30

Kenduri ~ Di mana adab kita?

23:39 |

Salam semua
Terima kasih semua yang sudi tinggalkan komen
Lepas ni Kak Lea blogwalking,tau!

Tadi ke Paya Indah Wetlands 
kenduri kahwin anak jiran a.k.a kawan rapat husband

 Sebelum ke khemah tetamu untuk menjamu selera
ternampak ahli silat gayung sedang berlatih
sementara menanti ketibaan pengantin 

 Pasangan pengantin yang sama2 bekerja di Air Asia
Ni goodies bag diorang


Tentang adab?

Owh nak tanya...
Setiap kali sampai je di khemah tetamu,
korang tengok takde dah meja kosong
Kerusi spare di tepi2 khemah pun habis
Perut pulak semakin berbunyi,
dek penangan bau hidangan yang menyelerakan
Apakah yang korang buat masa tu?


1--> Korang setia berdiri,
berpeluh2 di tepi khemah menunggu meja kosong?

2--> Korang terus beratur ambil makanan ala buffet,tu.
Kemudian cari je mana2 port,janji boleh duduk dan makan?

3--> Mata korang tajam ibarat helang,
melilau mencari meja yang ada tanda2,
tetamu tu dah nak habis makan?

4--> Korang malu2 kucing.
Sambil menatang pinggan yang penuh,
pelan-pelan berdiri dekat dengan meja sasaran?

5--> Korang brutal!
Perut lapar,penat pulak pegang pinggan yang sebumbung nasinya.
Selamba je berdiri betul2 belakang tetamu yang belum lagi habis makan?

Nak tau tak????

Opsss...iklan kejap


Dapat kotak comel ni
Cantik tema soft orange...

Buka2 je alhamdulillah dapat buku Yasin
Sama juga warna ikut tema
2 orang adik Kak Lea tunggu turn nak kahwin
Bolehlah guna idea2 ni untuk 
sponsor goodies bag

Wah!
Bawah yasin ada coklat yummy!!!

Dapat biskut icing ada jugak warna oren

Ok jom sambung.....


Kak Lea & anak2 baru je dapat meja
Belum sempat kami suap nasi,
husband pun datang
Terlewat sikit sebab tuan rumah majlis ni(kawan)
minta tolong sikit di khemah meja pengantin
Tup..tup ada makcik & pakcik pun menghampiri
Takpelah meja tu ada 8 kerusi
Kami 5 orang,
Kak Lea silakan makcik & pakcik tu duduk 
ada 1 lagi kerusi kosong,kan

Kemudian makcik tu cakap,
nak lagi 3 kerusi
Kak Lea senyum dan kata
"Ooooo"
lalu terus menyuap nasi

Tiba2 datang pulak sorang lelaki,sorang pompuan & budak kecil
Yang lelaki tu anak makcik ni,kot
Dia berdiri je & letak pinggan di atas meja
Pompuan tu bininya,bagi duduk anak kecilnya dulu

Maknanya makcik tu 5 orang
dah short 2 kerusilah 
Bini tu tak mau duduk dengan anak kecilnya
( dalam lingkungan 2-3 tahun kot),
Tak selesa dia nak makan,katanya

Kak Lea sekeluarga pun teruskan makan,
masing2 pun ambil sikit je sekadar alas perut

Tup..tup...
boleh anak lelaki yang berdiri tu sound mak dia..

"Mak..cepatlah makan,tunggu apa lagi.
Orang lain nak makan jugak.Ingat ni rumah sendiri,ke
nak melantak lama2"

OMK!!!

Kak Lea terus renung husband bagi signal,jom blah
padahal rasa tak sampai 10 minit
baru sangat duduk nak makan
Nasi anak2 pun masih penuh di pinggan,
padahal ambil separuh je..perut budak2,kan

Tiba2 makcik tu berkata
"Nak..takpa makan je,kesian anak2 tu ye,baru makan."
Kak Lea tau makcik tu nak cover

Terus je husband cakap...

"Takpelah makcik terima kasih.Ikutkan kami yang duduk dulu meja,ni.
Baru je makan....takpalah."

Sambil buat muka..husband suruh Kak Lea & anak2 basuh tangan
Terkebil2 mata anak2...tak 'dan' habis makan
Pakcik tu pulak cakap
"Eh takpe2...duduk.Pakcik nak habis dah,ni"

Husband terus cakap (sebenarnya menyindir anak lelaki pakcik tu)

"Takpelah pakcik,takda rezeki anak2 saya hari ni.
Saya boleh bawa diorang makan kat kedai.
Kita ni melayu ada adab.
First come first serve."

Terus berlalu pergi......

Sedihlah,kan
Memanglah ini kenduri makan free
Datang pulak dari rumah dah tentu perut kosong
sebab dah bajet nak makan kenyang2 nasi pengantin

Kita datang untuk meraikan pengantin
mengeratkan silaturrahim dengan tuan rumah majlis ni
sambil bertemu jiran & kawan
Bukan sekadar 'kenyang perut suka hati'
Tapi tolonglah mana adab kita
semasa tunggu giliran untuk duduk di meja tetamu???



Yarggghhhhh!!!
Inilah muka kami yang masih kelaparan
Anak pompuan tukang snap foto,ni
Babahnya dah masuk kereta dan menjerit
"Cepat...sapa nak KFC!"



30 comments

8/9/13 23:47

xpelah nk wt cmne..rezeki kfc ler tuh..heheeh

8/9/13 23:57

Hmmm...mne dtg kemudian kne sabar menunggu la ye..nk perli2 org agak2 la jgk mcm mne..lain lah kalau yg tgh duduk tu dah sudah makan sambil borak2 tapi xreti2 nk bangun..yg tu mmg ptt kne sound..ini tgh menyuap lagi..sabarr jela kak..

8/9/13 23:57

alahai,kesiannya tak sempat makan sampai habis.tak patut betul.

9/9/13 00:29

@luqman zakaria kfc pun kfc,ler sob sob huhu...

9/9/13 00:30

@Chot hye chot,hurm itulah pasal.alah malas nak bising2 benda makan ni,kat kenduri pulak tu huish redha jelah he3...

9/9/13 00:30

@mirza syazwina sob sob dah nasib perut he3...

Assalamualaikum..
Allah..sedihnya dgr..
mmg kurg adab..
bila jd cm ni..bnyk la hti terasa..
hmm..kesian kat kak lea.

9/9/13 08:54

ada ke patut cakap macam tu..hermm..tapi yg best husband kak Lea selamba tempias macam tu ihihihihihi.. Wahh, ensem anak Kak Lea, nak jadi menantu boleh ? :P

9/9/13 09:02

betul tu sis..
jaga adab di majlis, jgn nampak sgt kebulur
paling sy x tahan ialah jenis yg buffet, cedok penuh pinggan tapi makan tak abis..itu paling sy tak suka.membazir amalan syaitan

9/9/13 09:47

Org melayu zaman moden ni dah ramai yg lupakan adab..... sedih betul

9/9/13 09:50

perrghhh giler sawan punyer perangai macam tu! haha. Kadang2 ktia ni memang patut disindir atau diperli orang baru kita sedar dimana silap kita.

Bukan nak jadi kejam, tapi kenit sokong tindakan husbang kak lea tu. Sambil perli sambil menasihati, baru budak tu ada akai :).

P/S: baru sekarang kenit berpeluang tengok kak lea...gojes! (^_^)

9/9/13 10:09

mmg ada orang macam gini kak, ishhh apa pon kfc lagi sedap nyum nyum

9/9/13 11:08

@Srikandi permata waalaikumussalam sis..hurm itulah,takpelah takde rezeki.cuma kesian kat makcik tu anak lelakinya beradablah sangat huhu...

9/9/13 11:13

@Izzah Azizah hye izzah..tulah husband kak lea baru je duduk,nak makan baru beberapa suap pun,tu yang dia berangin he3...

owh ok2 ambil nombor.eh!izzah kena kawin dululah.cepat tunjuk calon suami kat kak lea he3.....

9/9/13 11:19

hahahahhadoiiii la mmg karakter manusia berbeza adab yg menentukan dia ni sopan ke tidak ate kalo xde adab dgn org tua mmg biadap lah kennnn

9/9/13 11:21

@Irfa hye sis irfa...ha'ah betul tu,kalau habis takpelah.ni terbiar je macam tu,kesian nasi tu menangis he3..

9/9/13 11:25

@MystoryPic hye sis..yelah,kan.sama2 lah kita perbaiki adab2 kita kalau pergi majlis orang huhu...

9/9/13 11:26

@Kenit Cinonet hye sis,hahaha tulah nak buat macam mana.husband jarang nak marah2 macam tu,tapi semalam tarak boleh tahan woooo..

owh wink..wink...sis pulak jelita he3...

9/9/13 11:27

@Aku Penghibur betul tu acik,bukan nak burukkan mereka tapi sama2 kita jadikan ni satu pengajaran supaya jaga adab di majlis orang,kan.

yummy kenyang betul makan kfc semalam he3...

9/9/13 12:13

sis..sy bukan nak cili,sy nak pokoknya.sbb nampak pokok cilinya tu subur sungguh tp x tahulah kalau dpt kat tgn saya apa jadi ;)

Zaman sekarang, mulut xde insuran ... Tp sebaik jgk smpt sound skit, padan muka ... Tak pe lain kali dia plak kena ...

9/9/13 16:48

@dear xila betul tu xila,macam2 peel....huuh

9/9/13 16:48

@Irfa owh pokok ye..nanti kak lea tanya mak ye :)

9/9/13 16:48

@Irfa owh pokok ye..nanti kak lea tanya mak ye :)

9/9/13 16:50

@Hani Fadhlina Abdul Rahman hye sis tak pernah terjadi macam ni,ni 1st time.kadang2 kena jugak kita bersuara.sabo jelah he3..

9/9/13 21:20

bgus kak =) akak dan keluarga lebih beradap..hm ciannya mkcik 2 ada ank mcm 2..ank dia xthu ke mak dia 2 terasa?? hmm nauzubillah..kalau sy pn msti dah blah mcm 2 je..

9/9/13 22:19

@S.K.A kak lea kesian makcik tu,kot ye pun anak dia tu letih(bukan lama pun berdiri sebab kami dah nak blah),agak2 lah bahasanya dengan mak.kesian makcik tu huhu..

12/9/13 23:02

ohoh! susah gax cm tu.. y lapar terus jadi xlapar...ngee!

15/9/13 10:57

Kalau dah jadi macam ni geram juga kan. Lain kali, fikirlah dulu.

15/9/13 22:09

Kak lea..saya tak pernah pulak berdepan situasi takda tmpt duduk.. sbb selalunya, kalau ada majlis mcmni..kami skeluarga keluar awl.

Kdg2 terlalu awl, sampaikan jadi org pertama makan,hahaha

Saya teringat kat mak saya..kalau kami ditempat akak, mak saya mungkin buat dekk je, maybe siap tmbh lauk juga..oh ibuku,hahaha.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...