34

Filem Psiko : Pencuri Hati vs Novel Ramlee Awang Murshid

21:54 |


Sapa dah tengok?



Sinopsis 

Psiko Pencuri Hati mengisahkan tentang seorang penulis novel bernama O.Sidi (Bront Palarae) yang menggemari subjek thriller dalam setiap karyanya.Akibat terlampau obses, jiwanya menjadi kacau dan dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaru berjudul ‘Mangsa’.

Dalam pada Sidi menyiapkan novel tersebut, secara kebetulan ibu kota digemparkan dengan insiden pembunuhan bersiri yang sangat kejam di mana pembunuh tersebut merobek dan mengambil hati setiap mangsa.Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Sidi mengambil kesempatan mengkaji kes pembunuhan tersebut dengan lebih mendalam untuk memuatkan kisah benar di dalam bab terakhir novel Mangsa.

Namun begitu, Sidi yang turut menghidap penyakit Obsessive Compulsion Disorder (OCD) semakin dihantui oleh ketakutannya sendiri sehingga mengubahnya menjadi seorang yang psiko.Disebabkan tekanan yang melampau, rakan Sidi, Man (Amerul Affendi) telah mengajaknya bercuti ke sebuah pulau untuk mencari ilham dan menenangkan fikiran.


Takdir pula menemukan Sidi dengan sepasang suami isteri, Dr Khai (Syed Hussein) dan Wani (Sharifah Amani) yang sedang mengalami pergolakan rumah tangga.Tanpa disangka, hubungan Sidi dan Wani menjadi rapat apabila Wani mendapat tahu bahawa Sidi adalah penulis novel thriller kegemarannya.

Suami mana yang tidak cemburu melihat isteri sendiri menjauhkan diri darinya namun mendekati lelaki lain? Disebabkan itu, Dr. Khai telah menyimpan dendam dan bertindak memarahi Wani.Tidak berapa lama selepas itu, kesemua mereka dikejutkan dengan berita kematian isteri pemilik resort tempat mereka menginap. Dr. Khai yang menyimpan dendam terhadap Sidi telah menuduh penulis novel tersebut membunuh Siti dan entah mengapa Sidi tidak mampu menafikannya.

Nam Ron,pengarah filem mengakui karya pertamanya ini bersifat peribadi dan 60 peratus daripada jalan cerita dalam filem ini kena mengena dengan dirinya sebelum ini.“Sejujurnya saya tidak menjadikan mana-mana filem sebagai rujukan, sebaliknya garapan filem ini adalah daripada pengalaman saya sendiri.Ini kerana sebelum ini, saya pernah terfikir untuk terjun bangunan, melintas jalan dan membiarkan diri dilanggar kenderaan berat. Tetapi seorang rakan telah menasihati saya agar menzahirkan kesakitan dan pengalaman saya dalam bentuk karya. Maka inilah hasilnya," ujarnya.

Wow...macam best jugak!
Dah ramai juga blogger buat review filem,ni.
Kak Lea je belum sempat tengok 
Jom sama2 sokong filem tempatan


Baca ni pulak
Bagi korang yang dah pernah baca 
ketiga-tiga novel RAM di bawah,ni
perasan tak ada sikit2 persamaan jalan cerita dengan filem di atas
Kebetulan je kot
Maklumlah selagi kita bergelar manusia,
pusing sana pusing sini
idea kita sama sahaja

AKU BERCERITA 



SINOPSIS :

"SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer's block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?"


FIKSYEN 302


SINOPSIS

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.

Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!

 RAYYAN FANTASI


SINOPSIS

RAHSIA susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya, Ibrahim. Justeru... dia memiliki sebuah keluarga yang bahagia. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Doktor meramalkan Aiddin hanya mampu hidup dalam tempoh yang sangat singkat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.

Aiddin yang berduka cita ditenteramkan oleh tunangnya, Feena yang berjanji akan setia pada ikatan cinta mereka. Impian terakhir sebelum kematian meragut kehidupannya adalah untuk mendaki Gunung Kinabalu. Impian itu terlaksana, tetapi Aiddin hilang di kawasan hutan pergunungan. Selepas lima tahun berlalu, Aiddin muncul semula di kawasan tersebut. Sejak itu, beberapa siri pembunuhan ngeri berlaku. Manakala Aiddin sendiri sering mendengar bisikan suara perempuan.



Agaknya bilalah nak terbuka hati
Ramlee Awang Murshid terjemahkan karyanya
menjadi filem?
Peminat novelis thriller NO.1 Malaysia ni ramai!


Kredit --> Semua sinopsis di atas

34 comments

10/9/13 22:00

suka baca penulisan entri kak...bagi la tips ckit...hehehe

10/9/13 22:12

@kacang buncis hye sue..tqvm dear.alah kak lea pun kadang2 merapu jugak tulis entri he3..

owh kena banyak lihat + dengar + jalan2 + baca = jadilah ENTRI ngeee :)

10/9/13 22:36

belum tgk lagi tapi agak menariklah bc sinopsis citer Psiko Pencuri hati tuh..

10/9/13 22:37

Mungkin itu satu kebetulan.. tapi novel RAM memang ohsem.. ;)

10/9/13 22:58

@luqman zakaria hye luqman,itulah.kak lea belum sempat lagi tengok huhu.sinopsis menarik.

10/9/13 22:59

@aizamia3 hye sis,yelah,kan.itulah kak lea pun suka karya RAM he3..

11/9/13 07:52

citer psiko pencuri hati tu mcm best je kan kak..tp jgn plak nnt p tgk indah khabar dari rupa..tp novel Ramlee Awg murshid mmg best..ada thriiler ada cintun jugakk..kikiki..
~~sy tak suka novel cinta~~

11/9/13 07:59

alamak, dua2 pun kenit lum tengok dan baca. Tapi, baca sinopsis yg sis tulis pun dah boleh bayangkan jalan cerita tu camner :)

11/9/13 09:03

kalau RAM buat filem, sy no 1 nk g tgk. best sangat novel RAM ni. hehe

11/9/13 14:42

Assalamualaikum.

Kak lea..macam best jugak sinopsis akak psl filem psiko ni..hehe..aah, ada persamaan mcm novel ram tajuk aku bercerita.

Ada mcm slh satu novel fixi pun ada..tajuknya ngeri. hehehe

Kalau novel RAM nak diterjemahkn kedalam filem..saya hrp penterjemahnya KRU production la..hehe, saya rasa diorg boleh buat. Especially, utk novel ram yg bersiri, mcm sunan dgn tombiruo tu,hehe

11/9/13 17:20

jujur kan sy xsuka dan xphm dgn karya RAM!! lebih2 lagi yg cerita fantasy sang puteri amenda ntahh smpai baca balik dr mula ke blkg 23juta kali pon msh tak paham dan tak boleh terima...jgn mara aaa peminat RAM.... ;P

11/9/13 17:45

terasa minat pula sy dgn novel RAM ni =) walaupn xpnh nk khtam 1 novel pn..bab2 seram mmg best..movie akak review kt atas 2 menarik la..xsgka pulak dr pglaman sndri..

11/9/13 19:42

tajuk je dah gempak
tringin nak tengok citer psiko pencuri tu

11/9/13 21:14

RAM ini memang penulis kegemaran acik ..kalau dia buat movie tak akan ku lepaskan untuk melihatnya

teringin gak nak tgk movie ni mcm best

12/9/13 15:56

ramlee awang murshid the best!!!
belum pernah miss novel dia..

12/9/13 21:43

ramlee awang murshid pandai karang cerita macam novel penjara tu :D
ada 1 novel seksyen 302 kat rumah :)

12/9/13 22:47

suka RAM.. novel dia lain je =) cm best+seram je movie tu..ohoh! kalau RAM nak moviekan novel dia..buat cite bagaikan puteri..mesti bestt!! ohooo

13/9/13 02:25

@tomato oren hye TO,samalah kita.tak suka dah layan novel cinta.jiwang meleret2 he3...novel RAM memang best.cinta pun ada tapi gabung dengan thriller :)

13/9/13 02:26

@Kenit Cinonet hye sis...takpe nanti dah free bolehlah try beli novel RAM.filem tu pun masih baru lagi kat wayang...

13/9/13 02:27

@Cik Asma BLuppy betul2...mesti full house he3..

13/9/13 02:30

@Tinta Lana waalaikumussalam lana.wah rindulah,lamanya menyepi he3..

ye kak lea pun setuju kalau KRU yang arahkan.tengok trailer vikingdom, best betul!!!

13/9/13 02:32

@dear xila hahahaha ok komen xila ni buat kak lea gelak tau..ngeeee :)

macam kawan kak lea,lah.dia kata tak pernah baca novel yang buat dia pening kepala,berkerut kening dan stress he3...hanya novel ram je...

13/9/13 02:34

@S.K.A owh rugi tu fais tak baca.kak lea ni baru nak kumpul semua novel,ta[i tak minat bersiri nanti pening he3..

owh review tu dari blog hiburan,ada jugak dari artikel suratkhabar he3..

13/9/13 02:34

@Yumida Huda itulah sis..meh pakat serbu panggung :)

13/9/13 02:35

@Aku Penghibur samalah kita semua.wah acik pun minat novel ram :)

13/9/13 02:35

@AyuArjuna BiGoshh tengok jangan tak tengok tau :)

13/9/13 02:36

@syue wana wah biar betul!peminat tegar ni tahniah he3..

13/9/13 02:37

@syuk shusuke owh kak lea fiksyen 302 tu 1st novel jadi koleksi.teruja sebab masa tu ally iskandar promote kat mhi :)

13/9/13 02:38

@AiSyA LiEzA wah AL pun peminat ram!wah ramai geng kita,ni.owh ramai betul suka bagaikan puteri.RAM kena jugak buat filem he3..

13/9/13 18:47

@||aLeaSaRa||

Maaf kak..hehe.. saya siapkan tempahan sbnrnya..pastu, tulis entry kat blog satu lagi.. tu yg sepi kejap..harap2 kejap la,hehehe :)

15/9/13 10:44

Belum tengok lagi filem ni.

Oh ya ke. Saya tak baca lagi ketiga-tiga novel ni.

Rasanya dah sampai masanya pengarah filem di Malaysia adaptasi novel RAM ni. Asyik novel cinta je.

17/9/13 23:20

tak sempat lg nk baca kak lea.. slow2 jelah.

8/11/13 19:37

aku bercerita xbaca lagi, 2 lagi tu dah baca best2 tapi orang yg best2 jer suke baca cuz memang feel lain ckit and agak bosan tuk org yg tak suke baca novel bukan pasal cinta hehehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...