26

Telur takde tempat dah di kenduri kahwin?

16:04 |

Hari Raya tahun ni
Maraton kenduri kahwin tak terkira
Tu tak campur lagi kenduri cukur jambul

Masa kat Perak baru2 ni
mak & abah mertua sampai lenguh kaki
Bermula Raya ke-2
kenduri tak terkira
Tak pergi nanti sedara-mara kecil hati
Janji datang je untuk tunjuk muka
Diorang pun dah tak larat berjalan sangat


Hari ni Kak Lea banyak jemputan kawin
Tapi tak larat nak pergi semua
Pergi yang paling dekat jelah
Ni kenduri anak lelaki,mak angkat husband Kak Lea
kenduri ni belah pihak orang perempuan
Orang Selama,Perak vs Sepang,Selangor
Ni on the way nak ke pekan Sepang
Banyak betul kereta sebenarnya
Ramai dah mula balik dari kampung


Tema Merah + Putih
Ni nak cerita...
Masa maraton 5 kenduri kahwin kat Perak hari yang sama 
pada minggu lepas,

Kenduri 1 ~ anak Kak Lea pulun makan sungguh-sungguh
Kenduri 2 ~ minum air je
Kenduri 3 ~ makan buah & minum air
Kenduri 4 ~ makan kerepek & minum air
Kenduri 5 ~ perut tak boleh sumbat,dah kembung,nak terberak je....

 Untuk budak2

Dapat 6 goodies macam ni
Perasan tak telur tarakkkkkkk
Bekas berbentuk telur tu je yang ada
Semakin ramai tuan rumah beri macam kat atas ni,
ada juga beri kerepek (kadang2 sayang sebab lemau huhu)


Hah nasib baik Kak Lea dah kemas stor
senang nak geledah 'harta karun'
Meh nak cerita...

 Tengkolok inilah khas untuk para tetamu
masa Kak Lea kawin dulu
Tempah di SSF,KL
Kosnya tak ingat dah he3..

  Mula2 Kak Lea tak mau bagi telur2
tak bestlah,tak musimlah
Tapi keluarga termasuk atok,uncle & auntie 
suruh jugak bagi telur untuk tetamu
Katanya itu sebagai tanda kesuburan,kebahagiaan
Mana tau berkat doa tetamu
cepat 'melekat'

Hah.....tup2 subur sungguh
Bunting pelamin
Dapat kembar boy + girl
Rezeki kurniaan Allah SWT


Ni jelah koleksi yang sempat Kak Lea simpan
sebagai kenangan
Untuk budak2 Kak Lea beri sekotak gula2
Bunga telur sabun pulak sebagai bunga pahar
Sapa yang menepung tawar termasuk
 sedara-mara & sahabat handai
tak sabar2 nakkan bunga telur sabun
Wangiiii sungguh pelamin masa tu
Syukur ramai suka.....


Agaknya zaman anak2 Kak Lea kawin,kan
ntah apa pulak idea diorang untuk goodies
Kak Lea nak pastikan mesti ada sebiji telur rebus
dan juga buku yasin dalam goodies tu ^^



26 comments

17/8/13 16:30

hehe... masa akk khwin dulu bagi bunga telur =) pastu ada manisan sikit =)

yaasin bagi masa khatam quran sblm mjlis khwn berlangsung... =)

17/8/13 16:49

Haah...dah jrg jmpa telur...renyah agaknya....chantek tengkolok tu.....xpernah lg rietta tgk....twins lelaki perempuan adalah idaman rietta....

17/8/13 19:40

ade member saya bagi rempah ratus dalam botol.. pon cara gak.. tapi saya prefer telur... nasib baik masa kenduri sepupu itu hari ada telur.. better... telur pindang.. jyeahhhh!!!

tu la kan kak lea..anis pun dok tengok2 jgk psl ni..rasanya kena start balik tradisi lama kenduri kawen yg lebih jimat & confirm2 akan dihargai; telur rebus utk tetamu :)

17/8/13 20:05

eh eh nti klu kawin nk sertakn yaasin jugak lah kak lea :D

17/8/13 21:30

@AiSyA LiEzAwah best jugak tu.nanti masa AL kawin pulak,macam mana ye he3 ^^

17/8/13 21:32

@HeNRieTTa JoSein sha Allah kak lea doakan one day sis rietta dikurniakan zuriat kembar ye amin :)

17/8/13 21:37

@Aujinzowh yelah rempah ratus pun bagus..good idea.takdelah tetamu buang,boleh masak guna tu semua..

hehehehe telur pindang memang fav orang johor ^^

17/8/13 21:38

@Miss AnisSensuoushye sis...betul tu.telur rebus tu sekurang2 nya boleh dimakan,cecah kicap n letak lada sulah perghhh

17/8/13 21:39

@Chuu Muqhliswah bagus tu chuu..bila tu he3...

18/8/13 00:11

salam sahabat,
zaman dah berubah. Seingat saya dah lama saya tak tgk org bagi telur untuk tetamu yang datang. malas nk merebus telur agaknya.

tapi kalau nak buat kelainan buleh la bagi buah tembikai sebiji sorg...he3 (gurau je)

18/8/13 02:21

comel la tgkolok 2 =) he3..terkenang balik ke time menikah dulu2 kak?? kenduri ke5 tu best..heeee tergelak sy bca bab subur 2..kah3 XD..lpas ni kembar pula..inshaaAllah =)

18/8/13 03:58

chot xpernah dgr pulak kaitan goodies telur dgn kesuburan..ek..mcm tu..senang la. Nanti Tak payah pening2... letak je telur. Telur kenduri sedap mkn dgn kicap..hehe

18/8/13 21:22

tu lah kak lea...zaman sekarang memang jarang ada...bagi yang lain je..huhu...

18/8/13 22:30

@abuikhwanwaalaikumussalam :)

hahaha tembikai pulak dah he3....

18/8/13 22:34

@S.K.Asaja share untuk korang memori lama he3(dah otai giler kak lea ni huwaaaaa)

wink..wink..tunggu fais pulak kawin, nanti buat goodies apa ye he3..

18/8/13 22:35

@Chothye chot..betul..betul..cecah kicap sedap wooo....

18/8/13 22:35

@Nao Meihye cik akak...hurm itulah pasai he3..

19/8/13 08:33

telur biasa pun susah nak jumpa inikan pula telur pindang ;)

19/8/13 08:43

Salam.

Aah kak lea..sekarang jarang dah org bagi telur,apatah lagi bunga telur.

Saya ingat lagi, mak sya gila kumpul bunga telur tu, dah mcm2 wrna, mcm2 fesyen..

Kat kampung2, boleh dpt lagi.. tapi dah duk bandar ni, goodies memang mcm2 jenis ada..tpi salunya benda2 tu sng cari..cth mcm air kotak..hehe.

19/8/13 14:34

@Irfatelur pindang...kena gi kenduri kat johorlah jawabnya kan..kan..he3..

19/8/13 14:36

@Tinta Lanawaalaikumussalam lana...

owh mak mertua kak lea pun suka kumpul.tapi la ni tak dah,sebab buat berhabuk almari je he3...

yelah macam2 dijadikan goodies,lagipun best jugak tertanya2 apa dalam beg tu he3..

20/8/13 00:03

telur dah mahal kot skrg.. XDD. mcm abang sy ritu kahwin, goodies utk rombongan lelaki, kami bagi bunga telur (masin)

kira merasa juga geng rombongan makan telur kahwin wlupun masin & bukan dipihak pegantin perempuan.. hehehehehe. telur masin mg febret.

20/8/13 12:08

@BiskOtwah smart giler bagi telur masin...tak pernah lagi jumpa

tetamu pulak,balik rumah boleh masak bubur nasi berlauk,sempoi makan dengan telur masin he3...

20/8/13 15:53

skrg kenduri kawen jarang dh nk bg bunga telur.

nasib baik kenduri kwn ada juga..hehe

Amboii ... Awal nyer planning ... Hehehe ...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...