4

Tabik spring kepada para guru

14:54 |

Assalamualaikum. Korang pun mesti pernah dengar orang tua berpesan, jangan selalu cakap tak suka orang itulah, tak suka kerja kat sanalah, tak suka duduk kawasan macam inilah...yang tak suka tu kita selalu 'dapat'.

Tepuk dahi sendiri huuuh!!!

Al-kisahnya, Kak Lea dapat jawatan calon simpanan dalam KDN. Tapi tawaran yang datang untuk jawatan tetap, ialah daripada KPM. Maka bergelak sakanlah keluarga, sebab dulu masa suruh ambil kursus jadi guru, Kak Lea tak nak (padahal itulah cita2 dari zaman sekolah rendah). 

Alasan...dahlah dari sekolah rendah - menengah, belajar kat sekolah. Tak maulah dah dewasa, kerja pun kat sekolah. Bosan, kot. 

Dahlah 'excited' dapat juga dah tua2 ni bergelar penjawat awam. Berdebar lagi tunggu  'posting' ke mana? Akhirnya....ke sekolah. Iye...Kak Lea kerja kat sekolah rendah kluster dan tahun ni sekolah Kak Lea bekerja ni terpilih sebagai sekolah amanah  ;)

Terus sujud syukur, bukan senang nak dapat kerja, apatah lagi bersaing dengan calon muda belia hensem jelita, di waktu usia Kak Lea yang muda cute-miut ni. Tak boleh dah nak menolak, apatah lagi bersikap tunggu dan memilih. 

Sepanjang bekerja di sekolah, macam2 gelagat para pentadbir, guru, rakan sepejabat dan para murid sekolah rendah. 

Dulu , kurang faham tentang bebanan tugas seorang guru. Sebab masih ada segelintir ibubapa yang kerap memarahi/ cepat salah sangka. Tau nak bising je bila guru asyik beri kerja sekolah yang menimbun2, pening bila guru asyik minta duit untuk bayar buku itu dan ini.



Kenapa Kak Lea tabik spring kepada guru? Sebab kadang2 walaupun nama je cuti, mereka masih perlu datang ke sekolah. Ada je mesyuarat, ada je tugasan 'last minute' yang 'urgent' baik kat dalam / luar sekolah, ada jelah kerja..... sampai mereka bawa anak kecil teman sebentar.

Bukan mereka dapat terus balik tepat pada masanya di hari biasa waktu bekerja, ada je mesyuarat harian, sampai terfikir,tak penat ke asyik meeeeeeting je :)

Mana dengan masalah murid2 yang tak sihatlah, yang 'rajin dengar cakap', yang bergaduh 'comel', yang hilang duit/barang. Belum campur lagi dengan ibubapa yang datang 'berangin' untuk kes2 tertentu. 

Balik rumah, mereka ni pun berkeluarga, kena uruskan aktiviti harian di sebelah malam. Perghhhhh.....bayangkan jika mereka berjauhan daripada pasangan masing2. Memang baguslah apabila kes guru berduka lara mendapat perhatian menteri.



Tulah, Kak Lea memang tak boleh dan tak layak jadi guru. Tak kuat kesabaran . Lagipun dah ada sepupu yang jadi guru, oklah tu merasa juga atok Kak Lea ada cucu jadi guru. 







4 comments

25/2/16 15:02

Betul kak lea. Kawan2 saya ramai yang jadi cikgu.. MAcam-macam karenah murid dan mak ayah yang dorang jumpa. Dah la pening dengan anakmurid, pening dengan mak ayah lagi yang selalu salahakan guru. Especially di kawasan bandar dan betul2 pedalaman.

25/2/16 15:12

@Khamsi Abdullah

hye sis..hurm betul2. kak lea dulu pun tak berapa fhm bebanan tgs guru. guru zaman skrg ni betul2 mencabar dari segi fizikal, emosi huhu....

26/2/16 11:39

btulkan....mcm mcm tugas guru ni...

26/2/16 12:50

@HeNRieTTa JoSe

hye sis ..itulah cabaran seorang guru...kerjaya yg sgt menuntut kesabaran yg tinggi

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...