27

Situ Jahat,Sini Jahat~Kita dah tak Selamat

22:30 |
 (1)

Baru tapau tomyam di luar
terkejut kawan husband kata,
baru je petang tadi kedai berdekatan kawasan rumah
 dirompak

Kalau korang pernah baca entri Kak Lea 
tentang 2 orang pekerja pompuan warga asing
yang dimaki hamun
macam hamba abdi
(pekerja tu dah diberhentikan)
alah....
yang tokeynya garang tak bertempat
Hah...kedai tokey tulah yang kena rompak tadi.

Yang rompak tu orang 'luar'
ARAB
2 orang

Terus Kak Lea terjerit manja
Eh,silap...terjerit sebab terkejut
Sebab...
semalam Kak Lea terserempak 2 orang Arab berjubah
berkopiah
berdiri di tepi simpang jalan berdekatan deretan kedai
sok sek sok sek

Memang tak pernah nampaklah muka diorang
Ingatkan diorang saja Jalan2 Cuti Malaysia
dan nak singgah solat di surau berdekatan

Rupa2nya penyangak
Merompak naik MPV pulak tu perghhhh....
Jumlah kerugian tak pasti
Kalaulah kita boleh nampak cop di dahi
polan tu perompak,polan tu peragut
polan tu pembunuh upahan
Memang senang kerja kita banteras penjenayah,kan


(2)

2,3 bulan sebelum puasa
Kawan husband Kak Lea terkejut mendapat
panggilan polis dari negeri di utara
Kawan ni buat bisnes sewa kereta di KLIA
Punyalah terkejut kereta sewanya
tersadai di balai sebab jadi bahan kes!

Apa kes?
Tak pasal2 lepas Subuh dia ajak husband
bergegas ke balai di sana
Rupanya penyewa kereta tu
dah buat kereta tu sebagai transport 
masuk ke kampung2

Depa buat apa?
Owh depa pujuk rayu makcik2 untuk cuci emas bagi bersinar
Padahal depa kikis emas tu
Pernah keluar kat suratkhabar kes ni

Buat bisnes kereta sewa pun susah
Kita bukannya tau yang menyewa tu
penjenayah ke..apa ke alahai

Sana sini dah tak selamat
Depan belakang kiri kanan 
ada je orang jahat.....









27 comments

27/8/13 22:35

Penyangak rupanya. Dah lama datang ke negara orang. Buat macam rumah sendiri pula.

27/8/13 22:38

ishhh macam-macam yang berlaku,... orang sekarang nie pon susah nak percayakan

27/8/13 23:04

@Tetamu Istimewaitulah cikgu,ramai orang luar buat duit kaw2 kat malaysia ni.yang jadi mangsa kitalah huhu...

27/8/13 23:05

@Aku Penghiburye acik,susah woo hidup zaman la ni.

27/8/13 23:22

dah xde keje lain nk buat agaknya ..

Bahaya skang nih, cakap lebih-lebih kang kena tembak plak ...

28/8/13 00:00

disebabkan seorang habis 1 negara disalah faktakan..

28/8/13 00:01

@Cik Ainhye ain...itulah pasal..datang buat hal je huhu..

28/8/13 00:01

@Hani Fadhlina Abdul Rahmanhuhu,kita pun takut wooo...

28/8/13 00:20

memang skrg tak selamat.. kadang2 dneo pegi 7e pun rasa takut... mesti abah ada jugak teman...

28/8/13 07:48

@syuk shusukehye syuk,kalau rakyat kita buat hal kat negara luar,automatik orang pun akan ingat rakyat malaysia macam tulah macam nilah.kerana nila setitik...kan huhu.

28/8/13 07:49

@denohye deno,wah baguslah abah teman,sekarang kita kena sentiasa berhati2.kita tak tahu niat jahat orang sekeliling huuh....

28/8/13 08:10

macam2 cara dah dorang buat untuk nak merompak ni kan..
hish, keja la..
tau nak amil duit org lain je..
ala, emosi lak pepagi ni..

28/8/13 08:18

macam orang veteran cakap, you have to pay for the price to get freedom. So, this is the price we have to pay. Kalau tak kena kat kita, its ok. Kalau kena...yeah...we have to pay for it.

28/8/13 10:07

tulah risau jugak....benci tau mcm ni!!! buat takut kua rumah wlpn Malaysia tanah airku!!

28/8/13 10:33

@ANNA MARIANAbetul tu sis anna,sebab diorang tak berduit orang lain jadi mangsa.benci betullah!!!

28/8/13 10:34

@Kenit Cinonetye betul tu sis,benda ni boleh berlaku kepada sapa2 je.kita kena sentiasa berhati2...semakin moden malaysia,semakin tak selamat pulak rasanya :(

28/8/13 10:35

@dear xilahuhu samalah kita..meh sep..sep he3...

28/8/13 11:11

erkk pndai pnjnayah dok kikir emas tu., kuang asam. mnyirap pulak chuu bace X(

28/8/13 17:10

makin ramai yg berani buat jahat skrg nie.. kita kne berhati2

28/8/13 18:46

Salam kak lea.. mak aih. Gans gile..
Saya tgh ade kat kuching ni.. bercuti sebelum masuk kerja.. huahia...
Tadi ade mat saleh kena ragut.. girl plak tu.. aish siandie.. calr balar badan die.. aish geeram plak saya.. memqlukan negara betul. Mesti lps ni die x nak dtg msia dah.. huaaaaa

28/8/13 22:08

@Chuu Muqhlistulah chuu....yang dipermainkan tu pulak makcik2 tua kat kampung.kesian diorang huuh...

28/8/13 22:09

@Hafiza AizZawabetul tu fiza...banyakkanlah berdoa agar kita sentiasa dilindungi Allah amin

28/8/13 22:10

@Gee GTGwaalaikumussalam gee.....perghh tu dia cuti2 malaysia namanya tu he3..

owh kesian minah salleh tu.yelah tak pasal2 buruk nama negara kita.

30/8/13 03:39

erkkk..bhaya2, org asing pn nk bt jenayah..melampau nmnya 2..sy igt lg psal tokey kedai 2..hm, agak2 ni blasan dia ke??

30/8/13 16:03

hehee.. kan senang kalau ada cop kat dahi tu.. haa! =)

kita hnya boleh berdoa agar dijauhkan dari perkara y x diingini.. masyaAllah..hanya DIA y tau apa akan berlaku.. :')

3/9/13 20:32

mcm2 cara diorg ni nak buat jahat kan.menakutkan skrang ni.mcm2 kes jenayah ada

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...