30

Raya ~ Lemang masak style baru & tragedi

00:13 |

Sehari sebelum raya
Hubby Kak Lea ikut abahnya pergi rumah sedara
Nak ambil lemang yang ditempah
Kat Selama,Taiping sedara tu tiap2 tahun
buat bisnes lemang
Tapi baru tahun ni gunakan cara moden

Hubby teruja sampai lupa nak snap foto
Nasib baik masa Google jumpa foto2 ni


Sepupu tu kata lebih kurang sejam setengah 
siaplah lemang tu dibakar
Tong dram tu boleh muat 50 batang
Sebuah tong dram dan sebuah dapur gas 
diletakkan pada bahagian bawah tong itu 
sebagai pemanas
Wap panas yang terperangkap dalam tong apabila ia ditutup
akan mempercepatkan proses lemang tu masak

Takdelah lagi kes lemang masak tak sekata
Terhangit ke..apa ke
Yang penting kena sentiasa belek2 juga lemang tu
Kena pandai agak2 santan
Barulah sedap...

Hubby Kak Lea seronok pulak
Dah mula rancang nak jumpa uncle di Kuala Pilah
Boleh buat bisnes ni
Maklumlah,lemang dengan orang nogori
ibarat makan ulam tanpa sambal belacan
Boleh jugak buat sewa untuk apa2 kenduri


Masa pagi raya,sepupu dari Kedah yang singgah beraya
beritahu....ada seorang isteri mengandung
meninggal dunia akibat lemang

Kan ada yang suka makan lemang yang lembek2
kat bahagian atas tu
Arwah makan yang itulah
Tiba2 pengsan dan meninggal dunia

Kecoh..rupanya akibat bisa ular!
Mungkin tukang buat lemang tu
tak perasan ada ular kapak berlingkar dalam buluh
Abah dan sedara semua cakap,
sepatutnya sebelum masak
peniaga tu ketuk2 dulu buluh tu
Sebab kita tak tau binatang apa je buat port

Ular tu mati kena bakar bersama lemang
Bisa ular tu dah bercampur dan lemak2 naiklah kat atas
Kesian arwah.....

Owh masa dok sembang tu
terkeluar pulak kisah arwah kawan kakak ipar
Beberapa tahun lepas,
sehari sebelum arwah berkahwin
macam biasalah orang pompuan sibuk urus macam2
Dia masuk bilik nak ambil dulang
barang2 hantaran yang diletak bawah katil
Capai punya capai...
dipatuk ular!!!
Esoknya kenduri kahwin bertukar jadi kenduri tahlil




30 comments

15/8/13 08:02

da lama tak buat lemang ni..

15/8/13 08:54

dah ada yang guna stail tu.. lebih cepat dan tak perlu tunggu lama.. ;)

psstt: idea ni boleh guna untuk tahun depan.. ;)

15/8/13 09:06

canggih skang masak lemang guna tu kan..xyah jg api dh..selamat hari raya dear

15/8/13 09:37

Tragedi sebegini memang boleh jadi trauma pada kita kan sis. Tapi, bahagian lemang yang lembik2 tu memang Kenit tak suka makan.

Apapun, semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

15/8/13 09:43

tragis kisah arwah tu..semoga roh nya dicucuri rahmat

15/8/13 10:16

selamat hari raya sahabat, wah cantik betul header baru tu, raya theme tu. Rasa nak tempahlah satu he3...

trend baru bakar lemang, senang tak payah berlama-lama menunggu api, tapi rasanya lemang yang dibakar secara tradisional lebih sedap kut, ada aroma buluh yang dibakar. sama juga dengan ketupat daun kelapa lebih sedap dengan aroma daun kelapa yang dianyam berbanding ketupat segera yang dibungkus dengan plastik. biasalah zaman la ni semuanya nak segera. apapun ikut selera masing2...

Ohw ye, mengenai kes mati makan lemang tu pihak utusan malaysia dah sahkan ia berita palsu. wallahua`lam.

15/8/13 10:18

macam macam hal.. tapi nasib baik saya tak berapa gemar dengan lemang... hue hue hue

15/8/13 12:04

skrg ni smuanya mudah dah...huk8

hati2 agar perkara x diingini x berlaku >.<

15/8/13 12:09

@ikhwan yusuffhye ikhwan...selalu kak lea beli je,tak pernah buat huhu...mesti best buat sendiri,kan

15/8/13 12:10

@aizamia3hye sis..betul tu.mudah dan cepat dimasak.bagus untuk kenduri sebab orang ramai,tak sabar nak makan he3..

15/8/13 12:10

@merahitujambuselamat hari raya juga sis mij...owh itulah lagi bertambah canggih he3..

15/8/13 12:11

@Kenit Cinonetsamalah tak reti makan yang lembek2 tu..dah ajal arwah kan..al-fatihah...

15/8/13 12:11

@the malay maleitulah..sekarang ni macam2 kes huhu...

15/8/13 12:13

@abuikhwanselamat hari raya juga.owh he3..lukis kelam-kabut je header tu he3...

ye betul tu style tradisional lagi best,kan

owh..ye ke?maklumlah masa raya tak dan nak belek paper ngee...

15/8/13 12:13

@Aujinzowh rugi tu tak makan lemang.kak lea prefer roti jala n nasi impit..dah namanya orang muar he3...

15/8/13 12:22


lomang paneh mmg feveret oghang negori mcm den ni...haha
cicah pulak dgn rendang ayam/daging yg pedas sikit...fuh

15/8/13 12:31

Gila takut cerita2 pasal ular ni :( huk huk

15/8/13 16:22

mmg trajedi...seram pulak bc....ular oh ular...alfatihah

15/8/13 22:38

@AiSyA LiEzAmakin ramailah hidangkan lemang masa kenduri sebab senang nak masak,dah he3..

hurm..itulah...huhu..

15/8/13 22:45

@bangsawan nilaihahaha terbaiklah menu tu..lapar pulak tiba2 huwaaa....

15/8/13 22:46

@Dzureen Darwisitulah..seram ular2 ni huhu..

15/8/13 22:47

@dear xilahye xila...malang tak diduga,kan.boleh terjadi kat sapa2 je..

15/8/13 23:12

terlari fokus jap baca kisah dibawah sekali tu.. aduh. beringat sentiasa ni.. dulu masa kecik2 pernah gak rumah masuk ular, biawak lah.. masuknya pula bilik hujung yang xde orang.. trauma kita sampai kebesar. tengok tikus mondok pun kita dah takot. haish.

16/8/13 00:11

@BiskOtoishhhh menakutkan betul!wah pengalaman yang memang tak boleh lupa tu,kan huhu...

16/8/13 04:15

tentu lemang masak cantik sama rata...tentang kes lemang ular tu dengar cerita hanya kabar angin....dusta semata2...

18/8/13 02:26

subhanallah..takziah la bt kluarganya..hm sedap ke kak lemang mcm ni??? xpnh lg rsa..tp bab bhgian lembik 2 sy pn suka mkan..mmg ambil yg tu dlu..bru2 ni ada tgok dalam lemang ada katak..eeeuuwwwekkkk..loya je sy tgok..agaknya mmg buluh lemang 2 diorg xcek ke?? bhya betol

18/8/13 22:28

@BUNDA a.k.a KNtulah bunda..dengar kes tu tak betul..huishhh bagi gempar je masa raya ni huhu...

18/8/13 22:29

@S.K.Abagi kak lea ok je rasanya masak lemang style moden,ni.owh katak pulak dah he3...

salam tn! nak beli katne dram tu? tq wasalam

8/9/13 01:10

@Hjh Hasnah bt Abdullah salam hajah...cuba hajah google.maaf ye saya pun tak pasti jual kat mana,sebab yang di kampung tu sedara suami yang beli,ntah mana dia beli he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...