22

Asma' 89 ~ Al-Mughni

09:07 |


MAHA MEMBERI KEKAYAAN
 

Al-Mughni,tidak bergantung kepada sesuatu sebaliknya memberi kekayaan.Allah SWT memberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Bagi seorang muslim yang sejati,iaitu seorang mukmin,dia mengkehendaki kekayaan iman lebih dari kekayaan harta.Dikurniakan harta dalam keadaan Allah SWT gembira dengan kita adalah lebih baik dari mendapat harta tetapi berada dalam kemurkaan Allah.

1--> Mendapat pekerjaan
Orang yang sedang mencari pekerjaan tetapi menghadapi kesukaran hendaklah melakukan ini:

a) Baca selawat 11 kali
b) Baca Ya Mughni 1111 kali selepas solat Isyak
c) Baca selawat 11 kali

Dengan rahmat & kurnia Allah SWT segala kerisauan & kesukaran akan tamat.Anda akan mendapat pekerjaan yang sesuai dengan keperluan anda,insya Allah.

2--> Hajat dikabulkan
Kerjakan 2 rakaat solat sunat & baca 1100 kali Ya Mughni & baca surah Al-Fatihah,insya Allah doa anda akan diperkenankan.

3--> Menjadi kaya/mencukupi
Baca Ya Mughni 1000 kali sehari,insya Allah anda akan menjadi kaya.Boleh juga dibaca 10 kali untuk 10 Jumaat.

4--> Ketika berjimak
Baca Ya Mughni sebelum berjimak & isteri anda akan membalas rangsangan anda serta menjadi sangat sayang kepada anda (hanya untuk pasangan yang berkahwin secara sah!)




Salam Jumaat semua.Sekejap saja bulan Syawal sampai ke penghujungnya.Alhamdulillah...ahlan wa sahlan ya Zulkaedah.Zikir kali ini ialah Al-Mughni.Sejak kali pertama dapat buku zikir pemberian bonda tersayang,sehinggalah sekarang tak putus2 Kak Lea amalkan nama Allah yang ke-89.

Bila mendengar officemate dan kawan ingin mencari pekerjaan yang lebih baik,selalu Kak Lea kongsikan zikir ini.Kak Lea sendiri tak jemu-jemu berzikir agar dipermudahkan segala urusan.

Kehidupan di zaman moden yang terlalu menuntut pengorbanan dari segi kewangan,zikir ini pasti menjadi penguat jiwa Kak Lea bersama suami.Subhanallah,alhamdulillah Allah selalu memberi rezeki kepada kami sekeluarga.Rezeki yang tidak disangka-sangka.Lain ditunggu dan dipinta,lebih baik pula yang diberi oleh-Nya.

Semoga zikir kali ini bersama juga zikir2 sebelum ini,dapat membantu semua kawan yang singgah di sini.Selamat berzikir ya,assalamualaikum.


22 comments

6/9/13 09:20

thanks kak lea.. dah print n tampal kt dinding opis da. hehe.. insyaAllah nk amalkan selalu. thanks for sharing!

6/9/13 09:21

tq sis utk perkongsian ;)

6/9/13 09:29

nice sharing..boleh amalkan nie...banyak manfaat darinya rupanya yerk..

6/9/13 09:46

subhanallah! info yg sgt berguna, thanks kak lea :) di atas perkongsian ini. InsyaAllah kenit akan pratikkan bersama suami pula.

6/9/13 09:49

sangat berguna ni. Nice info kak lea.. kita dah bookmark :) Tenkiuuuuuuuuu

6/9/13 09:53

@atiera hye atiera...alhamdulillah..wah ye ke he3..selamat berzikir dan jangan lupa kongsi zikir dengan kawan2 ye :)

6/9/13 09:54

@Irfa hye sis irfa...alhamdulillah

p/s-->ok dah save no tu..nanti kak lea roger ye,tqvm :)

6/9/13 09:55

@Kisah Si Dairy hye sis...betul tu.selain berdoa,berzikir pun turut membantu kita atasi pelbagai kesulitan hidup :)

6/9/13 09:57

@Kenit Cinonethye sis...alhamdulillah,sama2.jom kita semua berzikir :)

6/9/13 09:58

@Izzah Azizah hye izzah...wah lupa nak cakap dari hari tu.comel je profile picture izzah ni he3...

terima kasih dah bookmark.selamat berzikir dan beramal :)

terima kasih kak Lea atas perkongsian yang amat menarik, Insyaallah... mama akan amalkan..

6/9/13 11:23

@Norhasniza Khalid sama2 dear..alhamdulillah :)

6/9/13 11:43

makseh kak lea sayang...perkongsian yang memberi ilmu untuk kita semua...:)

6/9/13 11:57

@Nao Mei hye cik akak yang comel...alhamdulillah...yang bagus kita kongsikan untuk semua :)

6/9/13 12:05

alhamdulilah thanks sharing :)

6/9/13 12:18

Waalaikumussalam =) alhamdulillah..perkongsian yg bermanfaat kak, hrap Allah murahkn rezeki kita semua..

6/9/13 23:53

@Aku Penghibur sama2 acik ^^

6/9/13 23:53

@S.K.A amin..amin..amin :)

Terima kasih Lea...perkongsian terbaikk...

x0x0 ^_^

7/9/13 22:06

Terima kasih perkongsian ini Kak Lea. Moga sama-sama kita memperoleh rezeki dari-Nya.

8/9/13 01:04

@Norhazlina Mohd. Zaki alhamdulillah sama2 kita berzikir ye :)

8/9/13 01:05

@Tetamu Istimewa sama2 cikgu alhamdulillah...amin

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...