14

Raya ~ Biru ke..Hijau ke..masa kenduri kita bersatu!

22:57 |

Hari Raya Ke-3
pagi2 kami bersiap ke Kenduri 3 in 1
Pertama...kenduri kahwin sepupu
belah hubby di Sg.Bayor,Selama,Taiping

Kedua... kenduri keluarga keturunan Cucu Tok Ripin
atau lebih dikenali penduduk sebagai Tok Ratna Sakti,
(gelaran daripada Sultan Perak)
iaitu datuk hubby Kak Lea
Lupa Kak Lea nak snap foto arwah
 yang dianugerahkan pingat kebesaran
yang digantung di ruang tamu

Arwah dah lama meninggal dunia di Mekah
Daripada cerita2 keluarga,arwah atok 
di antara peneroka awal di Selama
Tanah arwah memang banyak kat area sini
Rumah pusaka pun pernah dijadikan lokasi penggambaran drama
Tapi rumah tu sekarang dah usang

Ketiga...
Kenduri raya + kesyukuran
yang dianjurkan sepupu hubby
sebab menang kerusi kat sana

 Semua AJK sepupu tu hadiahkan baju Aaron Aziz
berwarna ungu
Teruk abah mertua kami nyakat
Yelah..tengok iklan Jakel tu,bila pakai 
tingggg....bertukar jadi Aaron,kan he3...
Abah kata kami ni buang tebiat menyakat dia he3..

 Di padang sekolah inilah kenduri diadakan
Sekolah hubby Kak Lea

 Kak Lea pun tak kenal sangat keluarga belah hubby
Ramai bebenor....

Tahun sudah buat Family Gathering kat Sik,Kedah
Keturunan diorang ramai dari Pattani,Thailand

 Cuaca panas betul hari Ke-3 di Selama
Mau cair mekap pengantin
Masa pengantin bersanding pun,
kitorang tengok dari khemah je he3..

 Antara AJK yang baru datang

Kurung cotton Paisley ni pulak AJK perempuan

 
 Makan time bersama pengantin

 Ramai otai bertukar menjadi Aaron Aziz,you!

 Memang ramai betul
Maklumlah kenduri 3 in 1
Sebelah petang diadakan reunion untuk penuntut 
sekolah ni dari tahun 70-80 an

 Kak Lea kalau kenduri mesti tak reti makan banyak
Apatah lagi kalau orang ramai2
Rasa tak sampai hati nak duduk lama kat meja
Kesian orang lain nak makan jugak,kan

 DJ....pakcik ni nyanyi sedap giler!!!

Diorang berkerumun sebab...

 Cendol!!!
Pekena masa cuaca panas,terbaiklah!

 Yang berbaju ungu inilah
abah dan mak mertua Kak Lea
Diorang dah tak kuat sangat
Di kampung,diorang dipanggil kekasih romantik
Ke surau,ke kedai,ke pasar sentiasa bersama
Loving couple gitu
Kalah kita orang muda,ni

 Yang baju melayu hijau inilah sepupu hubby
Masa PRU 13,walaupun keluarga belah hubby
ada yang Hijau...ada yang Biru
Tapi masa kenduri sama2 bersatu
Politik setakat gitu2 je
Hubungan silaturrahim lebih penting dieratkan
Bergelak ketawa,bertepuk tampar,bertukar cerita
Happy je takde bermasam muka

Kelam kabut nak ambil gambar masa ni
Abah mertua automatik dah menjadi abang yang sulung
selepas kakak sulung meninggal dunia sebelum Ramadan
Abahlah tempat rujukan ahli keluarga untuk tanya itu ini
tentang sejarah keturunan dll




Itulah serba-sedikit coretan Kak Lea sepanjang seminggu di Selama,Taiping.Owh ye,Kak Lea ni orang Muar,Johor.Hubby orang Taiping.Tahun ni ikut turn beraya sana pulak.Dah balik Sepang,giliran Kak Lea pulak nak tawaf rumah abah,mak & uncle auntie.Raya korang pulak..ada kenduri tak?


14 comments

15/8/13 00:20

Hamboii busy betul ye kak lea ni

15/8/13 00:28

@Dzureen Darwishye sis..selamat hari raya tau!itulah macam2 acara...kembung perut makan he3...

15/8/13 00:36

ramainya aaron kt situ he3..ada juga jenama cam2..belah suami kakLea ni berpengaruh jugak ye =) family besar..

15/8/13 00:41

@S.K.Aaaron versi otai he3...ada fais,jual kat jakel.fesyen terbaru masa raya tahun ni.

bagus juga buat gathering,baru kenal tu sedara ni sedara,kan ^^

15/8/13 00:54

wah meriahnyaaaaa........ <3

15/8/13 01:00

@denohye deno,semoga lekas sembuh ye dear ^^

15/8/13 11:34

sangat2 meriah.. ;)

15/8/13 12:11

hehehexD Kalau AL mmg xp dah tmpt2 sesak cm tu..ngee~ >.<

15/8/13 12:35

tercari-cari kita mana kak lea..tapi takde pun.. and tak sangka atuk hubby kak lea bukan calang2 orang.. lahhh, akak orang Muar ghupenyer.. kenduri takde kak..makan kuih raye jelahh

15/8/13 22:56

@aizamia3wink wink he3..

15/8/13 22:56

@AiSyA LiEzAitulah nak buat camner..dah namanya kenduri huhu...he3...

15/8/13 22:57

@Izzah Azizahkak lea asyik snap foto,baru sedar foto diri sendiri takde huwaaa....

15/8/13 23:24

kenduri raya tiada, tapi BBQ ditengahari ada. iaitu raya ketiga di manjung perak (uma family yg pertama sebelum slgor ni). punya la panas kak, memanggang depan rumah je pun. nak buat malam, nanti semua letih. hehehe. mcm2 tabiat raya ni.

16/8/13 00:10

@BiskOtowh buat masa siang lagilah panas,kan.kak lea 2 tahun lepas kat perak buat jugak bbq masa raya ke-2,buat malam so budak2 pun tak meragam he3..

owh kat manjung ye..tak pernah pergi sana huhu...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...