30

Ramadan ~Syukur..berjaya elak pembaziran

08:47 |


Tahun lepas lagi Kak Lea & hubby bertekad
kurangkan pergi PARAM
Kalau pergi pun sekadar memenuhi permintaan si kembar
Ganjaran bagi mereka setelah seharian berpuasa
Hanya kuih-muih yang jarang ditemui hari biasa
menjadi pilihan
Bebas memilih air yang teringin mereka minum
Kat rumah buat satu lagi minuman panas


Lauk untuk berbuka
selalu masak sendiri di dapur
Puas hati..bersih..kuantiti banyak...kurang minyak & garam
Perut kenyang...hati senang
melihat keluarga makan dari air tangan seorang isteri/ibu
Masak dengan penuh kasih-sayang

Teringat kata2 Chef Amar

"Masaklah dengan menyebut
Masyaallah..Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar
Harmonilah keluarga itu dengan 
makanan yang diberkati Allah SWT"



Lagipun mahal kalau beli lauk di bazar
Percaya tak...
Kak Lea cuma bajet RM10.00 kalau ke bazar!
Beli sebungkus air RM 2.00
2/3 jenis kuih-muih termasuk puding
Dah cukup berbaloi!

Kalau anak2 rambang mata tengok kuih
Kak Lea kata...

"Bulan Ramadan,kan ada 30 hari
Kita ada 30 hari untuk rasa pelbagai kuih
1 Hari 1 Jenis Kuih
Kena ingat orang lain yang lebih susah & miskin
Takdenya merasa nak tapau sedap2 di PARAM"



Syukur anak2 pun tak lalu nak makan banyak2
Cukup berbuka dengan buah kurma/tembikai dll
minum air,makan kuih-muih
solat Maghrib
barulah makan yang berat2
dan pergi solat terawih

Kadang2 bertukar semangkuk lauk dengan jiran2
Mak pun kadang2 berikan lauk-pauk
Tak yah masak lagi dah hari tu
alhamdulillah...

Korang pulak....
Berapa bajet setiap kali ke PARAM?

Sebaik-baiknya ialah berbelanja secara sederhana sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah al-Furqan ayat 67:
وَالَّذِيْنَ اِذَا أَنْفَقُوْا لَمْ يُسْرِفُوْا وَلَمْ يَقْتُرُوْا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَامًا
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu”.



30 comments

24/7/13 08:53

samalah dengan saya...kurang ke pasar ramadhan tahun ni

24/7/13 09:09

Tiap petang sekarang Chef Amar di radio IKIM fm tau - motto dia yg best tu masak dengan iman.

24/7/13 09:13

betul kak lea, kenit pun dah jarang sangat gi PARAM. Semalam tak gi langsung, amik bubur kat masjid dan goreng kuey tiow je tuk buka puasa.

Subhanallah kenyangnya sampai ke sahur! Mujur tak membeli kat PARAM, kalau beli pun tak abis. Better masak sendiri kan :D

Alhamdulillah, bagus ...

24/7/13 09:32

@Rizzielalebih baik masak sendiri,kan.masa ni bolehlah berangan masuk masterchef he3..

24/7/13 09:33

@Kakzakieowh ye ke,kak.saya dan anak2 suka tengok kat tv alhijrah je.puas tengok chef masak..rasa nak masukkan tangan je capai lauk2 yang dia masak he3..

24/7/13 09:34

@Kenit Cinonetwah tahniah..tahniah!betul tu sis.kadang2 yang lapar adalah mata..bukan perut sangat,pun.tu sebab berlakunya pembaziran,kan.

24/7/13 09:44

@Hani Fadhlina Abdul Rahmanterima kasih sis..jom2 sama2 elakkan pembaziran :)

24/7/13 09:50

saya pun 10 hingget jugak sis.hihihi

mmg kdg2 rasa tak berbaloi berbelanja lebih kat PARAM tu..lauk kdg2 ntah apa2 rasa..tp kdg2 tak sempat nk masak letih meredah jammed so takde pilihan sy beli juga lah.hehe

24/7/13 12:41

@GREENJADEwah sep seplah kita ye he3..

yelah tapi kadang2 teringin jugak makan lauk yang orang lain masak,cuma tulah ada yang terlebih garam,kuah basi dll...redha jelah duit dah melayang...

24/7/13 12:57

bini dalam pantang, so takde org nak masak.... so kena pegi bazar la..huhu

makan tak ramai so dalam rm15 dah boleh beli makanan untuk berbuka dan sahur sekali..heee

24/7/13 13:02

Tak pernah pergi tahun ni, Abah pergi sorg2 hehe

24/7/13 13:57

@the malay malehehehe yelah kan orang rumah masih berpantang..semoga wife dan baby sihat selalu ^*

24/7/13 13:57

@Dzureen Darwiswah lagi best..tak yah nak berhimpit2 dengan org ramai kan he3..

24/7/13 15:00

Salam.

Saya pun budget RM10 je kak lea. Sebab mmg gi bazar smata2 nak beli kuih. Beli kuih kat org yg sama stiap tahun, kuihnya sodap! :D

Dah jadi pelanggan tetap, dalam 7hari tu, 3,4 kali la beli kuih dgn org sama. Kdg2 sampai tuan gerai bagi kuih percuma.. keh3. Tu yg best tu.

Lauk2 mmg jrg sgt beli..mcm yg saya sebut dlm entry, harga merapu kak..sedih cmpur terharu tgk harga2 lauk2 tu,hahaha.

Kuih saya beli dua tiga jenis la jugk, sbb lps terawih, mesti lapor blik, jadi, kuih tu buat isi perut la. :)

24/7/13 15:04

saya ni dah lama tk pg bazar ramadhan ni.. klau pg je semua rasa nk...klaulah mkanan kt bazar ramadhan ni semua free.. heeeeee

24/7/13 15:22

@Tinta Lanawaalaikumussalam lana..wah sep seplah kita..

yelah kak lea pun sama,beli kuih dekat peniaga yang memang bulan2 biasa pun dia berniaga.kadang2 je kak lea beli kat muka2 baru..yelah nak tolong diorang jugak,kan ^^

wah rezeki tu dapat free..regular customer katakan he3..

owh hurmmm..better masak sendiri lauk-pauk,terjamin kebersihan

24/7/13 15:28

@zakirasli ..hahaha...kelakar je tau.tapi kan,kak lea seronok tengok peniaga kat param.agak2 dah nak berbuka..lebihan mana yang tak habis jual depa dok pakat bagi kat peniaga sebelah2...happening he3..

24/7/13 15:31

bila membazir je msti blan ramadhan kan kak..sy thun ni lgsung xp bazar =) kalau pergi pn beli smple2 je..yg berkenan pn air je..he3 sbb air bt rsa tekak ni dhaga je....jum tukar2 lauk kakLea hi3

24/7/13 15:50

@S.K.Apuasa wajib sebulan sekali..tu sebab param jadi tumpuan.yelah air2 selalu mengoda tau he3..

owh boleh2..nak try jugak lauk-pauk ganu mari he3..

24/7/13 16:38

alhamdulilah puasa kali ni ala kadar saja :)

24/7/13 20:17

Eloklah dapat masak sendiri. Air tangan isteri dan ibu berkat sekali.

Saya pun kadang-kadang ke bazar tak dapat kawal diri. Nak beli itu, beli ini.

24/7/13 21:31

@Amanina Madssyukur..kita kat malaysia ni bertuah sangat2 berbanding umat islam tempat lain yang berbuka ala kadar dengan selingan dentuman bom :(

24/7/13 21:32

@Tetamu Istimewabetul tu cikgu...masa inilah semua ibu2 dan isteri tunjuk skill memasak ala2 chef terkenal he3..

24/7/13 22:05

salam kak lea.. eh..
same!! saya pon bajet 5 hinggit jer.. kadang2 saya bawak 2 hinggit je.. beli kuih.. bile duduk kat asrma ni.. nak buka pon x selera..hahaha..
yeay!! jimat.. wink2..
kirim salam kat kembar eh.. suruh diorang puasa penuh tau..^^
owh adik juga..^^

24/7/13 22:29

@Gee GTGwaalaikumussalam gee...wah lagi terer rm 2-5 je tu!!!jimat dan bijak belanja he3..

in shaa allah kak lea dah beritahu kat diorang..semua kirim salam kat kakak gee yang comel he3...

24/7/13 23:28

betul lah kak lea, PARAM mahal skg, dah lah makanan sikitt jerr..kadang cekik darah betul. Sye kalau g PARAM semata-mata nak cari kuih/lauk yg tak pandai masak jerr..hehehe.. Kalau bebuka pun sye ni just buat kotor pinggan jer..hehe..makan sikitt takut masa terawih perut kedepan..hahaha

25/7/13 00:20

@Izzah Azizahhye izzah he3 betul2..makan ala kadar je..nanti perut meragam pulak masa terawih..kan naya ngeee...

yelah kak lea pun cari kuih yang tak reti nak buat/atau susah nak jumpa bulan biasa2 ^^

Alhamdulillah. dear berjaya
kadang beli kat bazar tapi bila berbuka bukan sedap pun
tak kena dengan selera tekak kan'
baik beli yg perlu jer

25/7/13 20:26

@.::: Princess MOMOY :::.betul tu sis..kadang2 teringin makan nasi berianilah..nasi itu inilah..bila beli hurmmmmmmm......baik masak kat rumah huhu...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...