29

Sakit Jantung bukan penyakit Warga Emas lagi?

13:33 |


Semalam pukul 1 pagi,hubby Kak Lea bergegas ke rumah kawan,Z yang terletak di taman berdekatan di Seroja,Salak Tinggi.Kelam-kabut setelah mendapat panggilan daripada anak pompuan Z,yang menangis minta tolong.Bayangkan 3 orang budak ni antara usia 16 tahun-5 tahun,panik setelah melihat ayahnya(Z) muka pucat kebiruan dan berpeluh.Z baru je solat sunat,terus kena heart attack.

Kebetulan isteri Z yang bekerja sebagai stewardess,baru je sampai di Switzerland.Semuanya kebetulan sebab sehari sebelum itu,Z tak bagi kedua-dua anak daranya yang usia 16 & 13 tahun balik ke Sepang,biar mereka stay je kat asrama Maahad di Ipoh.Balik masa nak raya je.Bayangkan kalau masa kejadian,tinggal anak pompuan yang kecil 5 tahun tu je.Apa jelah budak tu tau buat masa tu,nak call sapa pun tak tau.

Kelam-kabut bawa ke NCI,di Nilai.Doktor arahkan Z terus ke GH Seremban sebab kondisi kritikal.Hubby kelam-kabut bawa semua anak Z di pagi2 buta.Laju tok sah cakaplah,dah tu follow ambulan dari belakang.Sampai2 je terus dimasukkan ke zon kritikal.Masa tu dalam pukul 2 pagi,wad kecemasan mak aih FULL HOUSE!

Tak lama kemudian,doktor nak jumpa hubby & anak pompuan yang 16 tahun tu.Doktor kata keadaan Z,yang berusia awal 40-an memang kritikal tapi stabil,cuma kena tahan di wad untuk 2,3 hari.Sebab takut heart attack lagi.Doktor tak menjanjikan yang positif cuma semua ni bergantung kepada ketahanan Z menerima ubat(morfin 2 kali dimasukkan).Masa melihat semua anak menangis teresak-esak,hubby pun tak tahan sebak,sebab Z merupakan kawan baik kami dah 10 tahun.Melihat bacaan tekanan darah tinggi,doktor kata nasib baik cepat.Membebel jugaklah doktor tu.Rupanya Z ni dah pernah kena heart attack beberapa tahun dulu,tapi mungkin Z tak konsisten dalam penjagaan kesihatan.


Sedikit info mengenai Penyakit Jantung

Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.

Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berkenaan ialah merokok (risiko paling tinggi), diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.
“Walaupun banyak faktor boleh menyebabkan sakit jantung, sering kita lupa ialah faktor sejarah keluarga kerana mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung, mempunyai risiko besar mendapat penyakit berkenaan.

“Impak mendapat sakit jantung bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga sama dengan pesakit jantung yang disebabkan amalan merokok.


“Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda,” katanya.

“Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun.

“Adakalanya tanpa faktor risiko pun, seseorang boleh mendapat sakit jantung. Misalnya, satu kajian membabitkan kira-kira 120,000 individu yang pernah menghidap sakit jantung koronari mendapati, 15 peratus wanita dan 19 peratus lelaki tidak mempunyai faktor risiko yang dikenali. Faktor genetik yang belum dikesan, disyaki memainkan peranan dalam kes sebegini,” katanya.

Beliau berkata, genetik ialah faktor utama untuk risiko sakit jantung. Ia seperti penyakit keturunan lain seperti jika dalam keluarga ibu bapa mempunyai diabetes, anaknya mungkin menghidap penyakit sama.

Begitu juga dengan kolesterol tinggi dan merokok. Dalam sebuah keluarga yang sosial ekonominya rendah, didapati risiko juga bertambah dan faktor stress juga menambah risiko melalui hormon adrenergik yang dikeluarkan kelenjar suprarenal apabila di bawah stres.

Perbezaan jantina ialah lelaki mendapat risiko sakit jantung lebih awal. Perempuan mendapat perlindungan daripada hormon estrogen tapi selepas menopaus, risiko mereka terdedah sakit jantung sama seperti lelaki,” katanya.Menurutnya, salur darah perempuan juga lebih kecil daripada lelaki. Oleh itu, gejala dialami wanita mungkin berbeza dengan lelaki.


Antara gejala sakit jantung dialami wanita ialah tiba-tiba rasa berpeluh sejuk, sesak nafas, rasa sakit antara tulang belakang, sakit tengkuk, bawah dagu, tepi lengan, belakang dan perut.

“Ramai wanita beranggapan sakit jantung penyakit lelaki, jadi mereka tidak menyangka diserang sakit jantung hingga lambat mendapatkan rawatan. Apabila penyakit disedari, ia lebih susah dirawat.”

“Salur darah koronari wanita lebih kecil menyebabkan mereka lebih sukar dirawat secara angioplasti, di mana sten dimasukkan ke dalam salur darah untuk mengembalikan pengaliran darah yang lancar di dalam pembuluh darah.

“Jika angioplasti tidak dapat dijalankan, rawatan perubatan atau medical therapy adalah pilihan rawatan bagi mereka. Pesakit lelaki lebih berkemungkinan mendapat sakit dada ketika serangan jantung berbanding wanita, dan biasanya akan didiagnosis lebih awal,” katanya.

Dr Suhaimi berkata, tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung.Emosi juga antara penyebab sakit jantung, misalnya dalam mesyuarat atau terbabit pergaduhan, tekanan darah naik dan menyebabkan beban kepada jantung, seterusnya menyebabkan berlaku sakit jantung.

“Setiap individu, walaupun baru berusia 25 tahun, digalakkan membuat pemeriksaan darah dan ECG (diagnosis penyakit jantung).

“Pemeriksaan darah dapat mengesan masalah kolesterol dan diabetes. Jika kolesterol terlalu tinggi dan seseorang itu perokok walaupun usianya 20-an, dia mungkin diserang sakit jantung,” katanya.

“Yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan.

“Rawatan untuk memulihkan sakit jantung seperti pintasan (bypass) dan sten, tidak boleh bertahan selama-lamanya. Ia tidak sama dengan yang asli kerana pintasan jantung mungkin tersumbat 10 atau 15 tahun kemudian.

“Pesakit yang mempunyai ibu mendapat serangan jantung sebelum 55 tahun, perlu berhati-hati kerana risiko untuknya mendapat sakit jantung lebih tinggi dan pemeriksaan awal perlu dijalani. Mereka yang ada kolesterol tinggi kadangkala boleh dilihat dengan tanda kolesterol di mata,” katanya.

Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol.



Selepas solat Zuhur,hubby akan ke hospital nak lihat perkembangan Z.Owh ye semalam katil di depan Z dikerumuni 11 orang doktor.Mereka semua kelam-kabut berlari menuju ke katil.Hubby sempat melihat seorang lelaki keturunan India terketar-ketar di atas katil,darah melimpah-limpah.Kemudian hubby ke luar kejap,terlihat sekumpulan keluarga India menangis-nangis.Rupanya lelaki tadi ditembak 2 das di bahu kiri,2 das lagi di perut.Dia ditembak bertalu-talu di Bahau,Negeri Sembilan.Doktor berhempas-pulas cuba menyelamatkan dia,tak taulah apa jadi selepas tu.Sekarang tak boleh dah guna pepatah "Nyawa dihujung tanduk".Kena tukar "Nyawa di hujung pistol".

8 tahun lepas sebelum beberapa hari masuk bulan Ramadan,hubby keluar menemani kawan,arwah M ke gerai berdekatan untuk minum petang.Maklumlah sesekali balik kampung di Perak,kalau dapat jumpa kawan banyaklah topik nak cerita.Elok je minuman yang diorder sampai,tak sempat minum tiba2 arwah M rebah di pangkuan hubby.Terkejut....arwah terus menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat hubby nak ajar ucapkan kalimah syahadah.Sebulan jugak hubby ambil masa nak pulihkan semangat.Arwah baru je seminggu berkahwin.Bayangkan tekanan & kesedihan yang dialami isteri arwah,inai masih di jari.


Kami juga pernah berdepan detik mencemaskan di jalanraya di Salak Tinggi semasa menuju ke rumah mak Kak Lea.Nyaris kereta dilanggar sebuah kereta yang tiba2 masuk laluan kami,terbabas kereta,tu.Hubby cepat2 keluar sebab kereta tu hentam pokok berdekatan.Masa tu ada beberapa kereta pun turut berhenti.Pemandu tu dah meninggal dunia,bukan sebab kemalangan,tapi dengan tangannya masih melekap di dada,muka masih kelihatan berpeluh dan pucat,rasanya kena herat attack semasa memandu.

Di antara ayat Al-Quran yang boleh diamalkan;

  • Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang
  • Surah ar-Ra'du ayat 28 untuk sembuhkan penyakit jantung
  • Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.
  • Surah al-Fatihah
  • Selawat Syifa’
  • Selawat Tafrijiyyah
  • Surah al-Hasyr ayat 21-24 Pemecah Kebuntuan 

Point nak habaqnya, kalau kita rajin baca QURAN, kita tak payah nak tunggu kena buat STRESS TEST, ANGIOGRAM TEST, nak perabih duit nak tahu jantung ada masalah ke tidak, tetapi insyaallah perubahan daya tahan nafas kita waktu membaca Al-Quran dengan penuh tajwid dan idghamnya itu sendiri mampu menjadi INDICATOR atau pun PETUNJUK di tahap manakah kesihatan jantung kita berada. Bila dah sering mengah teruk sangat itu, bersegeralah berjumpa Doktor untuk rawatan selanjutnya. Selebihnya, berdoa berserah dan bertawakallah kepada Allah SWT.

Saya bukan Ustaz atau pun orang Alim, tapi insyaallah saya merasakan inilah antara MUKJIZAT tersembunyi yang dipertemukan kepada saya secara tidak sengaja dalam Al-Quran ini.

Cerita selanjutnya klik [link] ni,ye.Subhanallah kisahnya!

29 comments

28/7/13 14:51

lagi 1 kak, jaga pemakanan seharian. supaya saluran darah tidak tersumbat.

28/7/13 15:32

seram la kan
penyakit no 1 pembunuh rakyat malaysia ni
moga kita semuanaya sihat
aktifkan diri bersenam
jarang dah nak bersenam ni

28/7/13 15:35

alhamdullilah, terimakasih kak share info ini.. =)

28/7/13 16:51

Assalamualaikum.

Kak lea.. zaman sekarang ni, penyakit memang tak kenal usia.. org yg nampak sihat walafiat pun, tiba2 boleh tumbang. Apatah lgi kalau dah memang tak amalkan cara hidup yg sihat.

Apa jenis penyakit pun, fakto2 penyumbang penyakit tu, cuma panduan saja.. kita sndiri kena ambil inisiatif buat pemeriksaan kesihtn scra berkala..ceh, pndai ckp, tpi tak buat,eekeke *_*

28/7/13 17:17

entry sangat bermanfaat :) terima kasih berkongsi.. teman baru di laman ini ;) apa2 pun kesihatan perlu d jaga cm pepatah Inggeris tu "prevention is better than cure"
erm, soal pnyakit skg tak mngenal usia. bijak jaga dan kawal kesihatn In Shaa Allah suma baik2

28/7/13 17:51

entri yang sangt bermanfaat :) kita ken jaga diri kitaa, jaga pemakanan, senaman ..amalkan gaya hidup sehat

28/7/13 18:13

Emm..risaunya kan. Mcmana tak risau, jrg bersenam saya ni..

28/7/13 19:44

Waduh2, seram betul cerita akak ni hehe tapi kena ambil iktibar

28/7/13 21:07

kne jaga mkn ny .. fiza main belasah je sume jenis makanan... lagi satu kak lea.. kne banyakan minum air suam.. supaya lemak yg kite mkn boleh larut.. hhmm..

28/7/13 21:28

org mude pun boleh... kalau dh ditakdirkan....

Jemput sertai : Contest Blogger Jejaka Jambu.

28/7/13 23:07

@syuk shusukehye syuk betul tu,makanan orang melayu lagilah bersantan n bergoreng huhu...

28/7/13 23:08

@Yumida Hudahye sis..betul tu,kena jugak curi masa untuk keluarkan peluh dengan bersenam,kan ^^

28/7/13 23:08

@BiskOtsama2 kita semua kena jaga kesihatan :)

28/7/13 23:09

@Tinta Lanawaalaikumussalam lana..ye betul tu.kalau keturunan ada penyakit silent killer,dari sekarang kita kena ambli langkah2 berjaga ^^

28/7/13 23:11

@sea_lavenderhye sis..alhamdulillah terima kasih singgah dan komen,nanti kak lea otw ye ^^


betul tu,kena jaga pemakanan,kena selalu bersenam :)

28/7/13 23:13

@Aku Penghiburhye acik..ye betul tu.kadang2 masih ramai tak tau penyakit yang tersembunyi di badan,kan ^^

28/7/13 23:14

@Ujiehye sis ujie...itulah kalau dapat berjoging ke,berjalan ke kedai ke,naik turun tangga ke pun dah ok he3...

28/7/13 23:15

@Dzureen Darwishye sis...itulah malang tak diduga,kan.harap kita terhindar daripada penyakit berbahaya,kan ^^

28/7/13 23:16

@syaafi sushihye fiza..betul tu.apa2 pun air putih memang penting,kan :)

29/7/13 11:22

aku pun risau gak ni... sejarah keluarga ada...

29/7/13 12:29

@Nan Limebetul tu..

erk ni nak bahasakan diri apa ni...nan ke lime ke GA he3...ok2 nanti kak lea cuba join ye ^^

29/7/13 12:30

@Tukang Karutsamalah kita TK huhu....

29/7/13 15:49

hmm bhya btol..Alhamdulillah la stabil..jgn bt main2 dng jntung ni..sy kalau bleh nk elak smua sakit2 ni..family xde pula skit jntung..kalu drah tinggi adalh..sy ni dh la jenis mkan je apa yg ada hu3..

TQ, info yg ammat bermanfaat, PakCik br jer buat appointment ngan. IJN ...

Errmmm, apesal skang nih byk kes tembak2 eak ?

29/7/13 23:21

@S.K.Ayelah fais..kalau keturunan dah ada penyakit,dari muda lagi kena jaga pemakanan,kan huhu..

29/7/13 23:23

@Hani Fadhlina Abdul Rahmansemoga kesihatan jantung pakcik sis,ok ^^

itulah tadi pun masuk berita 2 kes tembak.dah macam duduk kat negara koboi.kuda je tak banyak ngeee...

31/7/13 01:41

sebab ni lah saya nak jadi doktor kak lea.. my father .. acik talib kena heart attack since saya sekolah rendah.. time tu.. betapa terseksanya saya bile ayah koma masuk ICU.. xde sumber pendapatan.. adik beradik semua kecik2.. wuiii.. x sanggup.. sebenarnya cita2 saya nak jadi pakar jantung.. tapi.. end up jadi dr gigi.. hahaha.. oklah tu..^^

31/7/13 02:03

@Gee GTGowh...kak lea doakan abah sentiasa sihat,tak boleh stress dan kena jaga pemakanan,kan.

dr gigi pun takpe...semua tu ada hikmahnya ^^

3/8/13 14:22

kena sentiasa jaga pemakanan....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...