16

Halal Itu Barakah bersama Ustaz Haslin,Ustaz Fauzi & Ali x-Terra Rossa

10:24 |

Salam Jumaat di pagi Muharam yang indah,sejuk baru lepas hujan.Kak Lea ucapkan ribuan jutaan terima kasih kepada semua yang masih sudi tinggalkan komen untuk entri2 sebelum ni.Ni tengah free di office,kerja dah banyak siap,ambil masa kejap update blog.Bos sporting,tau pulak staffnya ni blogger,bagi 'can' buka blog.Janji tak ganggu kualiti kerja he3.

Sabtu minggu lepas meriah di surau berdekatan rumah.Tajuk menarik dan panel jemputan hebat2.Kak Lea tak dapat nak kongsikan sepenuhnya apa yang kami dengar masa ceramah tu.Terlupa sungguh bawa buku nota.Sikit2 je yang Kak Lea masih ingat.

Solat Isyak berjemaah dulu.Majlis start pukul 9 malam,Kak Lea dah solat kat rumah dulu,kelam-kabut lambat datang sebab kenalah masak makan malam dulu ngeee...

 
 9.15 malam barulah semua panel datang

Alhamdulillah dapat kami semua di surau ini menambahkan ilmu tentang Halal Itu Barakah.Umat Islam zaman sekarang berdepan cabaran yang amat besar.Kadang2 kita 'terkeliru' dengan tanda Halal yang ditampal di premis makanan segera dll.

Kehidupan zaman moden semuanya nak segera.Balik rumah pun nak masak yang 'segera',makan luar pun di tempat yang 'segera'.Makanan yang 'segera' masuk ke perut pun 'segeralah' pulak meresap ke 'hati'.Maka jika kita tak berhati2 dalam pemilihan makanan yang halal,maka lihatlah apa kesannya kepada anak cucu cicit piut kita.

Ustaz Fairus menceritakan kepada kami semua tentang hal sebenar yang berlaku di sebalik kontroversi Ramly Burger.Syukur alhamdulillah,Datuk Ramly bangkit kembali.Dan Ustaz Fairus akan memberi 'pencerahan' setiap kali diundang untuk menyampaikan ceramah.Syukur ceramah pada hari ini pun bil elektrik & air ditanggung oleh Datuk Ramly.Marilah kita sama2 menyokong produk halal.

Sapa tak kenal Ustaz Fauzi yang terkenal dengan jenama Jus Tok Guru.Di perkarangan surau pun ada dibuka booth Tok Guru.Ustaz menerangkan apa nak jadi jika kita menghalalkan yang haram.Tak payah ambil contoh yang berat2.Contoh yang ringan je umpamanya,anak minta maknya tolong fotostatkan 2 muka surat daripada buku teks BM.Mak pun nak jimat,"alah fotostat kat office jelah".Katalah masa UPSR anak tu dapat 5A(owh tahniah kepada semua kawan blogger yang anak mereka mendapat keputusan terbaik di UPSR,ya!).

Korang rasa berkat ke?Sebab salah satu rujukan/nota yang anak2 gunakan masa mengulangkaji/buat homework adalah daripada helaian yang maknya fotostat di office!Kalau maknya minta izin dari bos nak fotostat untuk anak,takpalah kira halal.Kalau senyap2 dengan alasan,"alah 2 helai je".....apa pendapat korang?

 
Ustaz Haslin @ bollywood yang mengamatkan surau.Anak2 Kak Lea nak datang sebab ustaz Haslinlah.Simple,kelakar tapi padat.Tak lekang dengan senyuman dan gelak ketawa.Mana taknya ceramah ni akan habis pukul 11 malam,tak mau hadirin mengantuk maka gamat surau bila ustaz mula mengalunkan petikan surah dari ayat terpilih dengan lenggok bollywoodnya.Sempat lagi usik-mengusik dengan tersebut PKR masa dok sebut nama exam penting di Malaysia seperti UPSR,PMR.

Masa ustaz kata dia pun pandai nyanyi macam Ali Terra Rossa,masa ustaz nyanyi "Oh Rozana....","Cinta untukmu Nabila"...tiba2 ustaz tersebut "Oh Najibbbbbb"....Gelak besarlah semua kat surau alahai.....

Syukur ni ceramah kali ke-4 yang Ali sempat hadirkan diri.Dipujuk & dibimbing oleh Ustaz Fauzi.Rasanya semua pernah dengar lagu Bunga Angkasa,kan & dia juga pernah menganggotai XPDC.Berkongsi pengalamannya sebelum ini,semasa nak otw ke satu masjid sebagai tetamu jemputan,dia diduga Allah.Kereta break down.Syukur tak lama,dan sempat juga repair seketika di workshop dan selamat sampai ke masjid.

Dulu masa  menyanyikan lagu Sakinah-Terra Rossa,Ali ingat Sakinah tu nama seorang gadis & dia pun nyanyi,jelah.Bila dah mendalami agama,barulah dia tau Sakinah tu bermakna ketenangan.Itulah yang dirasai sekarang setelah berhijrah.Dan sempat juga Ali mengalunkan lagu tu,meremang bulu roma semua hadirin.Sedap lagi suara & dia 'tarik' sikit je.Setiap kali mengikut Ustaz Fauzi,Ali akan membawa bersama CD lagunya "Langkah Terakhir",kalau tak silap.Tak dijual di luar,cuma dijual di masjid2 semasa hadir berceramah je.


Semua dah mula berebut nak salam kesemua panel

Anak2 Kak Lea pun excited.Ustaz Haslin tanya Danish "Dah besar nak jadi ustaz,tak?"~"Tak naklah,saya tak reti"~"Hurm,kalau macam tu takdelah pengganti ustaz gemuk yang bollywood".Terus Danish & lelaki2 yang beratur kat situ gelak he2....


P/S-->Itu jelah yang sempat Kak Lea kongsikan.Owh ye,nampak gayanya harapan nak buat segmen untuk blog terpaksa ditunda dulu.Serius,nak dekat2 hujung tahun ni diari kehidupan sibuk mengalahkan Ahli Kabinet.Kak Lea skodeng jugak baca entri2 korang tapi tak dapat komen.Insya Allah kita akan bertemu lagi.

Owh ye semalam Danish,anak paling bongsu dapat Anugerah Murid Cemerlang Pra Sekolah.Dia langsung tak tau,Kak Lea lagilah terkejut.Pelik bila tengok semua murid2 Pra dah naik pentas dengan baju konvo,terima sijil & beg,tapi Danish tak muncul2.Masa cikgu kata majlis diteruskan dengan Anugerah Murid Cemerlang Pra Sekolah,Danish pelajar pertama yang naik pentas.Alhamdulillah....rezeki dia.

 Senyum meleret habis he3

 Ada 3 kelas Pra untuk 6 tahun.Jubah biru ni Pra untuk 5 tahun

 Macam biasa ada beberapa persembahan tarian.Zapin tu,my fav :)

 Excited nak naik pentas

 Semoga lepas ni,Danish akan sentiasa naik pentas menerima pelbagai anugerah akademik amin

Itulah pembantu murid,Cik Ina yang sangat lembut,penyayang & masakannya semua sedap2.Hari terakhir,berpelukan dengan semua pelajar di kelas Danish sambil menangis huhu...Danish pun sayang kat Cik Ina,ni
 Ambil foto sat ye....

 Dapat beg...suka betul semua budak2

Semalam Danish dapat satu lagi set Despicable Me,dah tak yah beli masa Darjah 1 nanti he3...



16 comments

15/11/13 10:34

betul tu, rezeki perlu halal dan berkat... klu selalu megular kat office waktu office hour tu camne la kan? berkat ke gaji nye?

15/11/13 10:54

aduh lamanya menyepi yer kakLea...faham sibuk hujung2 tahun ni...bila baca pasal halal tu..aduh meremanmg jugak ..banyak perkara kitaambik mudah, macam kisah fotostat kat ofis tu kan ....terima kasih atas perkongsian ni dear...

15/11/13 11:15

kak lea gojessssss! lamenye cutiiiiiiiiii hehe. so happy ur back now (^_^)

15/11/13 16:14

Begitulah dalam mencari apa jua tak kira yg masuk perut atau utk dikongsi carilah yg halalan toyyiban... barulah barokah..

Kakak suka tengok anak-anak tadika konvo. Meriah.. cikgu punyalah letih nak susun mereka:)

15/11/13 19:29

mencari ayng halal itu wajib kak :) dalam lama sangat ta datang ke sini :)

16/11/13 07:02

Salam sahabat,
Alhamdulillah selamat kembali setelah lama menyepi.

Terima kasih atas perkongsian ini. "Halal itu barakah", memang tidak ragu-ragu yang halal itu pasti ada barakah...tetapi pada zaman ini terlalu payah untuk itu melainkan mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah. Sehingga Rasulullah berpesan "orang yang beramal dengan agama di akhir zaman ini seumpama menggenggam bara api.."
Allahurabbi, mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan jalan untuk beramal dengan agama-Nya...

16/11/13 20:24

ustaz sekarang kena ada aura nak tarik pendengar dan minat orang muda dan anak2 kecil untuk dengar ceramah mereka....

rezeki yang halal dan berkat walaupun sikit tetap mencukupi dan lebih

17/11/13 17:10

lama tak singgah sini.. semoga kak lea sihat2 saja

Tahniah Danish ....

18/11/13 14:23

yup betul tu. setiap benda kalau dimiliki org lain kena maklumkan dahulu >.< baru ditanggung halal :D

19/11/13 22:07

Assalamualaikum.

Kak Lea..apa kabar.. :)
Berjaya juga akak update ya ^^
Macamana urusan rumah akak..semoga slmt smua.

Baru ni..saya beli satu botol sos pasta yg ada logo halal JAKIM, yg memang betul logonya. Saya tunjuk pda si A..katanya, ko ni lana suka makan pelik2. Sblm ni saya tunjuk produk org melayu kita, dpt pengiktirafan halal dari Jakim juga. Produk mee segera spt jenama meygee (maafkn sy ubah ejaannya), si A kata pelik juga.

Saya tgk dia pla, selalu makan produk2 yg entah dari mna sumbernya, selamba je..tak pula dia rasa apa yg dia mkn tu pelik.

Memang dunia makin terbalik..

#Tahniah untuk danish ya..mesti akak rasa bangga, gembira..insyaAllah, doa, usaha berterusan..moga jadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat..amin.. ^_^

20/11/13 14:15

Salam perkenalan , :)
Singgah dan follow.

21/11/13 09:40

Wahhhh !! Rindu Kak Lea ! Dah lama menyepi kan :)

Tak pernah dengar lagi dengar ceramah Ustaz Haslin secara live, tengok kat tb takpun kat utube jelah .. tapi soal halal ni dari dulu lagi kan, masa saya belajar dulu pun ade yg sangsi tentang fotostat buku..hmmm..sebab buku mahal, ramai yg tak mampu, minta izin kawan jelah nak buat potostat..

Tahniah buat Danish !! Pelajar Terbaik tuuu..ni ikut mak ke ? ayah ? Hehehehe..

21/11/13 10:48

salam kak lea....lama xdgr berita....rindunyeeee

salam sis alea
hamboiii bestnya dapat jumpa ustaz2 pemes dan dengar ceramah
mmg kadang kala kita anggap benda tu simple mcm contoh ustaz tu yg guna mesin phtostat tapi kita x sedar kita dah lakukan dosa.
momoy pun tak terkecuali

off topic
rindu pada sis =)
sorry sis
saya baru terbaca komen yang sis tnggalkan alamat tu
ahad
nx week boleh la pos sebab kat sini cuti =)

eh lupa pula tahniah pada adik danish dan mamanya. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...