25

Semanis Kurma ~ Sama-sama Curang

23:40 |

Assalamualaikum semua
Kak Lea baru je balik dari kenduri doa selamat
Balik je rumah,
tak sempat nak tengok Semanis Kurma dari awal
Best pulak tu tajuk malam,ni


SAMA-SAMA CURANG

Sempat lagi Kak Lea salin tips dari Ustaz & Ustazah....

1--> Ketakwaan kepada Allah.Jika kita sentiasa ingat dosa & pahala,insya Allah takkan timbul perkataan curang.

2-->  Jangan tunggu curang dulu - sentiasalah berdoa agar pasangan kita tidak curang,begitu juga dengan diri kita sendiri.Mencegah lebih baik dari mengubati.

Ada 2 doa yang boleh diamalkan...

a) Surah al-Furqan : ayat 74
b) Surah al-Araf : ayat 23

3--> Jaga batas2 pergaulan - bagi yang bekerja,ingat.Jangan mudah berkongsi masalah atau jangan dengar luahan dari mana2 kawan sekerja yang berlainan jantina!

4-->  Selalulah ambil berat tentang pasangan.Kita juga ubah penampilan agar kelihatan menarik di depan mata pasangan.Setialah sampai bila2.


Kak Lea rasa
dah sampai masanya kalau 
setiap pasangan yang usia perkahwinan masuk je tahun ke-6,
dianjurkan kursus perkahwinan

Tapi kursus ni berbeza tak sama macam kursus sebelum kahwin
Ia lebih kepada mengukuhkan lagi hubungan
 kasih-sayang & kesetiaan suami isteri
Memantapkan lagi ilmu perkahwinan,
belajar cara mengawal marah & cemburu
supaya tidak berlaku penderaan 
dari segi fizikal,mental & emosi
Juga diajar teknik menguruskan kewangan

Lebih menarik kalau panel jemputan terdiri daripada
pasangan yang dapat mengekalkan usia perkahwinan
melebihi 30 tahun atau lebih
Ini boleh dijadikan contoh yang baik kepada para peserta
Mungkin bagi menarik minat,
boleh diberi cabutan bertuah
memenangi percutian Honey Moon ke,
atau mengerjakan umrah

5 tahun pertama boleh dikategorikan semuanya indah belaka
Anak2 pun masih kecil,
bini pun masih comel gitu,
perut si suami pulak taklah buncit sangat ke depan

Masuk je fasa antara 6-10 tahun...
pelbagai dugaan akan datang dari pelbagai sudut
Terlalu banyak faktor kecurangan kalau nak 
dihuraikan satu demi satu
Kak Lea nak sangat pesan kat adik2 yang masih bujang...

Banyakkanlah tambah ilmu
Tak kiralah daripada pembacaan,ke
atau melihat/mendengar pengalaman orang yang terdekat
Kehidupan masa bercinta takkan sama 
dengan apa yang korang akan lalui semasa berkahwin nanti

Apa2 pun semuanya kuasa Allah SWT
Sentiasalah jaga solat,itu tiang agama
untuk kita mencegah diri daripada melakukan perkara
yang dimungkiri
Dan ingat 
kalau dah berkahwin cubalah setia dan tidak mencurangi pasangan





25 comments

12/9/13 23:51

sama2 curang, hmm,,, elok sgt la tu,, na'uzubillahiminzalik...

12/9/13 23:54

insyaAllah akk.. =) smga smuanya peroleh redha dariNya..masing2 kena bijak mainkan peranan masing2... >.<

13/9/13 00:15

betul 2 kak, smuanya kuasa Allah, tp kta kenalh berusaha baiki ape yg lemah..terima kasih kakLea atas nasihat 2 =) pndangan akak 2 sy stuju sgt2..skrg2 dapat juga muhasabah diri..zaman skrg ni dah xsma mcm zaman dlu..sy lbih suka zaman dlu..td tgok kejap..ada pmggil yg nges2 lg..kecian..

13/9/13 01:07

@AiSyA LiEzA hye AL...ye betul tu.kak lea pun doakan AL bertemu jodoh yang terbaik amin.tapi habiskan study dulu tau..nanti bercinta sangat fokus dah lari he3 :)

13/9/13 01:09

@trah zain hye tyrah..itulah.dugaan orang dah berkahwin lama lagilah banyak...sentiasa berdoa perkahwinan hingga ke akhir hayat bersama pasangan yang sama :)

13/9/13 01:11

@S.K.A yelah fais,sekarang ni usia perkahwinan tak sampai setahun dah bercerai-berai.kebanyakannya kes curanglah huhu...

kak lea doakan fais dan si dia diikat segera dengan perkahwinan & dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat amin...bila tu nak makan nasi minyak ni he3...

13/9/13 01:25

Minta jauh dari semua ni. Tapi masih muda lagi :p

13/9/13 02:20

@Invisible Me takpe sis....masa bujang ni banyakkan ilmu sebagai persediaan satu hari nanti ye :)

13/9/13 04:07

Walaupun saya dan suami bekawan 8 tahun srbelum kawin,saya rasa dugaan lepas kawin tu lagi hebat drp masa bekawan dulu.semoga Allah bahagiakan kita bersama pasangan kita sehingga ke hujung nyawa

13/9/13 07:22

akak tgk jugak semalam..berselang seli dgn forum perdana kat tv1...

salam kenal...follow sini..

13/9/13 08:49

Insyaallah, hati ni sentiasa terjaga utk suami je :) semoga kekal hingga till jannah :)

13/9/13 08:50

Assalmaualaikum. Sekarang ni ramai dah kawan-kawan batch am yang dah start kahwin. Daripada 6 orang roommate, 3 dah kawen. So nice la tips2 ni.

13/9/13 09:20

@Putri hye sis,wah lama tu!yelah kan dugaan dah kahwin ni lain,kena kuatkan iman he3...amin.....

13/9/13 09:22

@❤Kamsiah❤ salam kenal jugak kak...owh ye ke..saya balik lewat semalam,terus je buka tv9 :)

13/9/13 09:22

@fizafantagirO amin..amin...amin :)

13/9/13 09:24

@Arham Md Ali waalaikumussalam,Am.hye tqvm ye singgah sini.Kak Lea pun doakan semoga Am cepat bertemu jodoh dan tak rugi kalau kita tambahkan ilmu sebagai persiapan menjadi suami/isteri :)

13/9/13 12:10

blog lagi satu pun ckp kes curang...sebenarnya sy benci curang harap bakal suami tak mcm gitu sob2

15/9/13 10:37

Terima kasih atas perkongsian ni, kepada yang bujang seperti saya ni.

Saya sangat kagum melihat hubungan ayah dan mak saya yang dah melebihi 35 tahun.

15/9/13 22:27

Tersenyum2 saya entry ni,erkk, :D

Baik kak lea..ingtn untuk yang tak kahwin2 lagi..cam saya T__T

Saya tak berapa selesa kak, bila yg dah berkahwin cerita masalah keluarga dia pada kita..tak kira la samaada dia perempuan, apatah lgi lelaki.

Sebab yela, bujang kan, takkan fhmnya urusan rumahtngga sbb belum melaluinya.. seelok2nya carilah org yg lebih tua..

16/9/13 21:08

majlis sy nnti..kalau sy jemput..kakLea dtg ye :D he3..

17/9/13 11:57

@dear xila hye xila..curang ni satu perkataan yang menakutkan dalam dunia berumahtangga huhu..insya Allah semoga bakal suami xila setia orangnya :)

17/9/13 11:58

@Tetamu Istimewa sama2 cikgu..owh cikgu belum kahwin lagi ye he3..

wah apa rahsia ibubapa cikgu,35 tahun wow!!!!nanti kongsikanlah ye :)

17/9/13 12:00

@Tinta Lana hye lana,kak lea masa bujang dulu pun sering elak2 kalau officemate cerita hal rumahtangga.

dah kahwin ni,kak lea tak suka cerita macam tu.lebih suka cerita hal semasa,cerita tentang cara nak buat blog( I like he3) dan kadang2 je cerita tetang keletah anak2 he3...

17/9/13 12:01

@S.K.A wah bila tu fais?insya Allah nak juga datang majlis kahwin blogger.teringin nak ke terengganu ngeee :)

17/9/13 23:14

pesanan yg bagus kak lea bg yg dh berumah tangga. tp kalau curang juga rasanya tak ada jodoh kot.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...