6

Luahan bekas pekerja swasta, yang kini bergelar kakitangan awam

14:10 |



Assalamualaikum semua. Tajuk tak boleh tahan hikhik. Setelah sekian lama Kak Lea menyepi di dunia blog, menyepi bukannya benci. Tapi lebih kepada memenuhi tuntutan kehidupan mencari pekerjaan yang lebih kukuh.

Setelah berbelas tahun menjadi pekerja swasta, baik syarikat kecil/besar, akhirnya mencuba juga nasib memohon kerja di kerajaan. Dulu tak pernah bersungguh2 memohon di SPA dan sebagainya setiap kali abah 'bising'. Tetapi...mula terasa peritnya bila syarikat yang terlibat dalam urusan membekalkan pekerja untuk syarikat penerbangan , turut merasa tempias. Banyak 'department' yang terpaksa ditutup, pekerja di pejabat dikurangkan seorang demi seorang. Kerjaya Kak Lea juga masa tu dihujung tanduk, sebab bos sudah tidak mampu nak bayar gaji.


Image result for mencari kerja


Kak Lea mencuba nasib temuduga sana sini, baik syarikat kecil mahupun besar, swasta mahupun kerajaan . Hah, banyak tau pengalaman, memori pahit manis sepanjang hadir temuduga, banyak tips yang boleh kita ' Google'. Dengan pengalaman dan kemahiran bekerja sebelum2 ni, dapatlah akhirnya bekerja di syarikat telco , yang ada cawangan di KLIA/KLIA2. Daripada menunggu benda yang tak pasti, tak naklah memilih sangat kerja, apa yang ada redah jelah janji halal.

Tetapi..lain pulak dugaannya, majikan baru ni masih muda...pernah mengalami kegagalan dalam bisnes. Takpelah sama2 kita bangkit, tolong syarikat melayu, tetapi rasa tak seronok mencari rezeki bila majikan ni...hurm...terlibat skandal dengan pekerja perempuan yang muda. Kiranya tak boleh tengok pucuk muda.


Tu takpe lagi, tapi bila ternampak banyak bukti tidak senonoh di pejabat, (CCTV kan,ada) dahlah itu tempat Kak Lea mencari rezeki, nak bagi anak2 makan. Setiap kali solat di office, mengalir airmata minta Allah permudahkan urusan Kak Lea mendapat pekerjaan yang lebih bagus, yang lebih berkat, tak nak seakan2 bersubahat. Bila bini bos tanya, terpaksa zip mulut sebab tak nak runtuhkan rumahtangga orang. Bos pun jenis suka marah2, terlalu kebudak-budakan dalam membuat keputusan, staf bertukar ganti sebab tak tahan tekanan.

Dalam kesulitan pasti ada kesenangan. Syukur alhamdulillah, Allah kabulkan doa, sekarang bergelar penjawat awam. Hampir serentak dalam minggu yang sama, mendapat satu lagi tawaran pekerjaan, di kolej penerbangan. Jawatan dan gaji memang bagus, tetapi setelah serik dengan risiko pekerjaan tak kukuh di syarikat swasta (yang pernah Kak Lea bekerja) , maka setelah berbincang dengan suami dan keluarga, tawakal, pilih tawaran kerja kerajaan.

Ye, apa yang dipohon tak sama macam kelayakan yang ada, tetapi...itu lebih bagus, ada jawatan tetap, gaji tetap, takda kusut dibuang kerja akibat majikan yang lebih pentingkan emosi dari kualiti kerja. 

Lepas ni Kak Lea akan kongsi serba sedikit pengalaman sebagai penjawat awam. Tak boleh bebas menulis, banyak kekangan rupanya sebagai penjawat awam ni, tak pasal2 keluar nama blog Kak Lea kat Harina Metor pulak :)







6 comments

24/2/16 16:37

Alhamdulillah rezeki..
Moga dipermudahkan dalam menjalani rutin harian.

24/2/16 17:48

aamiin trm ksh byk sis... alhamdulillah :)

24/2/16 17:53

aamiin trm ksh byk sis... alhamdulillah :)

25/2/16 00:22

Tahniah dpt kje, berkat sabar n tknak berada dlm dosa lihat kemungkaran, manis ganjarannya. Sy juga masih jobless hihi

25/2/16 06:02

hye sis irfa, itulah kesabaran berbalas kebahagiaan.

insya Allah sis, dlm ms terdekat sis tentu akn dpt kerja baru,aamiin. mmg perit kita2 yang berbelas thn kerja kt dunia penerbangan ni, nk mencari karier yg baru. berniaga salah satu caranya, tapi kak lea xda kemahiran, huhu.

25/2/16 06:02

hye sis irfa, itulah kesabaran berbalas kebahagiaan.

insya Allah sis, dlm ms terdekat sis tentu akn dpt kerja baru,aamiin. mmg perit kita2 yang berbelas thn kerja kt dunia penerbangan ni, nk mencari karier yg baru. berniaga salah satu caranya, tapi kak lea xda kemahiran, huhu.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...