7

Semanis Kurma - Part 1 : Menakluk Pasangan

23:31 |

Salam semua
Tajuk malam ni menarik betul!
Jom baca apa yang sempat Kak Lea salin tadi,ye 
Entri ni memang panjanggggg & akan ada 2 part,lah ye
Jangan lupa ikuti siaran ulangan di Tonton


Ustazah/Ustaz ~ Wanita suka ambil tau semua perkara.Di dapur,minyak masak habislah,gula habislah.Macam tu jugak dalam handbag,ada beg duit kecil,ada cermin,ada tisu,bedak,macam2 lah.Isteri ni peka.Macam kalau air tumpah,ada tisu nak lap.Isteri suka dipuji.Suami kenalah puji.Isteri kena hormat & hargai suami,Isteri suka disentuh.Mengikut kajian,kulit wanita lembut macam bayi.Suka disentuh.Orang perempuan tak suka suami mata keranjang.Jangan pandang perempuan lain.Dalam Islam,pun suruh jaga pandangan.

Cara pikat pasangan?



Engku ~ Saling faham-memahami.Waktu pertemuan pertama,semua bulanku,bintangku.Jangan dah berumahtangga,didera,ditengking pula.Jika tak mampu kuasai diri,tak redha dengan ujian diberi Allah,pasti syaitan akan masuk berbisik hasut anda!Kuncinya suami perlu ikhlas & redha.Isteri mesti faham berhadapan sikap suaminya sebegitu.Sebelum kahwin anda berdua dididik ibu bapa/keluarga dengan cara yang berbeza.
Perkahwinan berkongsi masalah.Ujian & juga kasih-sayang.Berkahwin adalah satu jalinan hubungan antara 2 pasangan lelaki & perempuan yang mempunyai 1001 perbezaan - Hamka
Engku ~ Minyak dagu,susuk,jampi serapah mengarut saja.Itu menempah tiket ke neraka!Cuba kalau kita berilmu,tak akan buat itu semua.Banyak berlaku jodoh setan,jodoh hantu.Bila perempuan pakai susuk,lelaki pula pakai jampi.Dah beranak satu,dua syaitan kacau pula hingga bercerai-berai.Kenapa harus pakai susuk,minyak dagu?Saya berharap jangan sesekali!Carilah pakar untuk buang susuk & tangkal.Anda diancam oleh Allah!Allah sangat murka hamba-Nya yang berjin & bersyaitan!


Kenapa kita ambil & guna alat2 seperti ini?Fahami isteri/suami.Jaga kebersihan,jaga masak,jaga senyum.Kalau isteri muram,pujuk dia,sentuh dia,Tak payah nak control macho.

Ustaz ~ Orang yang pakai tangkal semua didampingi syaitan!

Ustazah ~ Surah Yasin ayat 60 : "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

Engku ~ Dalam surah al-Jinn,jin sendiri perli kita,manusia.Kenapa harus kita sekutukan ilmu.Dekatilah para ustazah/ustaz,pergi ke masjid,berzikir & latih anak2.Ibubapa perlu didik anak,warnai anak,tapi jangan sampai hati anak berbelang2 kerana didikan tidak betul.


Ustazah ~ Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.

Mereka yang pakai susuk katanya untuk suami..nak bagi suami sayang,bagaimana pula?

Engku ~ Allah dah beritahu dalam Al-Quran,jin iblis syaitan laknat!Jin Islam pula takkan bersekutu dengan orang Islam.Dia akan berdakwah untuk dirinya sendiri kerana menyesali kesilapan nenek moyangnya.Jangan percaya kalau ada yang kata,ini semua bertuankan jin Islam.

Saya sendiri saksikan,yang pakai susuk berulat mukanya bila mati.Keluar ulat di muka,mata,badan.Macam2 susuk ada macam susuk kebal,susuk cantik.Ini perbuatan bodoh!Susuk ini hodoh & bodoh!


Rozaidi ~ Saya berasal dari Jawa,dan lama menetap di Meru,Klang.Budaya di kalangan pendekar2,zaman bapak2 saya.Untuk kuat kami memang belajar intipati silat seperti ilmu mistik,jampi serapah,susuk.Waktu tu,tak tau ia bercanggah dengan Islam.Prinsip masyarakat kampung,belajarlah ilmu apa pun,janji jangan salah guna.Tak tau ilmu yang dipelajari ada khadamnya.Ada juga pakai senjata yang ada 'penaik semangat'.

Ustazah ~ Pakai sebab apa?Nak kuat atau takluk wanita?

Rozaidi ~ Masuk susuk dalam badan untuk kekuatan.Belajar jampi2 untuk sekeliling.Ada orang tengok,sayang.Dengan penggunaan azimat tertentu seperti minyak burung perindu,tapi bukan colek minyak tu kat perempuan.Tapi supaya orang sekeliling suka.Saya ada kulit harimau yang ditulis dengan darah dll.

Ustazah ~ Nabi bersabda : "Sesungguhnya jampi mentera, tangkal azimat dan ilmu pengasih semuanya adalah syirik." - Riwayat Abu Daud.


Pantang-larang?

Rozaidi ~ Dalam pemakanan.Pisang embun,betik,tembikai tak boleh.Benda sejuk tak boleh.Susuk tu panas,bertentangan.Saya masa tu taat pada guru,tak pernah terlanggar pantang.Tak boleh lalu bawah ampaian,pakai kain sarung tak boleh dari atas,pakai dari bawah ke atas,jaga tertib.Makin dijaga makin ampuh.Saya tak boleh berlawan dalam air.Pantang ni ikut jenis2 susuk.

Dengan isteri macam mana?

Rozaidi ~ Saya pakai sejak bujang.Sekarang usia saya hampir 50 tahun.Saya ambil benda ni sejak usia 14 tahun.Sehingga beristeri,ilmu saya tu bercampur aduk.Agama saya taat,mistik pun saya taat.Kesudahannya,rumahtangga kacau,rezeki jauh,kereta selalu rosak.Duit pun asyik pergi je.Kira saya ni macam Raja Besi.Naik basikal pun,rosak hingga berlipat 8.Besi berlawan besi.Emosi saya pun selalu terganggu.

Isteri & anak2 cukup tahu saya pengamal ilmu.Kekuatan saya lain daripada orang biasa.Masa saya atlet pun,kawan2 lain tau.Saya masuk gelanggang ok,keluar pun ok.Mereka masuk ok,keluar cedera.


Bersambung sebentar lagi ye :)


aLeaSara : 11.30 malam


7 comments

19/9/13 23:50

Assalam kak =) sy tggu je akak post smnis kurma ni..dah bleh agak pun hehe..hmm tgok juga td skejap, sy suka engku tu, bersemangat dn petah je bercakap..kita smmgnya thu yg susuk dan tangkal ni syirik..bila dah jauh terpesong..pasti ada akibatnya kan kak..mcm ape terjd Rozaidi tu..skit2 Allah balas..Alhmdulillah la skrg dh ok..

20/9/13 00:32

@S.K.A waalaikumussalam fais.owh ye ke he3..kak lea dah lama tak update semanis kurma,malam ni tak busy,tu fokus depan tv :)

ye betullah,suka dengar engku celoteh dan nasihat.memang tak dinafikan ilmu persilatan dulu2 ada ilmu mistik,kan.semoga kisah rozaidi ni menjadi pengajaran untuk kita menjauhi syirik.

20/9/13 07:38

kak rozaidi ni bukan pelakon ke ?? mcm penah tgk je muka dya dalam movie2 hantu . betul ke tak ek ? hee ~ ke muni silap tgk kot :p

20/9/13 07:57

@Murni Amir hye murni,ye betul.wah tererlah he3..ha'ah dia selalu berlakon.terkejut betul dengar pengakuan dia semalam.syukur dia dah taubat :)

20/9/13 08:36

oh brother yg suka jd pendekar tu ye
nnti cepat sambung ye sis

20/9/13 09:08

@Irfa hye irfa.ha'ah betul2.owh dah ada part 2,nanti baca ye :)

Panjang entry nie..tapi best...tak sempat pun tgk TV...

x0x0 ^_^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...