13

Semanis Kurma ~ Kuasa Doa

10:26 |

Assalamualaikum semua.
Serba-sedikit yang dapat Kak Lea kongsikan
daripada Semanis Kurma semalam
Topik khas untuk MH370

Tapi taklah dapat secara terperinci
seperti entri Semanis Kurma sebelum ini
Sebab untuk topik ini,
hati selalu sebak 
Apatah lagi apabila Ustazah mendeklamasikan 
doa secara berpuisi



Uztaz Muhammad--> Kuasa doa telah berlaku.Allah boleh mengubah apa yang berlaku.Berdoa....Allah takkan sia-siakan kita.


Ustazah SNB --> Ustazah nak kongsikan tentang kuasa doa. Ada peristiwa besar berlaku 3 tahun lalu.Kami suami-isteri bercuti di sebuah pulau,kagum dengan kebesaran Allah.Dalam bot,penuh dengan penumpang dari pelbagai negara dan agama.Paling ramai non-Muslim.Pemandu bot tu kata...kalau ada rezeki dapatlah tengok 'dolphin'.Tunggu punya tunggu dah nak Maghrib,tak muncul2.Masa bot nak patah balik,dolphin muncul di sebelah passenger non-Muslim.

Ustazah pun bangunlah nak tengok.Tapi ada yang berkata "You are blocking my view." Pemandu kata dolphin akan muncul balik.Ustazah pun duduk semula sambil menangis sebab nak sangat tengok keajaiban Allah.Airmata ustazah berlinang,tiba2 Ustaz membaca satu doa....

Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : 'Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".(Ayat 30-31 Surah AnNaml)


Ustaz membacanya berbelas kali.Tiba-tiba dolphin datang sebelah ustazah!Bukan 2,3 saat tapi terlalu lama,dapat tengok sepuas-puasnya!



Ustaz Hushim --> Anak saya juga pilot.Co Pilot itu (Farid Ab Hamid) adalah rakan baiknya.Untuk kes MH370 ini, mesti ahli keluarga sentiasa dalam tekanan.Bila tertekan mesti ada perkataan "KENAPA???".Kenapa terkena kepada anakku,kenapa pilih dia,kenapa...kenapa...Itu semua adalah takdir Allah.Dalam kaunseling,bila crisis counseling,kita akan sentuh mereka (sama jantina) .Sentuhan ada empati.

Kita pakailah teori Barat ke,apa ke,macam2 teori guna tapi kita akhirnya perlu BERDOA.Doa tak semestinya dalam bahasa Arab.Melayu pun boleh janji ikhlas.Kita bagi sokongan,beri kata2 positif.


Uztaz Muhammad--> Setinggi mana teknologi,selagi Allah tak izinkan...kita takkan jumpa penyelesaian.Sentiasalah berzikir 'La ilaha illallah',bertawakal kepada Allah,teruskan berdoa.

Ustaz Hushim -->  Dah masuk hari ke-6 (13/03/14), sudah pasti emosi keluarga terganggu.Yang penting ornag yang berada di sekeliling.Selain beri semangat,berdoa.Juga beri tulisan yang positif (di laman sosial).Semua rakyat pun berdebar2 tunggu berita terkini,apatah lagi mereka?

Uztaz Muhammad-->  Terlalu banyak yang 'pakar' tiba2 di laman sosial.Ada yang kata bukan A,tapi sebab C,D,E.Kita kena hindarkan . Tak semua pandangan kita boleh diterima orang lain.Kita kena hormati petugas2 yang pakar.

Ustaz Hushim -->  Ini bukan musibah biasa2,amat kritikal.Kalau rasa pandangan itu positif, 'keluarkanlah.' Kalau tak,berdoalah.Kalau setiap kali bercakap,akan menambahkan dosa.Dari cakap tak tentu hala,kalau rasa diri tu pakar,kalau rasa tak tau duduk diam,lagi bagus duduk diam2 berdoa dan solat hajat.

Ustaz Hushim --> Ini semua takdir Allah.Bukan ahli keluarga MH370 minta.Kita tak tau lagi hari kita.Fikirlah perasaan dan emosi keluarga terlibat.Trauma,krisis mengambil masa yang panjang untuk pulih.Emosi,psikologi dan fizikal.... akan jadi murung,lalu jatuh sakit.

Uztaz Muhammad--> Hikmah.....Allah nak tautkan hati semua yang menolong.Jangan libatkan diri dengan syirik,yang boleh rosakkan akidah.

Ustaz Hushim --> Kuasa doa menunjukkan betapa kerdilnya kita ini.Allah mengingatkan kita semua yang berlaku sudah ditentukan.Jangan bersendirian,cari seseorang untuk meluahkannya.

Ustazah/Ustaz --> Setiap doa kita Allah kabulkan selagi mana tidak berdoa tentang dosa,tentang putuskan silaturahim.Allah kabulkan doa kita pelbagai cara.Allah bagi apa kita nak segera di dunia,Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik di akhirat,Allah hindarkan dari musibah.


1) Bacalah doa Nabi Yunus : Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimiin
2) Bacalah doa Nabi Ibrahim : Hasbunallah wa ni’mal wakil
3) Setkan di minda Allah sedang menguji. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak berputus asa
4) Sandarkan harapan 100% kepada Allah.Jangan libatkan dengan perkara syirik & khurafat
5) Kembalilah kepada Allah
6) Amalkan juga surah At-Taubah ayat 129

Bila Allah uji kehilangan MH370
Allah sayang semua krew & penumpang
Allah sayang dengan menguji kita
Sebelum ini semua sibuk hal masing2
Sekarang kita semua bertaut hati
Berdoa semoga dosa2 kita diampuni

 - Ustazah SNB-




13 comments

14/3/14 13:05

teruskan berdoa,elakkan spekulasi.

14/3/14 15:17

sesungguhnya ujian ini bukan untuk keluarga-keluarga mangsa yang terlibat tetapi buat kita semua juga. Semoga Allah memberikan petunjuk dan rahmatNya untuk kita semua. Teruskan berdoa untuk MH370

#PRAY4MH370

14/3/14 16:48

Ni macam peringantan untuk kita yang lupa pada pencipta..

14/3/14 17:42

Assalamualaikum, Kak Lea. Rasanya dah lama tak singgah ke sini.

Rasanya ini bukan entri pertama untuk rancangan Semanis Kurma yang dikongsikan. Sangat bermanfaat.

P/S: Buku saya Kumpulan Cerpen: Tetamu Istimewa terbitan ITBm sudahpun terbit. Jika berminat boleh pesan terus daripada saya. Maklumat lanjut boleh ke blog saya. Sokongan kalian semua amat saya harapkan. Terima kasih.

14/3/14 17:54

ye betul...dari merapu2 mengalahkan pakar, baik duk diam berdoa :-)

14/3/14 17:57

ya sis...cukup2lah emosi ahli keluarga terganggu. kita ni jalankan tggjwb dgn berdoa.kita pun berdebar2 tiap kali dgr PC...

14/3/14 17:59

hye izzah comel.rinduuuuu :-)

masa inilah kita satu dunia seperti bersatu mendoakan keajaiban berlaku.

14/3/14 18:21

Waalaikumussalam cikgu.terima kasih ye.tulah kak lea pun dah lama x update

ye betul tu, ada menu bar khas kat atas untuk semanis kurma :-)

in sha Allah nanti kak lea singgah untuk tengok details .tahniah2 :-)

15/3/14 05:50

Sentiasa berdoa kepadaNYA....DIA maha mendengar...
Salam hujung minggu dari bunda....

#DoaBuatMH370 :(

15/3/14 08:03

Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

15/3/14 16:51

semoga ALLAH melindungi penumpang mh370 :)

17/3/14 10:12

tunggu dan lihat je sekarang ni...

19/3/14 16:38

masih mengharap keajaiban (doa)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...