18

Celoteh makcik ~ Jaga LIDAH!!!

22:41 |

Kak Lea baru je balik kenduri ,
anak jiran nikah malam ni
Pagi tadi masa sesi merewang...
sambil tangan laju kupas bawang,potong sayur dll
telinga ni tadah jelah dengar
 jiran berpangkat kakak2 dan makcik2 
bersembang
(*Ye Kak Lea paling muda huhu)


-Bukan foto sebenar-

Korang macam tak tau
orang pompuan kalau dah berkumpul 
boleh sembang dari satu topik ke satu topik

Dah namanya mak budak,
elok je sorang tu buka topik pampers
apa yang sesuai untuk anaknya,
semua dok pakat cerita pampers pelbagai brand
Eh..eh cerita pulak tentang susu tepung
Dari satu ke satu topik 
tiba2 bergosiplah pulak oiiii!

Biasalah dalam ramai2 tu
mesti ada yang kecoh
Ntah macam mana ada sorang kakak tu 
bergosip tentang artis
Owh bukan tentang pelakon lelaki yang tunjuk tu..tu kat isteri orang 
bukan..bukan...
Tapi tentang selebriti yang baru je berpisah melalui SMS 
Kontroversi betul kisah mereka

Masa ni ramailah jiran2 yang dok menyampuk bagi pendapat
Tapi tiba2 ada sorang makcik mencelah
Masih terngiang-ngiang di telinga Kak Lea kata2 makcik tu...

"Makcik ni dah lama kawin,dah bercucu pun.Makcik sedih tengok orang muda2 zaman ni.Macam takda iman,dah.Gaduh sikit je dah lafaz cerai.Asal ada benda tak kena je,pukul bantai tak malu dah anak tengok.Lepas tu bila femes internet2 ni (makcik tu nak sebut FB,kot), gaduh je nak taip...nak bagi satu Malaysia tahu,ke?Dulu masa nak kahwin tak sempat2,lari kawin jauh2.Lepas tu dah tak suka,cerai guna SMS je.Kot ye pun pasangan tu dah aibkan hubungan rumahtangga,dulu ambil secara elok,lepaskanlah molek2."

Masa ni jiran2 pulak menyampuk bagi pendapat.
Kalau wartawan Melodi dengar nangis diorang.
Terer lagi kot jiran2 Kak Lea he2..

Makcik tu mencelah lagi..tapi apa yang dikatakannya memang betul.

"Ye betul,kita takda di tempat mereka.Tak tau apa yang berlaku.Tapi kalau korang semua ikut pesan orang2 tua,insya Allah."

"APA DIA MAKCIK?"

Jagalah LIDAH!!!Dah namanya berkahwin,mesti ada je dugaan.Suka ke tak,marah ke tak,sayang ke tak kita kepada pasangan,jangan aibkan dia!Kalau kita sentiasa ingat,setiap apa yang kita cakap je akan dicatat malaikat,kita nak buka mulut pun tak berani.Apatah lagi kalau mengaibkan pasangan yang pernah kita sayang."




18 comments

7/9/13 22:54

dalam gossip2 pon tetap ade nasihat :)

7/9/13 23:09

ada masa nanti singgah la ke blog ayu yer..ayu ada buat segmen..

http://www.ayuinsyirah.my/2013/09/segmen-ayu-upsr-oh-upsr.html

7/9/13 23:54

@luqman zakaria hye luqman.ha'ah tapi best dengar makcik tu cakap he3..

7/9/13 23:54

@AyuInsYiraH hye ayu in shaa Allah ye,tqvm singgah :)

gosip kategori nasihat nih...
sis plak dok pasang telinga eyh
hehe
gurau je

8/9/13 00:52

makcik yang pandai mencuri ruang..:)

8/9/13 01:01

@.::: Princess MOMOY :::. hahahaha sis,gosip pun ada kategori ngeeee...

owh itulah tak pasal2 telinga comel ni terpaksa tadah je dengar segala cerita.dah tu duduk berkumpul kat situ..mana mau lari he3..

8/9/13 01:02

@Ummu Amar hye ummu..ha'ah betul tu.ada nasihat di situ,gituhe3..

8/9/13 01:22

kalau bg nasihat ok jugak kak lea yg tak tahan kalau mengumpat tu. huhu

8/9/13 01:47

@Amanina Mads hye sis nina,owh hahaha tu memang 'standard' kalau orang pompuan dah berkumpul huhu...

8/9/13 16:30

betul tu kak lea.. klu kat kampung fiza.. klu dah mule berkumpul.. mmg gosip jelah.. hehehe..
#kak lea kan supermama yang mude..

suka dengar mak cik2 celoteh. sedap tapi pedas..

Entri Terbaru : Semua Besar Dengan Samsung Galaxy Mega 6.3

8/9/13 21:05

@syaafi sushi hye fiza..ha'ah kan rewang di mana2 pun sama,dah duduk berkumpul ada jelah gosipnya

owh he3..meh kak lea belanja ice-cream meh he3...

8/9/13 21:05

@Marou Apple Hijau betul tu..dalam menyindir ada nasihat,kan :)

9/9/13 09:04

terbaiklah makcik tu
pesanan org tua banyak betulnya

9/9/13 11:33

@Irfaha'ah suka dengar orang2 tua celoteh masa berkumpul ramai2 :)

9/9/13 21:27

betol 2 kak =) terbaik la makcik 2..nasihat yg berguna..kena pggil dia jd wrtawan melodi he3

9/9/13 22:16

@S.K.A tulah kalau dia jadi wartawan melodi,menangis kiah propa he3..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...