3

Jom Bijak Matematik - Buku Formula Hikmat oleh Kipas Hikmat

15:15 |


Assalamualaikum...Sabtu yang ditunggu2. Selepas sarapan, apo laei...bergegas ke Karnival Karangkraf 2016 di Seksyen 15, Shah Alam. Masa cuti nilah nak luangkan masa melayan anak2.

Cuaca memanglah 'sejuk', nasib baik elok je tengah parking kereta, baru nak menapak ke karnival, ada 'shuttle transport' kebetulan lalu. Syukur sekali lagi, tak payah berjalan panas2. 

Book2U, umpama pameran buku bergerak. 

Cuaca masa ni...alhamdulillah...ceria bersinar sang mentari ...

Seperti tahun2 sebelum ni, memang sentiasa ramai.

Nasib baiklah koleksi novel Ramlee Awang Murshid dah lengkap, maka telan air liur jelah tengok. Takkan nak beli lagi, semua dah ada huhu.

Anak tanya,ni tak nak beli, ke..Mamanya jawab, takyah tu dah ada, ni dah ada, situ pun dah ada heeee. Mengumpul sikit demi sikit,tak sangka dah lengkap koleksi.


Hah, sebenarnya tujuan ke sini untuk membeli Buku Formula Matematik Kipas Hikmat. Selama ni dok screenshot je simpan formula dalam handphone. Sebelum diterbitkan oleh Karangkraf, pembelian hanya melalui online.

 Taraaaaa.... hari pelancaran yang dinanti2.

Kak Lea terus beli 2, satu untuk Tingkatan 1-3, satu lagi untuk Tingkatan 4-5. Untuk Sekolah Rendah, insya Allah bulan April 2016 ni akan diterbitkan.

Sebenarnya, Kak Lea tengah meronda dalam dewan karnival, sebelum majlis pelancaran. Ikutkan dah tak larat nak tunggu. cuaca pun panas. anak dah keletihan. Ntah macam mana ternampak Cikgu Nazar, teruslah serbu.

Rupanya, Cikgu Nazar tengah menunggu panggilan untuk ke majlis pelancaran buku. Sambil tu, charge dulu handphone, katanya. Setelah sesi bersuaikenal, apalagi terus minta autograf ^-*

Saya suka...saya suka !!!


Formula matematik secara komik, memang menarik minat anak2. Matematik bukan susah, yang penting kita hafal formula, dan ingat serta cekap jalan kerja. 


Sedikit penerangan tentang penulis Buku Hikmat.


Cikgu Nazar juga seorang pelukis komik Majalah Gila-Gila suatu ketika dahulu. 


Bagi kawan2 yang berminat....

boleh jengok fb/Kipas Hikmat

ataupun 

fb/Formula Hikmat daripada Kipas Hikmat





3 comments

18/8/16 09:54

Macam mana nak order buku formula kipas khidmat ni

24/8/16 18:00

blh follow fb kipas hikmat, dia selalu update dan beri no tel admin untuk order. skrg dkt bookstore mcm MPH pun dah ada:)

24/8/16 18:00

blh follow fb kipas hikmat, dia selalu update dan beri no tel admin untuk order. skrg dkt bookstore mcm MPH pun dah ada:)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...