2

Asma '92 ~ An-Nafi'

08:00 |


Assalamualaikum, setelah sekian lama tidak berkongsi entri Asma ul Husna. Syukur alhamdulillah, mari kita amalkan zikir yang seterusnya.




MAHA PEMBERI MANFAAT





AN-NAFI’, Maha Memberi Manfaat & membawa kemakmuran. Menjadikan hamba-Nya kaya-raya dalam kemakmuran.


1--> Berkat dalam pekerjaan

Baca Ya Nafi’ 11 kali sebelum mula bekerja, anda akan dapati hasilnya membawa keberkatan yang banyak, In Sha Allah.

2-->  Penyakit dan kesukaran

Penyakit & kesukaran yang dialami akan hilang bila anda membaca Ya Nafi’ setiap hari, In Sha Allah.

3--> Ketika berjimak

Baca Ya Nafi’ beberapa kali ketika anda bersama dengan isteri, In sha Allah cintanya kepada anda akan bertambah kuat & mungkin anda akan mendapat anak yang soleh.

4--> Selamat Bermusafir

Jika anda akan bermusafir & anda merasa sesuatu yang tidak baik akan terjadi, bacalah surah Al-Fatihah & 1000 kali Ya Nafi’ pada malam Jumaat sebelum memulakan perjalanan atau ketika dalam perjalanan. In Sha Allah, anda akan dilindungi Allah.



Assalamualaikum akhirnya, hari ini genap 2 tahun, kehilangan MH370. Tanggal 08 Mac 2014, seperti baru saja kita semua terpaku membaca & mendengar pelbagai media massa yang tidak berhenti2 memberi liputan terkini. Malaysia sekelip mata menjadi perhatian yang tidak dipinta.

Ahli keluarga di saat ini mungkin sudah semakin kuat, redha menerima ketentuan. Sudah boleh meneruskan kehidupan, walaupun kepiluan dan kelukaan tidak terzahir di raut wajah.

Semoga segala keperitan , kesedihan ini segera berakhir & Allah SWT permudahkan urusan dalam mencari kebenaran yang tersembunyi sekian lama.



2 comments

8/3/16 08:23

Terima kasih atas perkongsian.. ;)

8/3/16 08:30

@aizamia3

alhamdulillah... sama2 kita berzikir :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...