28

Kan dah kena 'Sound'!!!

08:33 |

Assalamualaikum....
**Sebelum terjah blog korang semua
wajiblah Kak Lea update entri
Barulah adil sesi blogwalking kita tak gitu
tepuk tangan ramai2 yehaaaaa...

Semalam balik je kerja,terus mengempiskan dompet husband
dengan kerelaannya
Owh bukan shopping...raya dah nak habis
Ni membeli barang keperluan rumah

Ni kat Tesco Nilai
Awal bulan memang lenguhlah berdiri tunggu giliran
nak membayor

Kak Lea cuma ambil barang2 besar yang penting
Yang kecil beli dekat kedai berdekatan rumah
Sebab.....
malas nak beratur lama2 dekat kaunter biasa

Tengoklah!
Kaunter Ekspres punyalah ramai
Kak Lea ambil barang adalah dalam 15 item
10 husband...5 Kak Lea 
Sumbat dalam 1 troli...laju jelah membeli-belah
Kata Ekspres

Hurm....masa beratur ni
Macam2 perbualan Kak Lea dengar
Ada je yang kena 'sound'

1--> "Sori...awak dah potong Q saya."

2--> "Alah...kan abang dah kata,tak payah ambil banyak2.Nak bajet ni."

3--> "Hello,wei kau tunggulah kejap kat parking.Sabarlah!
Manalah aku tau ramai pulak orang,malam ni.
Aku dahlah beli satu barang je.Kena beratur panjang gila.
Apa?Owh aku beli underwear."

(** Kak Lea perasan kakak yang berdiri di sebelah dah senyum2.
Mamat tu pun satu tak yahlah cakap kuat2 dia beli apa huuh)

4--> "Pengumuman.Seorang kanak2 berbangsa Melayu bernama R,yang berusia 5 tahun ada di kaunter pertanyaan.Berbaju belang biru,berseluar hijau...diminta ibu bapa kepada R,sila ke kaunter dengan segera.Terima kasih."

5--> Pengumuman.Diminta pemilik kenderaan bernombor .......... ,untuk mengalihkan kenderaan anda.Kenderaan anda telah menghalang kenderaan lain untuk keluar.Terima kasih."


Macam2 ada........
Oh Malaysiaku!!!







28 comments

hihihihi.... kerenah rakyat Malaysia...

5/9/13 10:32

@Norhasniza Khalidhye sis....itulah...malaysiaku he3...

5/9/13 10:36

kalau dah ramai2 mcm tu kan... haih..boleh bikin gelak sendiri tgk ragam org..

5/9/13 10:50

kenit susah nak dengar dialog gitu kat tesco ampang ni. Sumer mulut muncung ke depan je, tapi suara tak kuar pun haha :0

5/9/13 11:02

SIS boleh geng ngan saya.suka sgt perhati gelagat orang ;)

5/9/13 11:04

@Chothye chot,betul tu.dah ramai sangat beratur rapat2,boleh dengar macam2 huuh....

5/9/13 11:04

@Kenit Cinonetwah seriusnya korang masa beratur he3...

5/9/13 11:08

@Irfahye irfa..samalah kita.dah tu ramai bebenor dalam tu.macam2 hal berlaku yang kita boleh dengar huhu...

5/9/13 11:15

hahaha..
ituler unik Malaysia..
macam2 orang ada.

5/9/13 12:18

Nampak sangat culture tempat kita tak menyedapkan. Ada yg cakap kuat, ada yg potong Q, ada yg parking ikut suka, ada yg hilang anak...

Alahai malaysiaku... minyak naik harga pun juga satu hal!

5/9/13 12:51

nah mcm2 hal..yg best bila tgk satu akpel beli brg tak cukup duet..kebas duet awek jugakk..hahahaa..
tp dlm sibuk mak bapa shopping leh plak tertinggal anak..hahahaaa

5/9/13 13:58

@Shark Kaysayang malaysialah....kan shark,kan he3...

5/9/13 13:59

@Kakzakie hye kak zakie..hahaha pasal minyak nak buat camner,kan.lepas ni kita pakat kayuh basikal huwaaaaa...

5/9/13 14:00

@tomato oren hye sis...wah kesian awek tu.esok lusa sure dia suruh pakwe dia bayar balik duit dia...double ngeeee...

itulah,kak lea pun pegang anak kuat2 risau huhu...

5/9/13 14:27

hahaha. biasa la kak. kat sini kadang2 terus kena kompaun. :D

5/9/13 14:40

@syuk shusukewah lagi naya macam tu,syuk.takda masa dah nak buat pengumuman,ye he3...

5/9/13 15:39

pasaraya cmni klu beli brg sikit2 penat je nk beratur kak lea XD

5/9/13 16:05

@Chuu Muqhlis betul tu chuu...huhu serik beli time semua dapat gaji..letih beratur je he3...

5/9/13 17:30

dah lama dah tak keluar shopping kemana2 market besar2 ni.
Kami opted for 99speedmart kat depan rumah jer, semua barang ada , yet murah pulak tu...nak bersesak2 cam dulu dah rasa tak larat, barang2 pun bukan nya murah...

6/9/13 08:32

hahahaha ! kelakau jer yang mamat beli underwear tue.. biasalah kak macam orang kita ni..tu pun cina india, nasib tak faham dieorang cakap jer. ihihihihi

6/9/13 10:24

@ida hye ida..betul tu.hari tu ntah kenapa excited pulak nak beli-belah kat sana.walaupun tau sure ramai customer.

selalu elok je pergi speedmart..pun dekat je dengan rumah he3...

6/9/13 10:25

@Izzah Azizah hye izzah.kalau kak lea faham apa kaum lain cakap,terus tak jadi beratur.balik je rumah letih telinga he3...

6/9/13 12:28

sekali imbas td igtkn kt lcct..rupanya tesco =) ramai tu, kalau sy sbar jelh mnunggu..yg ke3 tu lawak..he3 tergelak sy dpan laptop..

6/9/13 23:49

@S.K.A lcct?ha'ah lah fais lebih kurang he3...

owh tulah.mamat tu cehhh...cakaplah pelan2,malu je orang lain dengar he3...

yang peak time...weekend, public holiday dengan time orang dapat gaji...hoyeahh..beratur tak cukup kaunter...

x0x0 ^_^

7/9/13 22:13

Macam-macam ada, huhuhu

8/9/13 00:51

@Norhazlina Mohd. Zaki hye sis..betul tu.memang saja menyeksa dirilah,kan pergi masa tu huhu...

8/9/13 00:53

@Tetamu Istimewa itulah istimewanya kita orang malaysia cikgu he3...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...