7/13 12:19

@.::: Princess MOMOY :::.baik dengar kicauan burung dari jeritan pekik orang bergaduh he3..

21/7/13 06:51

hihihi... mcm2 kisah melatah ye kak.... jaa stakat bab mercun tu mmg kuat bunyiknya. yg melatah mulut belum dgr lagi... hikhik..

21/7/13 13:34

@jaakechikhye sis jaa...ha'ah itulah,bulan mulia ni menguji keimanan kita semua..antaranya ramai yang melatah he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...