20

Semanis Kurma ~ Part 2 : Menakluk Pasangan

00:25 |

Sambungan Part 1


Bariah,Cheras,K.L ~ Member tawarkan susuk untuk saya.Untuk pikat suami.Owh belum pakai lagi.Suami kurang layanan.Kawan kata pakai jelah susuk.Saya takut dengan Tuhan.Member saya cakap,susuk tu boleh bawa solat.Boleh ke?


Engku ~ Pertahankan tidak mahu & jangan mahu!Tiada kekalan untuk tunduk suami.Anda cuba wangi & bersih.Wangi & bersih!Gosok gigi,hilang bau ketiak.Masak sedap2.Pasti suami akan suka!Jaga anak2 di rumah.Belajar dengan ustaz/ustazah.Seorang isteri penghuni syurga tidak akan benarkan orang lain masuk rumah tanpa keizinan suami.Jangan tidur berdengkur sebelum suami balik.Berubahlah sikap & insya Allah berjaya!Tegakkan solat,bacalah Al-Quran.Inilah penunduknya dari Allah.


Rozaidi ~ Mula2 anak & isteri takutlah dengan kita.Kadang2 ada benda dalam barang2 tu,ia akan bertindak.Akan bisik2 di telinga anak & isteri supaya tidak takut kepada kita.Kesannya hancurlah rumahtangga.

Saya minta saudari tadi yang memanggil,jangan tertipu dengan syaitan.Saya sendiri lepas buang,saya bertaubat.Seandainya dunia boleh bertukar balik,saya tak nak guna tu semua!Kata guru,barang tu semua tiada kuasa.Satu hari ada hal mustahak di luar.Saya perasan terlupa pula bawa azimat bersama.Alamak!Tertinggal tangkal tu(macam tempe besarnya).Selalu saya masukkan dalam poket.

Saya takut & hilang keyakinan diri.Waktu tu tiba2 saya istighfar.Selagi pakai azimat,kita menidakkan kuasa Allah.Hinggalah satu waktu,saya terjumpa Dato' Engku di satu majlis jamuan hari raya.


Engku ~ Dalam konsep spiritual saya kaji,kita dapat rasa orang tu pakai jin & iblis.Ia berlawan dengan kita.Saya kenal Rozaidi masa kejohanan silat tahun 80-an.Saya tegur dia,ada sesuatu yang tak benar anda bawa bersama.Mukanya masa tu merah,menahan marah!Akhirnya saya bimbing,saya didik,dia menangis.Dia lalu bawa satu guni kecil.Saya tanya apa pulak itu,nak?Guni tu penuh azimat!Penunduk perempuan,gagah,hensem,kuat.Dia pun buang itu semua.Semoga Allah ampunkanlah dosa2nya.Amin.....

Kepercayaan adalah asas kebahagiaan suami isteri
Hilang kepercayaan...hilanglah semuanya

Rozaidi ~ Dulu masa saya masih guna susuk & ilmu hitam,ilmu tu ilmu syaitan.Ia meresap kepercayaan saya.Merimaskan suasana,huru-hara.Anak2 & isteri pun tak tahan.Sehingga bercerai dengan isteri pertama.Ini kesilapan saya lakukan.Setelah insaf & bertaubat,beramal dengan ajaran Islam,saya sangat tenang.Saya redha ia sebagai ujian kepada saya.Saya merasai kehadiran Allah benar2 nyata.Saya rasa nikmat diliputi kasih sayang & rahmat daripada Allah.

Engku ~ Tips nak takluk pasangan tanpa syirik kepada Allah?Cuba lihat setelah Rozaidi sedar & insaf.Kita jangan sibuk2 ke jalan syirik.Takda benarnya.Sekarang Rozaidi lebih selesa,Allah cucuri rahmat.Saya hari2 cemburu lihat dia bergurau senda dengan isterinya,anak kembali berkumpul semula.

Sang suami,saya juga seorang suami.Sentiasalah berdoa "Isteriku yang baik,yang manis,jangan takut kepada saya.Takutlah kepada Allah.Doakan suami dilindungi dari bisikan syaitan.....(*seterusnya tengok kat Tonton,Kak Lea tak sempat salin.Engku cakap laju bebenor ^^)

Suami ingat kepada Allah,takut kepada Allah.Perbaiki hubungan dengan isteri.Tak perlu cari susuk.Itu semua haram!Mendatangi tukang tilik,bomoh,itu haram.Jangan sesekali mengiyakan kata2 dukun tersebut.Bimbinglah isteri dengan sabar & ikhlas.Jangan curang.Contohi teladan yang baik,dirikan solat,baca Al-Quran.Penuhi nafkah zahir & batin.Insya Allah tips ini akan bawa kebahagiaan rumahtangga.Inilah tips saya amalkan dalam rumahtangga.


Ustazah/Ustaz ~ Nak bagi 3P 2F 2D

3 P ~ Pandang --> suami pandang isteri masa cakap,isteri pandang suami masa cakap
         Pegang   --> pegang tangan/sentuh
         Puji        --> pujilah cantik,menarik,tertarik

2 F ~ Faham   --> sama2 faham-memahami
         First       --> apa2 pun suami mesti dulukan isteri.Masuk lif,masuk kereta....Biarlah dia first & last.
                             Takde perempuan lain di belakang.

2 D ~ Dengar --> bila suami bercakap,isteri kena dengar.Begitu juga suami.
          Doa     --> sampai bila2   


2 Doa untuk malam ini...

Surah Al-Ahqaf ayat 15
Surah Toha ayat 25-27

Alhamdulillah,semoga tajuk Semanis Kurma malam ni,dapat membantu kita menjauhi syirik.Korang ada pendapat/pengalaman di sekeliling?Jangan segan kongsikan di ruangan komen.Assalamualaikum.

aLeaSaRa : 12. 25 a.m




20 comments

20/9/13 01:36

Inshaa'Allah kakLea =) smoga ape yg dibincangkn disemanis kurma, sdkit sbnyak mnyedarkn kita..xelok guna bntuan lain selain Allah..Amin, smoga Allah ampunkan dosa2 Rozaidi tu..Alhamdulillah..ilmu yg bermanfaat pg jumaat ni

20/9/13 07:31

3P 2F 2D bolehlah muni dengan tunang amalkan bila jadi suami isteri nanti . . hahahaha :p

em takut la pakai susuk ni . tak faham macam mana sesetengah orang berani cuba benda tu . tak takut kesan yang akan timpa masa dpan nanti . mintak2 dijauhkan la dari semua ilmu syirik ni .

20/9/13 07:59

@S.K.A hye fais...kak lea pun sambil menaip untuk entri,pun sama dapat tambahkan ilmu.bahaya syirik2 ni,kan.

20/9/13 08:01

@Murni Amir hye murni.insya Allah kak lea doakan,Allah berkati dan limpahkan rahmat dalam kehidupan rumahtangga murni,nanti amin..

hurm itulah harap ramailah celik hati,janganlah amalkan syirik2 ni masuk neraka woooo.....

20/9/13 08:53

tq kak untuk info nie.. amat bagus.. :)

20/9/13 09:05

Thanks for the share...

20/9/13 09:06

wow! alhamdulillah inilah semangat yg kenit mahu. Gigih kak lea taip apa tetamu tu cakap kan hehe. Thanks for sharing this great show with us kak lea.

Ilmu penunduk yg salah akan membawa kit ajauh dari Allah. Sayangilah pasangan kita sepertimana Rasulullah s.a.w bersama para isterinya. Itulah sebaik2 contoh dan role model kita (^_^)

20/9/13 09:10

@cinta03 hye cinta...alhamdulillah :)

20/9/13 09:11

@HeNRieTTa JoSe u r welcome,dear :)

20/9/13 09:28

@Kenit Cinonet hye sis,alhamdulillah..seronok dapat kongsi topik dan ilmu yang bagus untuk korang semua :)

betul tu,kak lea setuju.dalam hidup berumahtangga,Rasulullah SAW dah tunjuk macam2 contoh yang bagus untuk kita ikuti dan amalkan.tok sahlah guna susuk tu alahai...

20/9/13 09:49

Betul tu..kepercayaan asas kebahagiaan dalam byk perkara. sebab untuk mendapat kepercayaan mungkin ambil masa..:)

Guideline yg sgt2 bagus buat mereka2 yg dah kawin dan bakal kawin. Apapun, kepercayaan dan kejujuran itu perlu seiring. Gud entry. Thanks.

20/9/13 09:56

@chicken_floss hye sis...yelah,kan.rumahtangga tanpa kepercayaan,memang mudahlah kasih tu terlerai.

20/9/13 09:59

@Mohd Ridzwan Abdullah hye ridzwan,alhamdulillah terima kasih

kadang2 yang dah lama kahwin pun kena perbaiki diri.perlu hindari ilmu hitam jika kasih dan kepercayaan semakin luntur.ye betul percaya & jujur itu penting :)

20/9/13 12:37

Kak Lea telah menjadi seorang pendengar yang setia dan bijaksana kerana mampu mencoret isi penting yang disampaikan dengan baik.

20/9/13 13:40

@Tetamu Istimewa terima kasih cikgu,terlalu tinggi 'kata2' tu he3..

kadang2 kak lea terlepas jugak beberapa ayat.baru kak lea faham betapa letihnya menjadi wartawan.kak lea pun tak menang tangan snap foto,curi2 lihat tv sambil telinga mendengar dan tangan laju salin nota huhu...

walaupun letih,tapi bila entri dibaca dan kawan sudi komen,kepuasannya tak tau nak cakap suka...suka..alhamdulillah :)

20/9/13 18:13

sy ada tengok smlm..mlcik sy gila tangkal kesian tgok dia..hynya mampu doa dia bertaubat :'(

21/9/13 19:44

takutnya azab Allah bila meninggal sebelum dpt keluarkan susuk bg si pemakai. In Shaa Allah.. kawen nanti nk jaga rumahtangga baik2.


ish2 mcm nk kawen pula. hihi :)

Bagus nyer sudi share ... Nauzubillah, minta dijauhkan dari kita semua menda2 yang xelok nie ...

Seram la dengan susuk nie..benda khurafat...memesongkan akidah...minta di jauhkan...


x0x0 ^_^

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...