33

Tak semua mak suka anak lelakinya kawin lagi satu

22:15 |

Hah..tajuk panjang bebenor,kan...
Tengahari tadi Kak Lea sekeluarga 
pergi kenduri kahwin
Si pengantin lelaki,sepupu belah husband
Mak & abah mertua di Perak
 minta kami mewakili mereka di sini
Kat sana pun mereka tak henti2 pergi kenduri

Kredit : Google Image

Hari ni akhir cuti sekolah
masih ramai ambil kesempatan buat kenduri
Lepas makan2 tu,Kak Lea pergi ke satu khemah
borak ala kadar
dengan mak pengantin lelaki,
makcik husband Kak Lea

Tup..tup ntah macam mana 
makcik ni sempat lagi bersok..sek..
dengan beberapa orang sedara rombongan lelaki
Kak Lea dan husband dengar jelah

Kononnya
makcik ni tak setuju anaknya nak kahwin lagi satu
Alasan anaknya..bini pertama masih tak mengandung
walaupun dah 4 tahun kahwin

Bagi makcik ni,
4 tahun tu masih awal
Apatah lagi menantunya masih muda
Kalau terdesak sangat boleh cuba ambil anak angkat
atau buat jelah IVF
Anak lelakinya pun jenis berduit..apa salahnya

Makcik ni memang sporting
Tak pernah desak atau sindir2 menantu perempuannya
Baginya...rezeki semua daripada Allah
cepat atau lambat pasti ada
Kalau takde pun dia tak ralat
Sebab dia dikurniakan 9 orang anak lelaki yang dah berkahwin
dan semua dah ada anak
Buat masa ni dia dah ada 13 cucu bersusun paku
2 lagi menantu tengah pregnant

Makcik ni sayangkan menantu lamanya
Ringan tulang,berbudi bahasa,karier bagus
Sedihnya..semalam dia dapat tau
anak lelakinya akan menceraikan isteri pertamanya
sebab si isteri tak rela bermadu

Sambil bercerita makcik ni tiba2 mengalirkan airmata
Dia sendiri faham perasaan seorang wanita
Doanya agar menantunya akan bertemu jodoh
dengan lelaki lagi baik daripada anaknya


Ramadan Yang Hilang
di antara beribu-ribu drama melayu yang jalan ceritanya....
Mak lelaki suruh anaknya 'buka cawangan' lagi satu
sebab teringin nak cucu lelaki

Teringat kata2 sepupu perempuan yang rapat
dengan Kak Lea
Dia jadi takut nak berkahwin
Ramai mak mertua ingat menantunya kilang baby
Kalau setahun tak 'melekat'
dah disindir bagai nak rak
Lagi haru disuruh laki kita kawin satu lagi

Kalau dah dapat lahirkan cucu untuknya
Kebetulan pulak semuanya girl
Tiba2 nak pulak merasa cucu lelaki
Sabor jelah.....ye







33 comments

18/8/13 22:43

Mmg agak tak adil...hurmmm..nak komen lebih pun tak berani. Tapi rasanya ramai je mak tak suka anak buat perangai mcm tu..cumanya...tak larat nak halang.

18/8/13 22:56

@Chothye chot...itulah kan..bahagian masing3 huhu...

19/8/13 00:07

Org kata. Ni org kata la. Bahagia dtg dr diri sendiri.. Tp kita sebaliknya suka salahkan takdir. (my sis kne cerai bila dia xmmpu mgndung normal.kne gna ivf. Serius sy xphm knpe jenis ni xnk susah2 bersma) huhu

19/8/13 02:23

itulah kak, abang saye pon dah kawin setahun... tak dapat anak lagi.. dah banyak ,mulut berbunyi .. paling pedas (mandullah tu )

19/8/13 02:31

kadang2 rezeki kak. kena tau jugak motif mula2 :)

19/8/13 08:32

baiknya makcik tu
tak semua mak mentua jahat mcm dlm citer ibu mertuaku tu
so far mentua sy adalah yg terbaik
hehe,syukur.sy harap nnti sy adalah ibu mertua terbaik utk menantu2 sy nanti..hehe awal berangan

19/8/13 08:35

Assalamualaikum.

Semalam pun, saya baca keluhan seorg blogger..dia baru setahun berkahwin..belum ada rezeki menimang cahaya mata..tapi org skeliling punya mulut..

Saya baca pun, saya jadi takut plak,ekekeke.

Memang nasib seorang wanita ke kak lea? Bila ak tak kahwin, org duk tnya bila? Dah kahwin, takda anak lagi? Dah ada anak, taknak tmbh lgi? Yg tak kahwin2, memilih sgt agaknya?

Perghh, semua soalan pedas2 (-_-)

19/8/13 10:04

baiknya hati mak mertua macam tu, kan?Anak2 lelaki ni pun dah dapat lesen besar, mak ayah setuju atau tidak pun tak kisah, kalau nak nikah dia on aja. Teraniya dan terseksa kitalah...pompuan.
*** Kalau dalam drama tu mmg mengada2 sngat, nauzubillah...

19/8/13 11:16

dis is a very sensitive issue to be discussed.
tapi...hati perempuan ni memang lah lembut. tak kira apa position pun, kalau yang tetap dan kukuh pendirian agama, selagi bertepatan dgn syarak...redha.
honestly...part ni...memang la payah!

19/8/13 12:17

Andai itu takdirnya...perlukan kerelaan dan redhanya...kerana setiap apa yang berlaku itu pasti akan di gantikan yang lebih baik....

Tu lah kak lea...tak de anak mulalah orang nak mengata...macam2 ragam manusia nie...hidup penuh dengan umpatan dan hasad dengki...

19/8/13 14:11

@Chothye chot..apa2 pun kita sebagai manusia kena selalu mohon yang terbaik.semuanya kuasa Allah.semoga one day kakak chot temui kebahagiaan in sha Allah amin ^^

19/8/13 14:12

@Aku Penghiburhye acik,sama2 kita doakan abang dan kakak ipar dimurahkan rezeki dan dikurniakan zuriat.cepat atau lambat semua urusan Allah.mulut orang biasalah kan huhu....meh kita stapler mulut depa he3..

19/8/13 14:14

@syuk shusukehye syuk...hurm..anak lelaki makcik tu buat peel..wife pertama dia ok je.siap ambil supplement,buat macam2 urutan dll supaya cepat mengandung huhu...dah jodoh mereka sampai situ je,kan...

19/8/13 14:16

@Irfahye sis irfa..betul tu.dalam drama tv biasalah,kan.owh tahniah tau.samalah kita syukur sangat mak mertua sporting..ting..ting..

wah..bagus impian tu.takpe2..kita kena jadi mak mertua yang baik,memahami dan tak mendesak,kan(perghhh anak kecil lagi kita dah berangan kan he3...)

19/8/13 14:27

@Tinta Lanawaalaikumussalam....lana

owh semoga dia cepat dikurniakan zuriat..amin.

lana jangan takut kawin tau,he3..setiap manusia takkan henti2 diuji sebab Allah sayangkan hamba-Nya :)

19/8/13 14:29

@fouziekadang2 mungkin ada jugak salah si isteri yang kita tak tahu,kan huhu...suami kenalah kuat masa ni...kalau betul isteri memang tak boleh lahirkan zuriat,barulah fikir untuk kawin lain huhu..

19/8/13 14:30

@RedRosehye sis...itulah,kadang2 dapat mak mertua ok,anak lelakinya pulak buat hal huhu..

19/8/13 14:31

@Nao Meihye cik akak..setujulah :)

hurm...kita sebagai pompuan memang kena kuat mental dan emosi bila melangkah ke alam perkahwinan.ujian datang pelbagai cara :)

19/8/13 16:35

Kawan saya kahwin sembilan tahun baru dapat anak, sekali dapat anak, kembar dua terus. yang penting, kena sabar...

19/8/13 18:25

hmm pulak dh..xptt mcm 2..sy pn xsggup bt cmtu..hrap Allah tguhkn hti dn iman sy, kalau boleh..nk sorg isteri n kekal je dgn dia smpai bila2..bialh dia xmgndung pn..tp skrg2nya cuba..

Dunia sekarang...Macam-macam...
Alhamdulillah...ada juga mertua benar2 ikhlas dan baik...semoga menantu lamanya bertemu jodoh dan bahagia ke akhir hayat...

Sabar je lah...

Lawat sini Lea...

Ning Baizura kahwin 5 tahun baru dapat anak relax jerr...
hehehe

19/8/13 23:32

kannnn...sedih betul tgk citer nih..rasa mcm nk marah pengarah jer..seolah-olah mengambarkan semua mak mentua nak menantu2 beranak pewaris ja..soal anak nih kerja tuhan..igt senang ker nak pikul amanah allah nih...
dah tu, baik betul mak mentua sepupu kak lea ek..terharu plak rasa.orang laki2 nih kalau betul2 beriman, diorg pikir masak2 nak tambah cawangan ke tak coz kt akhirat nnti, allah akan tnya semua nih..jgn igt nak kawen ikut sunnah nabi jer, tanggungjawab didik isteri dan anak pun perlu ikut sunah nabi tauuu...mak aiii..terkomen panjang la pulokkkk... :P

20/8/13 11:51

@Aujinzwah alhamdulillah...tulah cepat atau lambat tu semua kuasa Allah,kan ^^

20/8/13 11:53

@S.K.Awah so sweet he3....doa kak lea kalau fais dan tunang dah kahwin,dikurniakan cepat zuriat amin :)

barulah kena dengan kata2 orang tua....susah senang bersama ngeeee...

20/8/13 11:59

@Norhazlina Mohd. Zakihye sis...tqvm komen tau...yelah kan semoga dia bertemu jodoh lebih baik amin....

20/8/13 12:02

@Norhazlina Mohd. Zakihahahahaha betul2...tu ct nurhaliza dan lisa surihani pun relaks je huhu...

20/8/13 12:03

@syu_hadahye sis...hah tu dia...pabila wanita berkata-kata,kan he3...give me 5 yehaaa!!!

20/8/13 15:27

kesian nasib sesetengah perempuan kan kak lea..

Isu yang sangat sensitive ... Sebaik nyer diusahakan pelbagai cara terlebih dahulu ... Jangan letak usaha tu di pihak pompuan jer sedang kan lelaki itu ketua keluarga ... Kaum keluarga dan masyarakat jangan lah main lepas cakap jer ... Lebih baik doa kan yang baik2 utk pasangan ...

hmmm berat nak komen ni....apa2 pun patutnya elaklah dari nak bercerai...tapi kalau dah tak boleh nak elak tu nak wat camne kan...

28/8/13 11:09

bagus ada emak mcm tu..dia phm hati seorang wanita

mmg seriau kalau setahun kawen x preggy. org mengata
padahal itu semua urusan ALLAH

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...